Euforia Bola 2026
Hiburan By: Salma Syahbuddin March 9, 2018 @ 7:50am

Farid Kamil Didakwa! Tetap Pertahan Kenyataan

Pelakon dan juga pengarah Datuk Farid Kamil harini sekali lagi menjalani perbicaraan berkenaan dengan laporan yang telah dibuatnya berkenaan isu dadah beliau. Namun, pelakon ini sekali lagi didakwa di Mahkamah Majistret hari ini, pada Jumaat atas tuduhan membuat laporan palsu.

Mengikut pertuduhan tersebut, beliau telah didakwa kerana memberikan keterangan palsu berhubung sebuah laporan polis dengan memasukkan maklumat palsu dan tidak benar berhubung laporan itu kerana, ia boleh digunakan dalam prosiding jenayah dan diambil pertimbangan oleh pihak polis yang menerima laporan tersebut.

Walaubagaimana pun, Farid Kamil atau nama sebenarnya Farid Kamil Zahari, 37 mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, Salamiah Salleh.

Kesalahan itu didakwa telah dibuat pada jam 5.54 petang pada 31 Januari lalu di Balai Polis Taman Tun Ismail, Kuala Lumpur Dakwaan berkenaan kes tersebut juga telah dikemukakan mengikut Seksyen 192 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mengikut 193 Kanun Keseksaan yang sama sehingga boleh menyebabkan hukuman penjara selama tiga tahun dan denda jika disabitkan kesalahan. 

Farid ditemani oleh adiknya, Fadzil Zahari dan peguam, Faizul Mohd Nasir dilihat begitu tenang ketika sebutan kes dibacakan.

Mahkamah juga membenarkan ikat jamin sebanyak RM2500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 7 Mei depan untuk serahan dokumen.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 9 Mar 2019
Hiburan Sun, 31 Dec 2017

Nora Danish Berkerusi Roda Ketika Hamil

Ada sahaja artis lain yang berkerusi roda sewaktu hamil tidak dikecam tetapi Nora Danish di kecam

Trending Fri, 4 Mar 2022
Hiburan Thu, 18 Sep 2025
Featured Thu, 28 Oct 2021

Kerana Cinta, Puteri Jepun Lepaskan Takhta Gelaran Kahwini Rakyat Biasa

Kerabat diraja Jepun, Puteri Mako akhirnya berkahwin dengan kekasihnya sejak dari zaman remaja, Kei Komuro sekaligus melepaskan gelarannya. Kedua-duanya yang berumur 30 tahun memilih untuk tidak mengadakan majlis perkahwinan tradisional diraja malah menolak wang 1.3 […]

Hiburan Fri, 12 Sep 2025
Hiburan Sat, 26 Jan 2019

‘Menang Kalah Hal Kedua, Yang Penting Sihat’ – Sufian Suhaimi

Semoga cepat sembuh Sufian Suhaimi, ada rezeki kita boleh lihat Ada Di Matamu menang besar malam itu nanti. Siapa tahu kan?

error: Content is protected !!