Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi May 23, 2025 @ 11:19am

[VIDEO] “Apa Yang Dia Cakap Tu Banyak Betul, Kasar Tapi Ada Isi” – Sharnaaz Ahmad Akui DMA Islam Bijak Cuma Kurang Ajar

Pelakon, Sharnaaz Ahmad tampil bersuara berhubung isu pempengaruh, DMA Islam yang sebelum ini mengkritik beberapa jurusan dalam bidang seni paling bodoh dalam Malaysia.

Menerusi sesi siaran langsung di media sosial, Sharnaaz atau nama lengkapnya, Sharnaaz Ahmad Datuk Basir Ahmad, 39, menyifatkan kenyataan DMA Islam seorang yang bijak namun cara penyampaiannya itu dianggap kurang ajar.

“Saya ada ‘study’ video dia tiba-tiba keluar fyp. Sebenarnya apa yang dia cakap itu banyak betul. Budak ni ada otak, cuma mungkin perwatakan dan cara percakapan dia membuatkan ramai triggered.

“Aku tak kata dia cakap itu betul pada golongan artis atau tidak, sama sahaja semua manusia biasa. Apa yang aku cuba cakap cara penyampaian dia kurang ajar. Kasar tapi ada isi,” jelasnya.

Sementara itu, aktor filem popular Blood Brothers itu turut berkata orang ramai mungkin boleh menerima pandangan DMA Islam sekiranya dia menggunakan cara yang betul dalam penyampainnya itu.

“Kalau dia sampaikan dengan bahasa lembut, cara tersusun dan ayat kemas tak jadi masalah, aku rasa ‘context’ yang dia sampaikan kepada golongan mana-mana termasuk artis, ada fakta,” katanya.

@xtra_my

Betullah tu, bak kata Sharnaaz Ahmad ‘cara percakapan DMA Islam tu kasar tapi ada fakta’ #fyp #xtra #sharnaazahmad #dmaislam #bijak #kurangajar #adab #beritaditiktok #sembangentertainment

♬ original sound – XTRA – XTRA

Terdahulu, DMA Islam hangat menjadi perbualan di media sosial selepas melabel beberapa jurusan pengajian seperti Komunikasi Massa, Seni Teater dan Seni Tari Tradisional sebagai antara jurusan paling bodoh di Malaysia, sekali gus mencetuskan perdebatan hangat dalam kalangan netizen dan selebriti.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 30 Nov 2022

“Dia Pernah Masuk Lokap, Tapi…” – Dakwa Dianaya Selama 3 Tahun & Dipukul Hampir Separuh Nyawa, Bekas Isteri Afiq Muiz Tunjuk Bukti Mata & Badan Lebam

Allahh, teruknya lebam dekat mata tuu 🥵😭 Perkara macam ni takkan nak dibuat main kan? Hmm apapun semoga dipermudah segala urusan buat mereka

Trending Mon, 25 Mar 2019
Featured Sun, 18 Dec 2022
Featured Tue, 23 Aug 2022
Events Thu, 24 Oct 2019
Hiburan Tue, 14 Aug 2018

Al- Fatihah, Tiada Lagi Opie Panji …

Allahyarham yang berusia 48 tahun itu dikejarkan ke HTAA 4 Ogos lalu selepas mengadu sesak nafas di rumahnya di Indera Sempurna sebelum dirawat di hospital itu.

Hiburan Tue, 16 Apr 2019

Kaya Tapi ‘Humble’, Jom Tengok Hadiah Hari Jadi Nia Ramadhani Tahun Ini!

Bergelar isteri seorang jutawan, apa agaknya hadiah yang diberi suami Nia tahun ini?

error: Content is protected !!