Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin July 19, 2023 @ 3:58pm

Impi Pertahan Trofi ABPBH 35 Buat Kali Ke-5, Imej Berhijab Buka Lebih Banyak Pintu Rezeki DJ Lin

Penyampai radio popular, DJ Lin, 47, menetapkan misi untuk mempertahankan trofi Penyampai Radio Popular Anugerah Bintang Popular BH untuk kali kelima tahun ini.

Melahirkan penghargaan buat semua peminat yang berhabisan mengundi dirinya sehingga ke saat akhir, DJ Lin hilang kata-kata dan terharu dengan sokongan berterusan sejak nama dicalonkan dalam persaingan Anugerah Bintang Popular 35 (ABPBH 35).

ABPBH 35 bakal diadakan di Istana Budaya, Kuala Lumpur dan bersiaran secara langsung Jumaat ini, 21 Julai 2023, jam 9 malam di TV3.

“Setiap hari ada saja yang beritahu mereka undi saya dan menyatakan sokongan terutamanya peminat Suria Cinta.

“Saya bertuah dengan rezeki kasih sayang yang sentiasa ada daripada peminat sejak 17 tahun lalu,” katanya.

DJ Lin turut berterima kasih kepada keluarga dan insan insan kesayangan yang sentiasa mendoakan dan berusaha membantu dirinya dalam menjayakan kempen sepanjang proses undian berjalan.

Pemilik nama sebenar Roslinda Abd Majid yang juga Pengurus Besar Suria FM berkata, dia percaya restu dan doa arwah ibunya juga antara faktor kejayaannya pada hari ini.

Bukan sahaja popular, DJ Lin juga pernah dinobatkan sebagai penyampai radio terbaik dan dipercayai, dari pengiktirafan tempatan juga antarabangsa.

“Saya percaya restu ibu dan keikhlasan dalam melakukan kerja akan sentiasa membuahkan hasil tanpa terlalu megharapkan balasan.

“Saya juga yakin keputusan berhijab membuka banyak lembaran baharu dan pintu rezeki buat saya, Alhamdulillah,” katanya.

DJ Lin juga menyerahkan segalanya kepada rezeki dan gembira kerana masih berada dalam Top 5 pencalonan anugerah berkenaan bersama Tyzo, Haiza, DJ Sonic dan Johan.

“Ada yang minta saya beri laluan, pada saya semua ini hadiah peminat dan mereka yang memilih dan menyokong saya.

“Tidak manis untuk saya hampakan, pada saya bersaing secara sihat dan sama-sama memeriahkan industri penyiaran negara.

“Lagipun negara kita tidak ada banyak penganugerahan jadi wajar untuk kita semua sokong serta raikan,” katanya.

Sejak 24 tahun bergelar penyampai radio, anak kelahiran Johor ini sudah mendapat 13 anugerah yang menghargai kerjayanya itu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 18 Feb 2023
Hiburan Tue, 28 Nov 2017

WAIT, WHO IS 2017’S MISS UNIVERSE?!

Aside from beauty and brains, this gal has got a whole lot of brawn too!

Hiburan Mon, 15 Apr 2019

Siapa ‘Madame X’ Dimaksudkan Madonna?

Penyanyi berusia 60 tahun ini memberi bayangan album ini mengangkat konsep kisah agen perisik yang memperjuangkan kebebasan.

Featured Mon, 20 Feb 2023
Hiburan Wed, 13 Aug 2025

Fattah Amin Kecewa Isu Fatima Jadi Sasaran Netizen – “Hubungan Keluarga Berada Dalam Keadaan Baik”

Fattah Amin menegaskan hubungan semua pihak khususnya keluarganya berada dalam keadaan baik.

Hiburan Tue, 27 May 2025

Mahkamah Sahkan Pernikahan Marissa & Aslam Di Thailand

Pernikahan Marissa Dania dan Aslam sah di sisi undang-undang

Hiburan Thu, 5 Apr 2018

Saya Bukan Bodoh! – Raja Ilya

Tambahnya lagi, sebagai seorang wanita islam yang masih mempunyai maruah, menolak tawaran itu merupakan jalan yang terbaik buat dirinya

Featured Wed, 19 Feb 2025
Featured Tue, 4 Oct 2022

Didakwa Menumbuk & Menendang Pengawal Keselamatan, Kes Sharnaaz Ahmad Masih Belum Terima Keputusan Timbalan Pendakwa Raya

Pihak berkuasa masih menunggu arahan selepas kertas siasatan dirujuk kepada TPR

error: Content is protected !!