Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin May 10, 2026 @ 10:40am

Rita Rudaini Kongsi Lalui Fasa Sukar Sepanjang 50 Tahun – “Hampir 4 Tahun Tanpa Job, Tak Dibenarkan Keluar Rumah  & Ramai Minta Saya Mereput”

Pelakon versatile, Rita Rudaini meluahkan perasaannya dan berkongsi antara ujian terbesar yang pernah dilaluinya sepanjang 50 tahun kehidupannya.

Mengaku seorang yang berpegang kuat pada prinsip dan tidak mudah mengaku kalah, Rita berkata, selain yakin berada di jalan yang benar, dia juga percaya pada setiap ketentuan Tuhan.

“Saya orang yang kuat berpegang pada tali. Apa pun jadi, saya tak akan lepas. Kalau saya yakin, saya dijalan yang betul,” katanya.

Tambahnya, bertahan hidup selama hampir empat tahun tanpa tawaran berlakon termasuklah tidak dibenarkan keluar rumah dan menerima kecaman orang luar antara ujian terhebatnya setakat ini.

“Ujian kesabaran terhebat dalam hidup saya selama 50 tahun ini adalah, saya dapat bersabar dan bertahan hampir 4 tahun tanpa job, tidak dibenarkan keluar rumah, ramai tag saya minta saya mereput dalam rumah. Tapi, saya tahu, saya tidak keseorangan. Saya ada Dia,” jelasnya.

Bagaimanapun, pelakon Mami Jarum Junior itu juga percaya setiap ujian pasti ada hikmahnya.

“Saya sabar Dia jaga, Dia uji saya bersebab. Saya tak akan lupa sampai bila-bila,” ujarnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 19 Jul 2025
Hiburan Wed, 13 Mar 2019

Giliran Amani, Que Haidar ‘Sekolahkan’ Produser Terkenal

Itu lebih penting. Kalau tidak berdedikasi, pelakon itu mungkin hanya akan bertahan selama beberapa bulan dan kemudian, hilang!

Hiburan Fri, 9 Mar 2018

Farid Kamil Didakwa! Tetap Pertahan Kenyataan

Farid ditemani oleh adiknya, Fadzil Zahari dan peguam, Faizul Mohd Nasir dilihat begitu tenang ketika sebutan kes dibacakan. Walaubagaiman pun, mahkamah juga membenarkan ikat jamin sebanyak RM2500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 7 Mei depan untuk serahan dokumen.

Featured Wed, 18 Jun 2025

“Tak Boleh Cerita Pasal Kipas, Amira Dah Warning Nanti Tak Dapat Invitation”- Hael Husaini

Menerusi video tersbeut, Hael diminta oleh pengikutya untuk berkongsi cerita mengenai ‘kisah cinta’ Fattah & Amira.

Trending Wed, 7 Apr 2021

Kulit Wajah Berjerawat & Bermasalah Pernah Jadi Penyebab Aina Abdul Hilang Keyakinan Diri

Kulit wajah yang bermasalah pernah menjadi penyebab penyanyi Aina Abdul hilang keyakinan diri. Menurut pelantun lagu Sumpah itu, masalah muka berjerawat sudah dialaminya semenjak zaman persekolahan lagi. “Semenjak berada di sekolah menengah, saya mengalami masalah […]

Featured Fri, 1 Aug 2025
error: Content is protected !!