Euforia Bola 2026
Filem By: Padin November 25, 2025 @ 3:07pm

Tradisi Pasung Jadi Nadi Cerita… Filem Menjelang Magrib 2 Tampil Lebih Seram

Ketika ditayangkan pada tahun 2022, Menjelang Magrib mencetuskan sambutan yang kuat di Indonesia dan Malaysia.

Tiga tahun kemudian, Helroad Films kembali dengan kesinambungan baharu berjudul Menjelang Magrib 2: Wanita Yang Dirantai.

Penerbit, Helfi Kardit menjelaskan filem kedua ini masih mengekalkan fokus terhadap kisah wanita yang dipasung.

“Untuk naskhah baharu ini, saya kekal dengan tema pasung. Walaupun siri ini akan diteruskan lagi pada masa hadapan, tema tersebut tetap menjadi teras. Pemilihannya sangat rapat dengan pengalaman saya ketika tinggal di sebuah kawasan di Sumatera, di mana saya pernah melihat sendiri seorang individu dipasung dalam rumah khas untuk rawatan,” kata Helfi.

Menjelang Magrib 2: Wanita Yang Dirantai mengangkat isu pasung yang masih dipercayai secara turun-temurun sebagai kaedah merawat gangguan mental. Filem ini turut disokong oleh barisan pelakon popular seperti Aditya Zoni, Ajeng Fauziah, Muthia Datau, Aisha Kastolan dan Aurelia Lourdes.

Helfi menerangkan bahawa filem baharu ini bukan sambungan langsung daripada kisah pertama, sebaliknya ia sebuah cerita spin-off yang berdiri sendiri. Menurutnya, penceritaan yang dibawakan bukan sekadar menakutkan, tetapi turut mengangkat elemen budaya, mistik dan kepercayaan tradisi yang bertentangan dengan pengetahuan sains serta logik moden.

“Untuk filem kali ini, saya memilih jalan cerita yang lebih gelap dan lebih menghantui, sambil memasukkan elemen budaya serta ketidakseimbangan hidup masyarakat pada era penjajahan. Latar masanya juga ditetapkan pada tahun 1920 sewaktu Indonesia berada di bawah pentadbiran Belanda atau Hindia Belanda,” katanya lagi.

Filem arahan Helfi itu sudah mulai ditayangkan di pawagam seluruh Indonesia sejak 4 September lalu dan menerima respons positif termasuk jumlah penonton yang tinggi. Helfi mengimbas kembali kejayaan filem terdahulu di Malaysia.

“Ketika Menjelang Magrib ditayangkan tiga tahun lalu, sambutan penonton Malaysia terhadap genre seram sangat luar biasa sehingga kutipannya hampir RM2 juta. Jadi saya mengharapkan filem kedua ini juga mampu menarik perhatian penonton Malaysia seperti sebelumnya,” katanya lagi.

Untuk peminat naskhah seram, Menjelang Magrib 2: Wanita Yang Dirantai menemui penonton Malaysia bermula 20 November 2025.

SINOPSIS

Berlatar pada tahun 1920 ketika Indonesia masih berada di bawah kuasa Belanda, kisah ini bermula apabila Dr. Giandra, seorang graduan muda Universiti STOVIA, terbaca laporan akhbar mengenai seorang gadis di Desa Karuhun yang dipasung. Pada zaman itu, pasung dianggap sebagai rawatan untuk penyakit mental dan sering dilakukan melalui kaedah mistik oleh dukun, sesuatu yang bertentangan dengan prinsip Giandra sebagai doktor moden.

Gadis yang dipasung itu dikenali sebagai Layla, dan kisahnya dilaporkan oleh Rikke, seorang wartawan kacukan tempatan dan Belanda. Setibanya Giandra di Desa Karuhun, Rikke menyambut kedatangannya kerana turut mahu mengetahui tujuan doktor muda itu datang ke desa yang terletak di kaki gunung tersebut.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 29 Jul 2025

“Bukan Beli, Adik Ipar Banyak Buat Pembangunan” – Uqasha Bangga Nelydia Senrose Jadi Datin

Uqasha Senrose perjelas adik ipar ada darah kerabat Terengganu

Featured Mon, 30 Jun 2025

Zahirah Macwilson Sokong Bapa Jadi Hos Majlis Kahwin – “Semoga Dipermudahkan & Murah Rezeki”

Zahirah Macwilson menitipkan doa agar urusan pekerjaan bapanya dipermudahkan.

Hiburan Tue, 7 Nov 2017

FATTAH AMIN? NO THANK YOU – SHERRY IBRAHIM

Tak mungkin berlaku, lagipun dia generasi yang berbeza, jadi kalau dapat pun; no thank you!” ulas Sherry ketika ditemui di majlis pelancaran perfume De’xandra di Damansara Perdana.

Trending Tue, 15 Feb 2022

5 Perkara Yang Peniaga Online Je Faham! Parcel Tiba-Tiba Tak Boleh Track Tu Paling Pening!

Menjadi peniaga online ini tak semudah yang anda sangkakan. Dengar memanglah mudah. Post gambar kemudian orang beli, bungkus dan pass parcel kepada kurier. Tu je. Tapi anda lupa, mana mungkin ada kerja yang tak ada […]

Trending Thu, 18 Feb 2021

Dah Tak Jadi Singa Kat Rumah! Ibu Bapa Beri Komen Positif Mengenai DidikTV

Mula bersiaran semenjak semalam, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memperkenalkan saluran khusus TV Pendidikan yang dikenali sebagai DidikTV KPM menerusi saluran ntv7. Ia merupakan usaha memperkasakan Sistem Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) sedia ada […]

Hiburan Tue, 12 Nov 2019
Featured Fri, 31 Mar 2023
error: Content is protected !!