Euforia Bola 2026
Featured By: Khairil Khusyairi March 17, 2023 @ 4:26pm

“Gaduh Macam Mana Pun, Jangan Tidur Katil Berasingan” – Adam Lee & Sweet Qismina

Pasangan pelakon Adam Lee dan Sweet Qismina meluahkan rasa teruja apabila bakal menyambut Ramadan pertama mereka sebagai suami dan isteri.

Menurut pasangan manis ini, mereka cuba meluangkan masa bersama dalam menikmati bulan mulia itu.

“Ramadan kali ini saya dan suami akan berpuasa bersama sebagai suami isteri jadi kami cuba cari masa bersama untuk luangkan masa dengan keluarga.

“Sebab takut tahun depan atau tahun akan datang kami akan fokus lebih untuk karier kami sebab sebelum ini juga kami fokus dengan karier.

“Bila tahun ini bergelar suami dan isteri rasa macam jika tiada halangan dan kalau susun jadual elok-elok, sudah tentu saya nak luangkan masa bersama isteri untuk pergi tarawih, berbuka, bersahur dan nak masak juga.

“First time juga berbincang raya tahun ini nak pergi rumah siapa, benda ini tak pernah ya,” ujar mereka ketika ditemui XTRA.

Adam dan Sweet ditemui seusai Tonton Anugerah Drama Sangat (TADS) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) baru-baru ini.

Disoal mengenai persiapan untuk menyambut ibadah berpuasa sebagai suami dan isteri, Adam dan Sweet mempunyai perancangan untuk Ramadan pertama mereka.

“Saya sendiri ada latar belakang keluarga yang mahir memasak, saya pun boleh lah sikit-sikit memasak, isteri saya pula memang pandai masak, awal-awal kahwin pun dah memasak.

“Untuk Ramadan kali ini mungkin kami masak bersama mungkin, ataupun kita pergi bazar bersama.

“Secara kebetulan, haritu kami baru saja beli buku 101 resipi. Jadi mungkin boleh guna untuk Ramadan ini,” seloroh Adam dan Sweet.

Lebih empat bulan berkahwin, Adam dan Sweet sentiasa berpegang teguh kepada pesanan keluarga mereka dalam mewujudkan keharmonian dalam rumah tangga.

“We are Ying and Yang’. Sebab itulah kami disatukan bersama. Rasanya apa-apapun Adam selalu ingatkan saya bagaimana nak wujudkan persefahaman dalam perbincangan.

“Gaduh maca mana pun, nasihat keluarga kami adalah jangan tidur katil yang berasingan. Jadi benda itu kami praktikkan dan alhamdulillah doakan hubungan kami berkekalan,” ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Lebih Empat Bulan Nikah, Adam Lee & Sweet Qismina Terbuka Jika Timang Bayi Tahun Ini – “Tak Sabar Nak Panggil Mommy & Daddy”

Dalam perkembangan lain, Adam dan Sweet juga bakal bergandingan sekali lagi dalam drama Malam Zulaika yang bakal menghiasi slot Samarinda di TV3 tidak lama lagi.

Adam dan Sweet sah bergelar suami isteri pada 24 oktober 2022 selepas setahun mengikat tali pertunangan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 3 Jul 2018

Puteri Jepun Ini Sanggup Gadaikan Status Dirajanya Untuk Mengahwini Rakyat Biasa

Demi cinta, dia rela kehilangan darjat dan harta. Anda sanggup?

Featured Tue, 14 Feb 2023

Kesal Netizen Hambur Kata-Kata Tak Senonoh Kepada Isteri & Arwah Ibu, Jiran Dakwa Ali Puteh Ada Niat Buruk – “Dia Nak Rumah Tu”

Alamak, betul ke ni? Tapi kot ye pun, janganlah sampai menghina orang yang dah tiada 😭😭😭

Featured Sat, 3 Sep 2022
Featured Sat, 14 Jul 2018
familuv Mon, 31 Dec 2018

15 Modern Design Ideas For Your Baby’s Bedroom

Don’t go for the traditional, pastel-coloured theme anymore!

Eat Travel Wed, 1 Apr 2020

Resipi mudah terung panggang ala piza

Terung pun sedap jika tahu cara memasak

Featured Fri, 8 May 2020

Majikan perlu patuhi Garis Panduan Pengurusan COVID-19 untuk lindungi pekerja

Pekerja juga bertanggungjawab elak penularan di tempat kerj

Hiburan Fri, 30 Mar 2018

Izreen Azminda Kembali Aktif Di Instagram

Bagaimanapun, gambar selfie ini nampaknya sudah mendapat tanda likes sebanyak 13,190. Namun, pelakon ini kelihatannya masih menutup ruangan komen dilaman instagram beliau. Manakala, Suaminya Ude Wahid juga kelihatan turut aktif dilaman sosial sejak khamis

Trending Tue, 25 Jun 2019

Apa Nak Jadi Dengan Pasir Gudang?

Apa dah jadi ni sampai 14 buah sekolah kena tutup?

error: Content is protected !!