Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin November 3, 2024 @ 12:30pm

Hanya 10 Finalis Bakal Ke AJL! Jom Semak 30 Lagu Yang Layak Ke Separuh Akhir Muzik-Muzik 39!

Saingan kini bermula! Muzik-Muzik 39, program variasi yang menampilkan carta mingguan lagu-lagu popular di Malaysia, telah mengumumkan 30 lagu terbaik yang layak ke pusingan separuh akhir.

Saksikan persaingan mereka untuk merebut dan menempah tiket ke pentas anugerah muzik yang paling berprestij di Malaysia, Anugerah Juara Lagu 39 (AJL 39)!

Lebih menarik dan hangat, buat kali pertamanya Muzik-Muzik 39 Separuh Akhir mempersembahkan hanya 10 lagu terbaik sahaja akan terpilih untuk bersaing di pentas AJL 39.

Dengan tempat yang terhad, persaingan tahun ini pasti menjadi lebih hebat dan akan menjadikan persembahan di pentas akhir AJL 39 nanti lebih memukau dan mendebarkan.

Apakah kejutan yang akan ditampilkan oleh 30 lagu ini? Mampukah mereka memberikan segalanya demi memikat hati para juri? Saksikan bagaimana setiap detik Muzik-Muzik 39 Separuh Akhir yang akan menjadi lebih istimewa dan mengujakan!

Muzik-Muzik 39 Separuh Akhir kali ini akan dihoskan oleh Izzue Islam dan Fiza Frizzy.

Saksikan siaran langsung Muzik-Muzik 39 Separuh Akhir dari Studio Glenmarie, Shah Alam, pada 14 dan 15 November 2024, dari pukul 9.00 malam hingga 11.30 malam di TV3 atau strim secara HD di www.tonton.com.my

Kemeriahan berganda! Penonton bukan sahaja akan terhibur dengan persembahan daripada 30 lagu terbaik yang bersaing di pentas Muzik-Muzik 39 Separuh Akhir tetapi juga akan disajikan dengan penampilan istimewa daripada artis jemputan, Ayda Jebat!

Dengan suara merdunya dan penampilannya yang memikat, Ayda akan menambah lagi kemeriahan musim ini. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk merasai pengalaman yang luar biasa ini.

Sidang produksi Muzik Muzik 39 Separuh Akhir diketuai oleh Russell Mark Rodrigues sebagai pengurus projek, Nurhul Huda Hj Khalid sebagai penerbit eksekutif dan Mohd Jamira sebagai penerbit.

Musim ini turut dimeriahkan oleh OhBulan!, XTRA, dan Seismik sebagai rakan digital, sementara Hot FM berperanan sebagai rakan radio. Kerjasama ini pastinya akan menambahkan lagi kemeriahan acara!

Hanya 10 Teratas Melangkah Ke Pentas AJL 39! Jangan lepaskan peluang untuk menonton Muzik-Muzik 39 Separuh Akhir pada 14 dan 15 November 2024, dari pukul 9.00 malam hingga 11.30 malam di TV3 dan strim secara HD di www.tonton.com.my.

Saksikan persaingan lagu-lagu terbaik ini dalam usaha melayakkan diri ke Anugerah Juara Lagu 39!

Senarai Penuh 30 Lagu Layak Ke Separuh Akhir Muzik Muzik 39:

Lagu: Sah
Penyanyi: Sarah Suhairi & Alfie Zumi
Komposer: Kid Ariba
Penulis Lirik: Kid Ariba

Lagu: Ritma & Rima
Penyanyi: Akim Ahmad & Stacy
Komposer: Hang Nadim & Bunga Cantik
Penulis Lirik: Bunga Cantik

Lagu: Panas
Penyanyi: Nikki Palikat
Komposer: Shazee Ishak & Audi Mok
Penulis Lirik: Shazee Ishak & Audi Mok

Lagu: Menggenggam Bahagia
Penyanyi: Sufian Suhaimi
Komposer: Sirkhan, Rinkarnaen & Sang Hitam
Penulis Lirik: Sirkhan & Sang Hitam

Lagu: Dulu, Kini & Akhirnya
Penyanyi: Marsha Milan
Komposer: Hanis Rafi, Firdaus Rahmat & Omar K
Penulis Lirik: Hanis Rafi, Firdaus Rahmat & Omar K

Lagu: Belakang Tabir
Penyanyi: Syamel
Komposer: Syamel
Penulis Lirik: Syamel & Jiwa

Lagu: Saksama
Penyanyi: Akim & The Majistret
Komposer: Akim & The Majistret
Penulis Lirik: Bunga Cantik

Lagu: Diam
Penyanyi: Hael Husaini
Komposer: Hael Husaini & Iqie Hugh
Penulis Lirik: Hael Husaini & Iqie Hugh

Lagu: Sangkar Derita
Penyanyi: Haqiem Rusli
Komposer: Haqiem Rusli
Penulis Lirik: Haqiem Rusli & Acap S

Lagu: Masihkah Ada Rasa Itu
Penyanyi: Misha Omar
Komposer: Sharon Paul & Misha Omar
Penulis Lirik: Que Afiq & Sharon Paul

Lagu: Puas Sudah
Penyanyi: Aina Abdul
Komposer: Aina Abdul
Penulis Lirik: Aina Abdul

Lagu: Yennode Macha
Penyanyi: Zubir Khan
Komposer: Music Kitchen
Penulis Lirik: Zubir Khan & Friends

Lagu: Sinar Pelangi
Penyanyi: Projector Band
Komposer: Jawa Suki
Penulis Lirik: Apit PB, Haziq PB, Wan Akira PB & Zainal PB

Lagu: Gelora
Penyanyi: Usop
Komposer: Ismisham
Penulis Lirik: Ismisham

Lagu: Hening Rindu
Penyanyi: Marsha Milan
Komposer: Ikhwan Fatanna & Wan Saleh
Penulis Lirik: Ikhwan Fatanna

Lagu: Memori Mungkin Berulang
Penyanyi: Tomok & Siti Nordiana
Komposer: Tomok & Siti Nordiana
Penulis Lirik: Tomok & Siti Nordiana

Lagu: Aura
Penyanyi: Ernie Zakri
Komposer: Ernie Zakri, John Jeeves & Firdaus Rahmat
Penulis Lirik: Ernie Zakri, John Jeeves & Firdaus Rahmat

Lagu: Pujaanku
Penyanyi: Kugiran Masdo & Aisyah Aziz
Komposer: Ali Sariah
Penulis Lirik: Heidimoru & Ali Sariah

Lagu: Risiko
Penyanyi: Benzooloo, Ghidd Isobahtos, Meerfly, Tuju & MK K-Clique
Komposer: Apipapol
Penulis Lirik: Benzooloo, Ghidd Isobahtos, Meerfly, Tuju & MK K-Clique

Lagu: ILU
Penyanyi: Aepul Roza
Komposer: Aepul Roza
Penulis Lirik: Aepul Roza

Lagu: OMK
Penyanyi: Ezra Kairo & Zubir Khan
Komposer: Ezra Kairo, Zubir Khan, Mingaling & Lucidrari
Penulis Lirik: Ezra Kairo & Zubir Khan

Lagu: Terus Bersinar
Penyanyi: Hafiz Suip
Komposer: Mas Dewangga, Jova Devito & Datuk Arisz Ab Rahman
Penulis Lirik: Mas Dewangga & Jova Devito

Lagu: Tangis
Penyanyi: Nabila Razali
Komposer: Naim Daniel
Penulis Lirik: Naim Daniel

Lagu: Retak Hatiku
Penyanyi: Iera Milpan
Komposer: Zai Hamzah & Oja
Penulis Lirik: Achoi Floor 88

Lagu: Bukan Lagi Kita
Penyanyi: Nadeera
Komposer: Hael Husaini & Iqie Hugh
Penulis Lirik: Hael Husaini & Iqie Hugh

Lagu: Angau
Penyanyi: Fahimi Rahmat
Komposer: Fahimi Rahmat
Penulis Lirik: Fahimi Rahmat

Lagu: Oh Huminodun
Penyanyi: Elica Paujin
Komposer: Elica Paujin & Butod Bassman
Penulis Lirik: Elica Paujin & Lenzely Salimin

Lagu: Sengaja
Penyanyi: Amir Masdi
Komposer: Bunga Cantik & Hang Nadim
Penulis Lirik: Bunga Cantik & Hang Nadim

Lagu: Lemas
Penyanyi: Khai Bahar
Komposer: Hykal Kadir
Penulis Lirik: Hykal Kadir

Lagu: Helah
Penyanyi: Puteri Khareeza
Komposer: Iqie Hugh & Shazriq Azeman
Penulis Lirik: Iqie Hugh & Shazriq Azeman

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 18 Dec 2025

“Ramai Wanita Sebenarnya Kalah Dengan Emosi Sendiri” – Madammu

Kata Madammu, kegagalan mengawal emosi menjadi antara faktor utama yang sering menjejaskan wanita dan kehidupan mereka.

Hiburan Sun, 4 May 2025
Hiburan Wed, 26 Dec 2018

Sebak Lawat Awie, Pendakwah Terkenal Mohon Netizen Terus Berdoa

Ustaz Ebit Lew memuji sifat Dato Awie yang dikatakan sebagai seorang yang lembut hatinya. Semoga terus sihat, Insya Allah…

Hiburan Tue, 18 Jun 2019

Kerap Buat Perkongsian, Altimet Mengaku Lebih Mahir Berkomunikasi

Dalam perkembangan lain, Altimet  kini sibuk meneruskan pengajian di peringkat Ijazah dalam bidang Industri Kreatif di Universiti Utara Malaysia (UUM).

Hiburan Mon, 19 Feb 2024

“Penakut!” – Keselamatan Keluarga Terancam, Zed Zaidi Terima Ugutan Suruh Letak Jawatan! Seru Pelaku Tampil Bersemuka

Allahuakbar, kalau dah melibatkan keluarga sekali memang risau! Semoga semua baik baik saja

Drama Thu, 28 May 2026

Adi Putra & Zara Zya Uji Kesetiaan Dalam ‘Luka Di Hujung Setia’

Drama bersiri Luka Di Hujung Setia bakal mengisi slot Akasia TV3 mulai 2 Jun depan dengan membawa kisah penuh emosi tentang pengorbanan, kesunyian dan keretakan rumah tangga yang hadir tanpa disedari.

Featured Fri, 24 Feb 2023
Hiburan Wed, 21 Jun 2023

Syamsul Yusof Akan Tarik Balik Saman Terhadap MAIWP & JAWI

Alhamdulillah kalau itu yang terbaik!

error: Content is protected !!