Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi March 28, 2025 @ 4:17pm

“Dulu Dibuli Kerana Kacukan, Kini Dipuji Wajah Eksotik” – Nina Kho

Pelakon, Nina Kho mendedahkan dia pernah menjadi mangsa buli ketika zaman persekolahan hanya kerana mempunyai darah kacukan.

Menurut Nina atau nama sebenarnya Nina Kho Siew Ching, bukan sahaja rakan sekolah, malah sepupu terdekatnya sendiri turut mengasingkan diri daripadanya.

“Sebagai Cina Bidayuh yang mempunyai darah kacukan, saya pernah dibuli ketika sekolah rendah kerana mereka tidak menyukai saya.

“Kebanyakan rakan sebaya yang berbangsa Cina memiliki mata sepet, tetapi mata saya lebih besar dan bibir pula tebal.

“Bahkan, ada segelintir sepupu yang rapat turut mengejek saya, menyebabkan saya berasa rendah diri sejak kecil,” katanya.

Nina berkongsi pengalaman itu ketika ditemui di tayangan perdana filem Raya Emas: Salako Sacred Treasure yang berlangsung di Dadi Cinema, Pavilion Kuala Lumpur pada Isnin.

Namun, apabila meningkat dewasa, Nina mula menyedari kecantikan bukanlah sesuatu yang boleh diukur dengan satu perspektif sahaja.

“Semakin banyak saya mengembara ke luar negara, semakin saya sedar bahawa kecantikan itu subjektif.

“Malah, ramai yang memuji rupa saya unik, terutama ketika saya menyertai pertandingan ratu cantik.

“Mereka mengatakan saya memiliki kecantikan eksotik, dan ketika itu barulah saya faham maksud sebenar perkataan ‘eksotik’.

“Dari situ, saya sedar kadang-kadang kita bukan tidak cantik atau tidak cukup baik, cuma mungkin berada di tempat yang salah. Apabila berada di tempat yang ‘betul’, kita akan lebih dihargai,” ujarnya.

Selain berkongsi pengalaman peribadi, Nina turut menasihatkan orang ramai agar tidak membiarkan diri dibuli tanpa membela diri.

“Saya percaya jika kita dilayan dengan tidak adil, kita perlu bersuara. Kita tidak boleh biarkan orang sesuka hati membuli kita.

“Dulu saya hanya berdiam diri dan menangis, kerana takut untuk beritahu ayah saya, bimbang mereka akan risau. Tapi sekarang saya sedar, kita perlu berani bersuara dan mempertahankan diri,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 4 Jan 2019

Shiha Kecil Hati PIPIYAMA Dikritik Pendengar Malaysia?

Hurm…bila agaknya netizen dekat Malaysia ni nak berhenti buli siber eh? Tak penat ke korang…

Hiburan Mon, 2 Feb 2026

Inferno3 Lancar Single Debut Money, Bergandingan Dengan Shiha Zikir

Inferno3 tampil dengan pakej tarian yang mantap serta vokal yang diyakini, menerusi kolaborasi bersama Shiha Zikir.

Featured Mon, 1 Dec 2025
Hiburan Tue, 7 May 2019

‘Saya Akan Tarik Awal Setiap Kali…’- Scha Alyahya Kongsi Tips Rumah Tangga Ideal

Kami sudah mencuba sejak tahun lalu lagi. Mungkin tiada rezeki lagi buat masa ini.

Hiburan Sat, 16 Mar 2019

《Durian Kaya Teh Tarik》荣登本地中文综艺收视冠军

八度空间全新户外游戏节目《Durian, Kaya, Teh Tarik》自开播收视屡创佳绩,荣登本地中文综艺收视冠军!

Trending Tue, 2 Jan 2024

Dengar Suara Memanggil-Manggil, Nampak Melambai-Lambai…Ibu Sakit Rindukan Bella

Ibu mana yang tidak sayang anaknya, pulanglah Bella🤲🏻

error: Content is protected !!