Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin March 6, 2026 @ 5:25am

Filem ‘Tiket Sehala’ Kupas Kisah Benar Sindiket Kerja Luar Negara

Pengarah filem, Rahila Ali mengangkat kisah benar yang berkait dengan sindiket penipuan tawaran pekerjaan di luar negara dalam naskhah berjudul Tiket Sehala.

Diterbitkan oleh Key Billions Sdn Bhd, kisah yang turut melibatkan rakyat Malaysia itu menjadi satu isu yang semakin membimbangkan.

“Kisah dalam Tiket Sehala diambil daripada kejadian sebenar yang berlaku di seluruh dunia. Ramai juga rakyat Malaysia yang pernah terjerat dengan sindiket penipuan pekerjaan seperti ini.

“Filem ini dihasilkan dengan rasa tanggungjawab untuk menunjukkan kepada masyarakat tentang kesan dan akibat yang perlu ditanggung apabila seseorang menjadi mangsa kepada sindiket tersebut,” katanya.

Filem tersebut menampilkan barisan pelakon seperti Noki K-Clique, Jaa Suzuran Ainee Mustafa, Zaki Yamani, Sharifah Sakinah, Hasnul Rahmat, Sheila Mambo, Ardell Aryana, Fancy Goh serta Shaharudin Jamaludin atau lebih dikenali sebagai Saha Champ.

Menariknya, Tiket Sehala turut membariskan pelakon dari empat negara iaitu Malaysia, Korea Selatan, Thailand dan Indonesia. Antara pelakon luar yang terlibat termasuk Hyunjun Sun dari Korea Selatan, Ninja daripada kumpulan SuperThai dari Thailand serta pelakon Indonesia, Naufal Samudra.

Rahila ditemui di majlis berbuka puasa Key Billions yang turut diserikan dengan pelancaran filem terbaharu mereka berjudul Tiket Sehala pada Isnin.

Tiket Sehala membawa penonton menyelami kisah sekumpulan rakyat Malaysia yang terperangkap dalam rangkaian pemerdagangan manusia di Korea Selatan. Watak Alif, Putri dan Taqy menjadi antara mangsa kepada sindiket yang mengambil kesempatan terhadap individu yang terdesak mencari peluang pekerjaan dan kehidupan lebih baik.

Majlis pelancaran tersebut bukan sahaja memperkenalkan barisan pelakon, malah turut dimeriahkan dengan persembahan robot khas yang dikendalikan oleh Shadow Combat League.

Sementara itu, Pengasas Key Billions Sdn. Bhd., Eddie Yap berkata, pihaknya tertarik untuk menghasilkan filem tersebut kerana tema yang diketengahkan jarang diangkat dalam karya tempatan.

“Cerita mengenai sindiket penipuan pekerjaan di luar negara jarang diketengahkan dalam filem walaupun ia sebenarnya satu masalah besar yang membimbangkan.

“Menerusi Tiket Sehala, sekurang-kurangnya kita dapat memberi kesedaran kepada orang ramai supaya lebih berhati-hati apabila menerima tawaran pekerjaan di luar negara,” katanya.

Tambah Eddie, filem berkenaan turut menjalani penggambaran di Korea Selatan dan melibatkan kerjasama kru produksi dari Malaysia serta negara tersebut.

“Kerjasama ini memberi peluang kepada kru tempatan untuk mempelajari perkara baharu daripada rakan produksi luar negara sekali gus membantu meningkatkan mutu penerbitan filem tempatan pada masa akan datang,” katanya.

Selain aktif dalam penerbitan filem, Key Billions kini turut memperluaskan peranan dalam industri perfileman dengan menubuhkan Key Billions Distribution.

Menurut Eddie, syarikat pengedaran itu akan bertanggungjawab menguruskan pengedaran serta promosi bagi filem terbitan Key Billions, selain membuka ruang untuk mengedarkan filem tempatan dan juga filem dari luar negara.

“Sebelum ini filem Soloz: Game Of Life yang kami terbitkan diedarkan oleh pihak pengedar lain untuk tayangan di pawagam.

“Namun bagi filem seterusnya seperti Tiket Sehala, semua urusan pengedaran termasuk promosi akan diuruskan sepenuhnya oleh Key Billions Distribution,” katanya.

Dalam masa sama, syarikat itu juga membuka peluang kepada penerbit lain yang ingin menggunakan khidmat pengedaran mereka.

Setakat ini, Key Billions Distribution turut memperoleh hak untuk mengedarkan dua filem lain iaitu Gayong 2 dan Tarung Unforgiven yang dijangka menemui penonton di pawagam tidak lama lagi.

“Penubuhan Key Billions Distribution ini menunjukkan kesungguhan kami untuk terus menyumbang kepada perkembangan industri perfileman.

“Kami juga mengalu-alukan mana-mana penerbit yang mahu bekerjasama dan menggunakan khidmat kami untuk mengedarkan filem terbitan mereka,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 1 Aug 2022

“Ini Kes Yang Lebih Berat..” – Tindakan Fazura Buat Laporan Polis Cetus Persoalan Netizen

Alamak, apa kes ni? Walau apapun min harap semoga segala urusan dipermudahkan

Featured Fri, 28 Feb 2025

“Akiko Telah Pergi Meninggalkan Saya & Anak Selamanya” – Isteri Ridzuan Ridzokumura Meninggal Dunia

Berita duka itu dimaklumkan Ridzo menerusi hantaran di IG miliknya.

Hiburan Wed, 5 Sep 2018

‘Kalau Aku Jahat, Aku Biarkan Budak Tu Balik Mabuk Drive…’, Zarina Anjoulie Bongkar Rahsia?

Dia (Ismail Izzani) adalah seorang lelaki baik cuma kedekut je tak reti bayar hutang…

Hiburan Fri, 27 Apr 2018

Farah Nabilah Kesian Pada Teman Lelaki?

Walau bagaimanapun. Farah tidak pernah berdendam dengan bekas kekasihnya kerana berada dalam kelompok rakan yang sama.

Featured Tue, 15 Jun 2021

Pendedahan Eksklusif Di TV3 Malam Ini Bakal Mengejutkan Penonton

Setelah tular dokumentari eksklusif COVID : 19 yang dipaparkan di rancangan Majalah 3 bulan lalu, TV3 kembali lagi membawakan dua rancangan eksklusif yang membongkar realiti kehidupan dan kes jenayah yang berlaku di dalam negara. Dua […]

error: Content is protected !!