Euforia Bola 2026
Featured By: Khairil Khusyairi April 20, 2023 @ 3:47pm

Uyaina & Syahiran Tak Sabar Nak Beraya Dengan Raja Urhan! – “Baju Raya Dah Beli Sebelum Puasa Lagi”

“Tak sabar.” Demikian reaksi pasangan selebriti Raja Syahiran dan Uyaina Arshad apabila bakal menyambut lebaran kali ini penuh bermakna bersama cahaya mata sulung, Raja Urhan.

Menurut pasangan terbabit, mereka meluahkan rasa bertuah apabila dikurniakan Raja Urhan ke dalam hidup kerana ia menyejukkan hati mereka.

Malah turut berkongsi perkembangan terkini Raja Urhan yang senang bersama orang lain.

“Dia sangat bertuah. Bagi kami ia beri tenang jiwa. Bangun pagi selalu senyum

“Keletah dia sangat comel sebab dia sweet sangat, suka gelak dan senyum. Semua orang yang jumpa, semua dia suka. Alhamdulillah, Urhan tak banyak ragam, dia sangat happy.

“Bila tengok dia rasa macam bertuahnya kami dikurniakan Urhan,” ujar mereka ketika ditemui XTRA.

Berkongsi mengenai persiapan yang sudah dilakukan pasangan tersebut, Uyaina memberitahu Syahiran sangat teruja untuk menyambut lebaran bersama anak kecil pada tahun ini.

“Baju raya dah beli, untuk pertama kalinya Syahiran beli baju raya sebelum bulan puasa.

“Saya rasa kagum dan teruja dengan semangat dia,” kongsi Uyaina.

Disoal kampung halaman siapa yang menjadi pilihan pada tahun ini, mereka akan mula beraya dia Lembah Klang terlebih dahulu.

“Untuk raya tahun ini beraya di rumah keluarga Uyaina mungkin di Selangor, sebab tahu sebelum ini bersama keluarga Syahiran.

“Tak pernah gaduh buat masa ini dalam pemilihan nak balik raya mana sebab rumah ibu bapa kami berdua sangat dekat. Tak ada lah momen balik kampung yang riuh,” ujar mereka.

Untuk rekod, Uyaina dan Syahiran mendirikan rumah tangga pada 20 Disember 2021 dan dikurniakan cahaya mata lelaki pada 8 September tahun lalu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 22 Jul 2025

 Ismanira Dakwa Penagih Dadah, Pedofilia B*nuh Zayn Rayyan

Ismanira memaklumkan kepada Mahkamah Sesyen individu seperti penagih dadah atau pedofilia.

Hiburan Mon, 11 Jun 2018

Tak Sabar Bawa Si Pipi Merah Beraya – Siti Nurhaliza

Pastinya sambutan aidilfitri kali ini buat penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza amat istimewa sekali

Events Mon, 25 Nov 2019

妇唱夫随!李李仁为陶晶莹站台献大马处女唱

陶晶莹演唱会引领全场走入时光隧道,特别嘉宾「姐夫」李李仁也卯足全力,以吉他为爱妻伴奏,随后又开口献唱,夫妇俩携手上演一场游走弹唱的甜蜜戏码!

Hiburan Wed, 26 Nov 2025
Featured Wed, 17 May 2023
Hiburan Thu, 25 Jan 2018

Khatam 15 Kali Masih Lagi Tampil Seksi?

Tampil seksi walaupun sudah berkhatam 15 kali , dengar penjelasan Nana

Hiburan Fri, 27 Dec 2019

Penat Hidup Solo, Penyanyi Dangdut Ini Mohon Jodoh Tahun Depan

Semoga berjumpa lelaki yang tepat ya…

error: Content is protected !!