Euforia Bola 2026
Trending By: Khairil Khusyairi August 22, 2022 @ 6:52pm

Kes Dadah Yasin Sulaiman, Mahkamah Tetapkan Perbicaraan Bermula Mac Tahun Depan

Mahkamah Sesyen hari ini menetapkan perbicaraan terhadap penyanyi nasyid dan komposer, Yasin Sulaiman atas tiga pertuduhan dadah, didengar selama 15 hari bermula Mac tahun depan.

Hakim Jamaludin Mat menetapkan tarikh-tarikh perbicaraan pada 6 hingga 10 Mac, 13 hingga 17 dan 20 hingga 24 Mac selepas pihak pendakwaan dan pembelaan bersetuju dengan tarikh-tarikh yang ditetapkan.

“Walaupun kita telah cuba seawal mungkin namun kami percaya bahawa mahkamah juga ada keutamaan dan juga ada susunan susur atur kes yang lebih lama selain kes Yasin. Jadi kami menghormati keputusan mahkamah itu,” kata peguam yang mewakili Yasin Ariff Azami Hussein yang ditemui media di ruang luar mahkamah.

Terdahulu semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya Mohd. Asnawi Abu Hanipah  memaklumkan telah menyerahkan dokumen-dokumen berkaitan kes kepada pihak pembelaan dan ketiga-tiga kes dibicarakan bersama.

Mahkamah kemudiannya menetapkan 4 Oktober ini untuk pengurusan kes seterusnya sebelum perbicaraan bermula.

Pada 6 Julai lalu, pihak pendakwaan memaklumkan bahawa pertuduhan mengedar ditarik dan Yasin dituduh dengan pertuduhan baharu iaitu memiliki dadah seberat 193.7 gram.

Mengikut pertuduhan baharu itu, Yasin didapati dalam milikannya dadah berbahaya jenis kanabis seberat 193.7 gram di sebuah kondomonium di Persiaran Surian Damansara Indah Resort Home, PJU 3, Kota Damansara di sini pukul 5.30 petang pada 24 Mac lalu (2022).

Yasin yang mengaku tidak bersalah didakwa mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39A(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup atau tidak kurang lima tahun dan juga boleh dikenakan hukuman sebat tidak kurang 10 sebatan jika sabit kesalahan.

Sementara itu bagi satu lagi pertuduhan, Yasin turut mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menanam 17 pokok dalam pasu plastik berisi tanah yang mana daripadanya kanabis yang diperolehi secara terus atau tidak langsung pada tempat, waktu dan tarikh sama yang mana pertuduhan itu mengikut Seksyen 6B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Di bawah Seksyen 6B(3) akta sama Kanun Keseksaan, terdakwa berdepan dengan peruntukan penjara seumur hidup dan sebatan tidak kurang daripada enam kali jika sabit kesalahan.

Tertuduh turut didakwa atas satu lagi pertuduhan dan mengaku tidak bersalah iaitu memberikan dirinya dadah berbahaya jenis ’11-nor-delta-9 tetrahydrocannabinol-9- carboxylic acid’ di Pejabat Narkotik Ibu Pejabat Daerah (IPD) Petaling Jaya, pukul 11.05 malam pada tarikh sama.

Bagi kesalahan itu pertuduhan dikemukakan di bawah Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan boleh dihukum dibawah Seksyen 15 (1) akta yang sama, yang membawa hukuman denda tidak lebih RM5,000 atau dikenakan penjara maksimum dua tahun, jika sabit kesalahan.

Sementara itu abang tertuduh, Zain Sulaiman, 50, yang turut hadir pada sesi di mahkamah hari berharap agar ada perkembangan yang lebih baik dalam kes membabitkan adiknya itu.

“Insya-Allah kami amat harapkanlah ada sesuatu yang baik di penghujung kes ini dan kami mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan kepada semua yang memberi sokongan kepada Yasin,” katanya ketika ditemui media di sini.

Sumber: Astro Awani

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 8 Jan 2025
Trending Mon, 7 Oct 2019

Invading Privacy or Plain Rude; Shawn Mendes Made Fans Conflicted

Wherever there’s Mendes, there’s always a scandal.

Trending Sat, 19 Feb 2022

“Semalam Nampak Sihat Seperti Tiada Apa-Apa” – Bapa AG Hot FM Meninggal Dunia Akibat Covid-19

Bapa kepada penyampai radio dan pengacara AG Azmeer iaitu Selamat Ipan meninggal dunia ketika tidur, kira-kira jam 3.00 pagi tadi akibat COVID-19. AG atau nama sebenar, Muhammad Azmir Selamat memaklumkan, bapanya yang berusia 76 tahun […]

Featured Mon, 9 Jan 2023
Trending Thu, 16 May 2019

Jururawat Hilang, Mayat Siti Kharina Ditemui Dengan Kesan Kelar Di Leher Disyaki Dibunuh

Mayat Siti Kharina ditemui dalam keadaan reput dipercayai sudah meninggal dunia sejak seminggu lalu selain terdapat kesan kelar pada leher mangsa.

Hiburan Sat, 29 Nov 2025

Rasa Zaman Dah Berlalu, Aliff Syukri Tumpang Rezeki Anak – “Dulu Saya Teringin Jadi Artis, Tapi Sekarang…”

Tercalon dalam kategori Ekstra! Seller Terpaling Popular ABPBH 37 bersama Ammar Ahyan, Datuk Seri Aliff Syukri merasakan dirinya sekadar tumpang populariti anak.

error: Content is protected !!