Euforia Bola 2026
Trending By: Padin September 21, 2021 @ 7:20pm

“Masa Pantang Jaga Makan, Habis Pantang Makan Ayam Goreng…” – Dr. Say Mengaku Isteri Tak Berpantang, Amal Makanan Sihat & Seimbang

Personaliti media sosial dan pengacara, Dr. Say Shazril atau nama sebenarnya, Shazril Shaharuddin mengakui isterinya, Dr. Azura Abas tidak pernah berpantang semenjak kelahiran anak pertama mereka, Aezriel.

Baru sahaja menimang cahaya mata kedua, Sefriel pada 18 Ogos lalu, Dr. Say berkongsi perkara terbabit sekali lagi kerana masih ada netizen yang bertanya mengenai perkara terbabit.

“Ramai juga yang mesej tanya soalan ni memandangkan saya rasa ada yang baru follow Instagram saya. Kalau yang follow sejak zaman Ace dulu mesti tau dah cerita ni. Tapi takpe, saya cerita sekali lagi. Jawapannya, sejak anak pertama dan termasuk anak kedua ni bini saya tidak berpantang. “Whats? Tak pantang? Badan nak guna lama kot” jerit makcik bawang di Facebook.

“Sekali lagi saya ingin tekankan yang kami tidak menentang sesiapa yang ingin berpantang. Nak pantang silakan, tak nak pantang pun silakan. Kalau cakap pasal badan nak guna lama meh saya bagi kisah yang paling senang nak diterima akal.

“Kalau masa berpantang ni ibu-ibu jaga makan dengan makan ikan haruan, ikan kering dan seangkatan dengannya, then habis pantang hari ke-45 ibu-ibu makan ayam goreng Mekdi, Kepchi, Mary Perang with honey butter biscuits Texus Chicken on the side, logik akalnya tidakkah makanan-makanan sebegini akan merosakkan badan ibu-ibu yang selama ni berpantang?” tulis Dr. Say menerusi salah sebuah hantaran di laman Instagram.

Tambah Dr. Say, perkara yang perlu diambil berat oleh ibu yang baharu sahaja melahirkan anak ialah pemakanan sihat.

“Kunci utamanya adalah pengambilan makanan yang sihat & seimbang, itu sahaja. Ayam, telur, ikan, sayur-sayuran & buah-buahan macam kangkung, timun, tembikai, pisang boleh je nak makan sebab ni semua tergolong dalam makanan yang sihat & seimbang.

“Kalau nak cakap ‘gatal’ atau ‘bisa’, dari segi perubatan there is no such thing cuma kalau memang allergic, elakkanlah. In a nutshell, bergantung kepada kepercayaan ibu tu sendiri sama ada nak amalkan pantang-larang ini atau tak.

“Yang penting jangan terlalu extreme supaya ibu-ibu sentiasa cergas, ceria dan sihat semasa dalam pantang,” tulisnya lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Kisah Viral Thu, 11 Jan 2024
Featured Thu, 7 Apr 2022

“Salah Satu Cara Untuk Lepaskan Rindu…” – Ayu Damit Sedih Sambut Puasa & Raya Pertama Tanpa Bapa

Perit menanggung rindu orang yang dah tiada… Semoga Ayu tabah hadapi ujian ini

Featured Wed, 31 May 2023
Trending Wed, 7 Aug 2019

Kenapa Datuk Bandar Diarah Pakai Pakaian Wanita?

Kenapa ya sampai begitu sekali ,mesti ada yang tak kena kan?

Hiburan Sat, 16 Aug 2025

“Awak Tak Bawa Manfaat Pun, Jangan Dekat Dengan Anak Saya!” – Luah Rasa Berang, Hantaran Media Sosial Rita Rudaini Raih Perhatian

Rita Rudaini menyifatkan individu tersebut tiada sebarang hak untuk berada dalam kehidupan anaknya itu

Trending Thu, 26 Nov 2020
Featured Sat, 9 Aug 2025

“Orang Yang Insecure Adalah Orang Yang Suka Membuli”- Sarimah Ibrahim

Paling teruk, ada segelintir mereka yang menganggap individu tersebut sebagai ancaman.

Hiburan Fri, 7 Mar 2025

“Kami Tak Pernah ‘Senarai Hitam’ Selebriti” – Fiziwoo Kekal Profesional

Fiziwoo menegaskan tidak pernah menyenarai hitam mana-mana selebriti yang terpalit dengan kontroversi

error: Content is protected !!