Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin October 26, 2023 @ 1:55pm

“Terima Kasih Jadi Bidadari Saya, Sayang Awak!” – Fizi Ali Titip Ucapan ‘Manis’ Sempena Hari Lahir Isteri Tercinta

Penyampai radio HotFm, Fizi Ali kelihatan menitipkan ucapan istimewa sempena hari ulang tahun isterinya, Siti Zulaikha yang ke-30 pada Rabu.

Menerusi hantaran terkini di Instagram, Fizi atau nama penuhnya, Mohd Hafizudin Ali, 34, berkongsi bahawa kehadiran isterinya itu dalam hidupnya telah mengembalikan semula senyumannya.

“Happy birthday sayang. Terima kasih untuk semuanya… Kebahagiaan yang awak bagi pada saya, pada anak-anak.

“Saya ingat satu janji awak… Awak akan buat saya tersenyum balik dan alhamdulillah senyuman tu datang balik bila awak datang dalam hidup saya,” katanya.

Dalam pada itu, Fizi memohon maaf kerana tidak dapat menyambut ulang tahun itu secara besar-besaran, namun dia berharap agar ruamh tangga a yang dibina bersama isteri tercintanya itu berkekalan sampai bila-bila.

“Terlampau banyak yang saya nak katakan, tapi saya tak pandai menulis. Cuma satu je terima kasih menjadi bidadari saya. Selamat ulang tahun.

“Maaf tak ada celebrate apa-apa. Sayang awak. InshaaAllah kita akan tempuh semua sama-sama. Saya sayang awak,” jelasnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fizi Ali (@fiziali_)

 

Dalam pada itu, Siti Zulaikha kelihatan membalas semula ucapan Fizi di ruangan balas komen berkenaan.

“Alhamdulillah, Syukur Ya Allah. Bangun-bangun tidur dapat ucapan hari lahir membuatkan saya rasa bersyukur.

“Terima kasih banyak terhadap ucapan dan doa serta kasih sayang kalian. Terima kasih kerana sudah mengambil sedikit masa untuk memberikan ucapan kepada saya. Semoga Allah merahmati kalian,” tulisnya.

Terdahulu, Fizi mengejutkan ramai pihak selepas  memuat naik foto dan mengumumkan sudah bernikah dengan isterinya yang juga merupakan rakan perniagaannya di Instagram pada Isnin.

Difahamkan, pasangan merpati dua sejoli itu juga telah melangsungkan pernikahan di Pejabat Agama Islam Daerah Gombak, Selangor.

Untuk rekod, Fizi pernah mendirikan rumah tangga bersama pelakon Shakilla Khoriri pada 18 Februari 2018 namun bercerai sekitar Disember 2021.

Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Nurul Ameena Sofia yang kini berusia empat tahun.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 18 Aug 2020

Sukuk Prihatin : Bantuan RM500 Juta Bukti Kesungguhan Kerajaan Tangani Krisis

Semoga bantuan ini dapat membantu golongan yang terjejas

Featured Sun, 8 Mar 2020
Trending Thu, 28 Apr 2022
Events Fri, 4 Oct 2019

‘Dah Macam Pesta Coachella’- Karnival Starlight Pertama Di Genting Bawakan Zouk Secara Live!

Karnival ini raikan pesta Oktoberfest, Zouk Live dan banyak lagi!

Trending Thu, 26 Mar 2020

7 Petugas Istana Sah Positif COVID-19, Tuanku Agong Dan Raja Permaisuri Kini Jalani Tempoh Kuarantin

Semoga Tuanku Agong dan Raja Permaisuri Agong dilindungi sentiasa..

Trending Sat, 24 Feb 2018

AWAS DENGAN PRODUK KECANTIKAN INI, ADA RACUN BERJADUAL RUPANYA!

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah mengumumkan notifikasi produk-produk kosmetik terlibat telah dibatalkan oleh Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi berikutan pengesanan bahan racun berjadual dalam produk berkenaan.

Hiburan Thu, 16 Jan 2020

Sharifah Sakinah Titip Nasihat Buat Balqis

Setelah kisah pelakon cilik, Puteri Balqis yang menghadapi sakit misteri sejak dua tahun lalu dan kesempitan hidup selepas ibu bapanya bercerai tular, ramai yang melahirkan rasa simpati terhadapnya. Lebih-lebih lagi apabila Balqis mengatakan dia tidak […]

error: Content is protected !!