Euforia Bola 2026
Hiburan By: Fatin Nurain March 28, 2023 @ 1:34pm

Bimbang Dengan Keselamatan Kaum Wanita, Julia Farhana Persoal Kedudukan Surau Awam – “Mesti Area Paling Hujung, Gelap”

Sejak tampil mengenakan hijab, pelakon Julia Farhana kerap berkongsi pendapatnya secara rawak mengenai pelbagai perkara, termasuklah ilmu berkaitan dengan agama.

Terbaharu, Julia tampil mengemukakan pendapatnya mengenai kedudukan surau awam yang berada di sesetengah tempat yang dikunjunginya.

Menurut Julia, dia bimbang dan kurang senang akan sesetengah surau awam yang dikunjunginya kerana kedudukannya tidak menjamin keselamatan kaum wanita yang ingin beribadah.

Perkara itu telah dikongsikan oleh Julia menerusi sebuah hantaran di Instagram Story (Igs).

“Is it just me or surau perempuan mesti area paling hujung, paling gelap. Everytime I walk down an isle to the surau im thinking damn… This is how cerita hantu starts man.

“Or murder. This is how murder happens. Or rape. This is how rape happens. Reach the surau. Its empty. Pray in fear. Laju laju bacaan semua tunggang langgang. Every single time,” tulisnya.

Malah, Julia juga sempat memuji sebuah pusat membeli belah, Pavilion Kuala Lumpur yang menyediakan tempat solat yang selamat dan senang untuk mendapatkan bantuan sekiranya kejadian tidak diingini berlaku.

“So far only Pavilion Kuala Lumpur surau is clean, ada orang ramai, bright, next to surau lelaki so kalau jerit pun hero ramai. Kalau dark alley how lah? Jerit hantu pun tak dengar.

“Kadang surau kat parking…… Im like why? If I scream no one will come to my rescue. If I lock the surau door what if another woman needs to pray?,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sat, 16 Nov 2019

Hanya Kerana Lamar Tunang Di KFC, Terima Pelbagai Kejutan ..

Puluhan Syarikat Gergasi Mahu ‘Sponsor’ Majlis Kahwin Pasangan Ini

Hiburan Mon, 16 Jul 2018

EXO vs. BTS: FIFA World Cup 2018 Battle a Draw

The conclusion is…neither won nor lost.

Hiburan Sat, 6 Apr 2024
Trending Tue, 12 Mar 2019

Wanita diserang harimau bintang setelah memanjat pagar untuk swafoto

Hendak mengambil gambar pun, perlu fikir keselamatan diri juga.

Hiburan Fri, 8 Feb 2019

Meriahnya Majlis Aqiqah Anak Nubhan!

Majlis yang berlangsung di Negeri Sembilan pada Rabu lalu (6 Februari) turut dihadiri ahli keluarga serta anggota kelab peminatnya, Nubhan Squad.

Hiburan Tue, 5 Sep 2023
Hiburan Fri, 23 May 2025
Events Sun, 1 Sep 2019

陈昇火辣钢管舞尽显「顽童本色」!承诺会再来唱

「音乐顽童」陈昇出道30周年《华人公寓》巡回演唱会,从去年开始巡回,今年终于与马来西亚「住客」见面,这也是他首次正式在大马开唱……

error: Content is protected !!