Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi September 12, 2025 @ 11:19am

“Ramai Pula DM Saya Ajak Kahwin” – Sherry Ibrahim Terhibur Terima Banyak ‘Lamaran’, Serah Soal Jodoh Pada Allah

Pelakon, Sherry Ibrahim mencuri tumpuan apabila secara terbuka mengakui ramai jejaka yang mengajaknya menjadi isteri mereka menerusi ruangan mesej di Instagaram (IG).

Berdasarkan perkongsian di Instagram Story (IGs), Sherry atau nama sebenarnya, Syarizad Ibrahim, 42, terhibur dengan perkara tersebut.

“Sekarang ni cerita dia ramai pula DM (direct mesej) saya ajak kahwin. Lawaknya,” katanya.

Kirim ‘lamaran’ tersebut dipercayai membanjiri ruangan DM di IG miliknya selepas Sherry berkongsi pautan berita Harian Metro melaporkan dirinya masih ‘single’ meskipun sudah mencecah 40-an.

Dalam pada itu, aktres drama rantaian Nikmat Hanya Sesaat ini tidak terburu-buru untuk berkahwin, sebaliknya menantikan Yang Maha Esa menentukan jodoh yang terbaik buatnya.

“Ingat kahwin senang-senang, suka-suka. Takut lah. Tak apa, saya tunggu Allah SWT aturkan.

“Ataupun saya kahwin tak umumkan. Nak kahwin senyap-senyap sajalah,” tulisnya.

Sebelum ini, nama Sherry menjadi perbualan hangat di media sosial apabila masih dikaitkan dengan bekas kekasihnya, aktor Fattah Amin sehingga didakwa selebriti wanita ini belum sepenuhnya ‘move on’.

Susulan itu, Sherry menegaskan dia sudah lama menerima takdir, selain turut berharap orang ramai berhenti menyebarkan cerita yang tidak benar mengenai dirinya.

Artikel Berkaitan: Sherry Ibrahim Dah Lama Berdamai Dengan Takdir, Minta Netizen Henti Ungkit Kisah Lalu – “Jangan Sakiti Saya”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 30 Nov 2025
Hiburan Thu, 12 Jul 2018

Usia Baru 20 Tahun, Kekayaan Kylie Jenner Kini Cecah RM3.2 bilion

Pengaruh adik bongsu dalam keluarga selebriti Kardashian ini setanding kakaknya yang lain. Pada usia 20 tahun, Kylie sudah bertaraf jutawan muda. Anda memang hebat!

Trending Mon, 6 Apr 2020

Semakin Berisi, Kak Lina Pom Pom Kini Hamil?

Sebab tu ke Kak Lina makin berisi?

Hiburan Tue, 21 Aug 2018

Aliff Syukri Terima Teguran Wardina Tapi…

Aliff Syukri meminta agar semua pihak tidak memberi tekanan kepada isterinya kerana dikhuatiri mengundang masalah berat.

Trending Mon, 8 Mar 2021
error: Content is protected !!