Euforia Bola 2026
Featured By: Maya Basir April 29, 2023 @ 5:31pm

Dikecam Netizen Gara-Gara ‘Sekolahkan’ Pembaca Berita, Ini Respons Hattan

Penyanyi Datuk Hattan dikecam netizen selepas menempelak pembaca berita sebuah stesen televisyen yang dikatakan tidak membuat kajian berkaitan Mael XPDC.

Sebagai rakan seangkatan Allahyarham Mael, Hattan dihubungi untuk temubual secara langsung bagi mendapatkan pandangannya mengenai lirik lagu kumpulan XPDC yang dikatakan ‘makan dalam’.

Disebabkan maklumat yang tidak tepat berkaitan XPDC, Hattan menyelar penyampai tersebut dengan nada yang tegas dan mempersoalkan sama ada membuat kajian ataupun tidak.

Malah, pelantun lagu Gadis Jolobu ini memutuskan talian sebelum penyampai itu sempat mengucapkan terima kasih.

Memetik laporan Kosmo, dia hanya meninggalkan ‘voice note’ dalam aplikasi WhatsApp dengan memberitahu bahawa dia tidak berminat untuk mengulas lanjut tentang perkara itu.

“I’m not interested,” ujarnya.

Pada masa sama, panggilan telefon yang dibuat juga dijawab ringkas dengan menyatakan dia sedang bermain golf.

Berdasarkan pemerhatian Xtra, selepas isu tersebut tular, Hattan bertindak menetapkan Instagram miliknya ke ‘mode’ privasi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 18 Jul 2023
Trending Thu, 17 Sep 2020

Arab Saudi Buka Sempadan 1 Januari 2021, Tempahan Umrah Boleh Dilakukan Mulai Sekarang

Berita terkini buat rakyat Malaysia yang ingin melakukan ibadah umrah..

Trending Mon, 26 Oct 2020
Hiburan Mon, 1 Apr 2024
Events Sat, 6 Aug 2022

‘Bisik’ Pasal Crush, Irfan Haris Hasil Single Ke-8 – “Saya Harap Dia Tahu Lagu Ini Untuk Dia”

Korang yang ada crush tu mungkin boleh BISIK macam Irfan Haris jugak 😂 Apapun tahniah Irfan sebab lagu berjaya masuk carta RIM 👏 Dah jom sendu sama-sama!

error: Content is protected !!