Euforia Bola 2026
Drama By: Padin July 5, 2025 @ 5:30pm

Sentuhan Pertama Siti Saleha Sebagai Pengarah, Telefilem Rentak Dua Hati Papar Percintaan Rentas Budaya

Telefilem Rentak Dua Hati bakal menemui penonton sebagai karya sulung arahan pelakon terkenal Siti Saleha, sekali gus membuka tirai kepada projek istimewa Dari Layar Ke Lensa, sempena sambutan ulang tahun ke-41 stesen popular TV3.

Mengangkat naratif tentang identiti, prinsip dan percintaan antara kaum, Rentak Dua Hati menyusuri kisah seorang wanita berhijab yang menjalani kehidupan berganda dan bergelut dengan dilema peribadi serta tekanan masyarakat.

Projek Dari Layar Ke Lensa menghimpunkan empat pelakon popular tanah air, Siti Saleha, Fattah Amin, Janna Nick dan Zahiril Adzim yang kini mencuba cabang baharu sebagai pengarah. Inisiatif ini menonjolkan penceritaan dari perspektif mereka sendiri sebagai anak seni, sekali gus mencerminkan usaha TV3 dalam mempelbagaikan kandungan tempatan dengan sentuhan yang lebih peribadi dan jujur.

Dalam Rentak Dua Hati, penonton akan mengikuti perjalanan Adila (lakonan Auni Yusri), seorang peguam sivil muda yang secara rahsia menjadi DJ pada waktu malam. Perkenalannya dengan Fabian (Zhen Ning), seorang lelaki Cina, menambah warna dalam hidupnya, namun konflik bermula apabila identitinya terbongkar dan hubungan mereka tidak direstui keluarga Fabian. Berdepan tekanan sosial dan kecaman netizen, Adila perlu membuat pilihan sukar antara cinta, minat dan prinsip hidupnya.

Berkongsi pengalaman mengarahkan buat kali pertama, Siti Saleha berkata dia gembira dapat merasai pengalaman ini.

“Saya memang seronok mengarahkan cerita ni, dari tulis skrip sampai ke set, sebab cerita ni datang dari hati. Jadi bila masuk penggambaran, saya memang dah bersedia. Cakap pasal kerja mengarah saya ni, saya boleh kata, kalau berlakon penatnya lain, kalau mengarah penat dia lain. Bila mengarah, semua benda kena fikir, lokasi, masa, pakaian, konti dan semuanyalah. Walaupun bukan semua tugas saya, tetap kena tahu,” katanya.

Menurutnya lagi, watak Adila sangat dekat dengan realiti ramai wanita hari ini.

“Tentang watak utama dalam cerita ni, Adila, saya rasa ramai boleh relate, terutama wanita yang pernah rasa tertekan atau bergelut dengan pilihan dalam hidup. Dia cuba nampak kuat, tapi sebenarnya banyak yang dia pendam. Jadi saya harap cerita ni dapat buat penonton rasa sesuatu dan beri inspirasi untuk berani jadi diri sendiri,” tambah Siti Saleha.

Auni Yusri yang memegang watak utama turut mengakui peluang tersebut sebagai pengalaman istimewa dalam karier lakonannya.

“Saya rasa sangat bertuah bila Kak Saleha pilih saya untuk bawa watak Adila. Sebagai pelakon baru, saya tak jangka akan diberi tanggungjawab besar macam ni. Tapi sepanjang di set, dia banyak bimbing saya dan bagi ruang untuk saya selesa dengan watak ni,“ katanya.

Turut membintangi Rentak Dua Hati ialah pelakon berpengalaman Khatijah Tan dan pendatang baharu Zhen Ning, yang menjadikan telefilem ini antara karya yang dinantikan menerusi gandingan wajah-wajah segar dan bertenaga.

Tonton tayangan perdana Rentak Dua Hati pada malam ini, Sabtu, 5 Julai jam 10 malam di slot Cerekarama TV3.

Selepas itu, tiga lagi naskhah dalam projek Dari Layar Ke Lensa akan menyusul setiap Sabtu malam iaitu Noktah Dosa arahan Fattah Amin (12 Julai), Susu Lima Kupang arahan Janna Nick (19 Julai) dan Pencuri Rumah Imam arahan Zahiril Adzim (26 Julai).

Setiap satunya menjanjikan sudut penceritaan unik dengan acuan peribadi masing-masing!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 24 Jan 2019

Izzue Islam Takut Sakit Makin Melarat

Kita doakan semoga Izzue cepat sembuh okay!

Hiburan Thu, 5 Jun 2025

[VIDEO] Tya Arifin Kecewa Beg Berisi Susu Badan Tertinggal Di London, Syarikat Penerbangan Dikritik

Tya Arifin kesal syarikat penerbangan tertinggal beg berisi susu badan

Hiburan Mon, 25 Mar 2019
Hiburan Wed, 11 Feb 2026

Misha Omar Mahu Anak Lalui Proses Temuduga Pramugara Secara Adil, Enggan Guna ‘Kabel’ Suami

Misha mengakui pada awalnya dia tidak menyangka anaknya berminat untuk mencuba nasib sebagai pramugara.

Filem Tue, 25 Nov 2025

Tradisi Pasung Jadi Nadi Cerita… Filem Menjelang Magrib 2 Tampil Lebih Seram

Kini dah ada sambungan! Ketika ditayangkan pada tahun 2022, filem Menjelang Magrib mencetuskan sambutan yang memberangsangkan di Indonesia dan Malaysia.

Featured Wed, 28 May 2025

“Logik & Iman Berperang” – Tular Isu Serumah Dengan Pocong, Catriona Ross ‘Percaya’ Benda Ghaib 

Catriona Ross yang kelihatan berkongsi pandangan peribadinya berhubung isu ‘housemate’ pocong.

Hiburan Wed, 8 Jan 2025
Hiburan Mon, 16 Mar 2026

“Wanita Murah, Lelaki Tiada Pegangan” – Reen Rahim Luah Rasa ‘Meluat’ Banyak Cerita Kisah Penyondol, Rindu Drama Ada Nilai

Reen juga berpandangan naratif sedemikian tidak lagi relevan dengan realiti masyarakat masa kini

error: Content is protected !!