Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi February 25, 2025 @ 5:36pm

“Cukuplah Sederhana, Asal Sejiwa” – Erra Fazira Impikan Pengakhiran Rumah Tangga Yang Tenang

Primadona Malaysia, Erra Fazira secara terbuka mendedahkan kriteria jejaka idamannya yang ‘sekufu’ terutamanya dari segi sasaran pengakhiran hidup ke arah kebaikan.

Pernah dua kali gagal dalam perkahwinan terdahulu, Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek, 51, tidak lagi meletakkan penanda aras bagi jejaka tersebut adalah seorang yang mendamaikan.

“Biarlah sasaran hidup kita sama iaitu mahukan landing period (pengakhiran). Bukannya mencari pasangan yang masih mengejar dunia sangat. 

“Kalau boleh kita nak ‘landing’ yang sama, saya pun masih belajar. Saya tidak mengharapkan pasangan yang ada ilmu hebat. 

“Kalau dia (pasangan) pun sama macam saya nak belajar landing, mari kita buat sama-sama. Penanda aras untuk lelaki itu cukup sekadar sederhana tetapi mendamaikan,” katanya dalam sesi temu bual podcast Ruang Cerita Zayan yang dimuat naik di YouTube.

Sementara itu, Pelantun lagu Pasrah ini turut berharap sekiranya ditakdirkan bertemu jodoh sekali lagi, ia akan menjadi perkahwinan terakhirnya yang penuh kebahagiaan.

“Siapa sahaja melangkah kaki ke alam rumah tangga, pasti ada impian mahukan inilah (perkahwinan) yang terakhir, terbahagia dan segalanya indah. Begitu juga dengan saya. 

“Andai saya melangkah sekali lagi ke gerbang perkahwinan, jumpa pasangan yang tepat… Biarlah ini yang terindah dan membawa hingga ke akhir hayat. Itu impian saya. 

“Tidak ada orang yang berumah tangga hanya meletakkan sasaran untuk hidup bersama dalam dua tiga tahun. Apa pun macam saya cakap, saya selalu percaya pada aturan Allah,” ujarnya. 

Untuk rekod, bintang filem Sembilu ini pernah berkahwin dengan usahawan Engku Emran pada 25 Oktober 2007 sebelum berpisah pada 18 Februari 2014. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Engku Aleesya, kini berusia 16 tahun.

Sebelum itu, Erra juga pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi Datuk Yusry Abdul Halim pada 2003, namun perkahwinan mereka berakhir pada 2006 tanpa dikurniakan cahaya mata.

Ketika ini, Erra dikatakan menjalin hubungan rapat dengan seorang usahawan, Ezwan Zain. Spekulasi mengenai hubungan mereka semakin hangat diperkatakan selepas Ezwan secara terbuka meluahkan perasaan cintanya kepada Erra.

Artikel Berkaitan: Erra Fazira Sambut Birthday Dengan Mr. E, Healing Bersama Tepi Sungai – “Aku Tetap Cinta Padamu Yang Mempersonakan”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Fri, 9 Feb 2024
Hiburan Tue, 18 Jun 2019

Tak Sampai Setahun Berkahwin, A.Aida Umum Sudah Bercerai

Fail perceraian sudah dibuat sejak 4 April lalu di bawah seksyen 47 iaitu meminta kebenaran mahkamah untuk bercerai secara baik dan seterusnya kami sah bercerai pada 25 April lalu.

Trending Wed, 23 Dec 2020
Hiburan Mon, 27 Apr 2026

Netizen Nasihat Anak Norish Karman Jangan Memilih Kerja, Bantu Cari Rezeki Keluarga – “Lifestyle Macam T20, Tapi…”

netizen menitipkan pesanan kepada Amanda untuk berusaha keras mencari kerja dan tidak memilih

Events Wed, 30 Jan 2019

Tampil Setelah 20 Tahun, Spanar Jaya X Suntik Nafas Baru

Jom imbau kenangan bersama Spanar Jaya X

Events Tue, 4 Sep 2018
Featured Mon, 1 Apr 2024
Trending Wed, 20 Feb 2019

Rakaman CCTV viral wanita dipukul dalam lif! Suspek kini dalam tahanan polis

Suspek utama kes kejadian samun seorang wanita di dalam lif berdekatan MRT Cheras pada Khamis  lalu kini dipercayai dalam tahanan polis.

Hiburan Wed, 15 Jan 2025

Ernie Zakri Guna Pengaruh Sebagai Selebriti Promosikan Tahun Melawat Malaysia

Ernie Zakri percaya penglibatan dan sokongan golongan artis dalam menyemarakkan kempen Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2026 adalah peluang besar bagi mempromosikan keunikan negara.

error: Content is protected !!