Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida August 14, 2018 @ 11:41am

Al- Fatihah, Tiada Lagi Opie Panji …

Penyanyi yang popular dengan lagu ‘Kasih Yang Tidak Pasti’ meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan, awal pagi tadi.

Bekas vokalis kumpulan Panji, Mohd Rafi Ibrahim yang lebih dikenali sebagai Opie disahkan meninggal dunia pada 4.10 pagi tadi selepas menderita pelbagai komplikasi penyakit termasuk hepatitis C.

Perkara itu disahkan isteri arwah, Suhailiza Ahmad, 42, yang memaklumkan jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam FELDA Jerangau, Dungun, tengah hari ini.

Allahyarham yang berusia 48 tahun itu dikejarkan ke HTAA 4 Ogos lalu selepas mengadu sesak nafas di rumahnya di Indera Sempurna sebelum dirawat di hospital itu.

Media sebelum ini melaporkan Opie yang mencari rezeki sebagai tukang paip, sudah tiga bulan tidak bekerja akibat menderita pelbagai komplikasi penyakit seperti kencing manis, bengkak hati dan jangkitan kuman dalam salur makanan.

Opie yang pernah popular dengan album Senang pada tahun 1993 hingga tercalon untuk anugerah Artis Baru Terbaik (Berkumpulan) pada Anugerah Industri Muzik 1993.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 27 Jul 2023

[VIDEO] “Kau Manusia, Bukan Kambing,” – Mulut Akan Bau Busuk, Muka Jadi Lesu… Kak KM Tegur Jangan Terlalu Cut Sugar

Haa ini min setujuu.. Dalam diet journey, kena enjoy. Kalau strict tak kekal lama 😌

Featured Mon, 11 Nov 2024

Tampil S*ksi, Amelia Henderson Sarung Baju Tayang Bahagian Dada Undang Kecaman

Penampilan pelakon Amelia Henderson ketika hadir pada majlis Kuala Lumpur Fashion Award (KLFA) yang diadakan baru-baru ini mencuri tumpuan. Menerusi sepotong video pendek yang tular di TikTok, Amelia kelihatan tampil mengenakan gaun berona hitam rekaan […]

Hiburan Thu, 12 Sep 2019

Fazura Terpaksa Selektif Kerana?

Rasa tidak sabar untuk menonton filem Dendam Pontianak lakonan Fazura dan Remy Ishak yang akan ditayangkan pada 12 September nanti kerana sudah lama Fazura tidak berlakon di dalam mana-mana drama ataupun filem. Filem terakhirnya adalah […]

Featured Fri, 22 Oct 2021
Hiburan Wed, 22 Nov 2023

Selalu Gaduh Manja Fikir Nak Makan Mana… Aedy Ashraf Kongsi Cara Pujuk Amelia Henderson

Isu nak makan mana ni memang punca gaduh gaduh manja kannn

Hiburan Tue, 10 Sep 2019
error: Content is protected !!