Euforia Bola 2026
Trending By: Padin June 9, 2025 @ 5:10pm

Raih RM50.7 Juta Selepas 18 Hari Tayangan, Ejen Ali The Movie 2 Jadi Juara Filem Animasi Tempatan

Ejen Ali The Movie 2 (EATM2) yang telahpun meraih status sebagai filem animasi tempatan nombor satu sejak kutipan mencecah RM40 juta minggu lalu, kini meneruskan prestasi cemerlang dengan kutipan terkini sebanyak RM50.7 juta selepas 18 hari tayangan.

Pencapaian ini membuktikan bahawa animasi tempatan semakin mendapat pengiktirafan dan tempat di hati penonton, sekali gus membuka peluang lebih luas bagi karya animasi Malaysia (AniMY) untuk terus berkembang dan diangkat ke peringkat yang lebih tinggi!

Sejak tayangan bermula pada 22 Mei 2025, filem ini menerima sambutan hangat daripada pelbagai lapisan penonton, yang merangkumi seisi keluarga, remaja hinggalah peminat setia francais. Mereka memuji mutu produksi teknikal yang bertaraf antarabangsa, naratif yang menyentuh hati serta pengalaman sinematik mengujakan yang mendorong ramai untuk menontonnya berulang kali.

Menurut pengarah filem ini, Usamah Zaid Yasin, kejayaan yang dicapai adalah hasil daripada sokongan luar biasa para peminat dan kepercayaan mereka terhadap karya tempatan.

“Alhamdulillah, saya bersyukur filem EATM2 mendapat sambutan yang luar biasa dari penonton. Saya juga sangat berterima kasih kepada semua ahli pasukan dari Primeworks Studios dan WAU Animation yang saban hari berusaha keras untuk mempromosikan filem ini sejak tayangan bermula.

“Mereka berani mencuba pelbagai cara promosi baharu untuk memenangi hati penonton dan bagi saya ia komponen yang amat penting yang melengkapkan lagi strategi pemasaran filem yang telah kami hasilkan. Tidak lupa juga pada peminat-peminat tegar yang memberikan sokongan dan dorongan terus menerus, terima kasih kerana memilih filem kami untuk anda sekeluarga,” katanya.

Dalam pada itu, Nini Yusof selaku Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen Media Prima dan Primeworks Studios berbangga dengan kejayaan yang dicapai EATM2.

“Kejayaan ini benar-benar menunjukkan bahawa animasi tempatan mampu mencipta impak besar apabila mendapat sokongan padu daripada penonton. Lebih daripada sekadar kutipan box office, pencapaian EATM2 membuktikan keyakinan terhadap kualiti kandungan buatan Malaysia.

“Ia memberi semangat baharu untuk kami terus melabur dalam industri animasi tempatan serta melebarkan sayap Ejen Ali ke peringkat antarabangsa bersama rakan-rakan strategik terpilih,” katanya.

Selain kejayaan di Malaysia dan Brunei, EATM2 turut berjaya menembusi pasaran Singapura bermula 5 Jun lalu dan dijadualkan untuk tayangan di Indonesia pada 27 Jun. Pembukaan tayangan baharu ini satu langkah penting dalam membawa animasi Malaysia ke pentas serantau, dan diharap akan membuka peluang perniagaan baharu dalam sektor pelesenan dan pembarangan (licensing & merchandising) melalui penjualan produk berjenama Ejen Ali seperti pakaian, peralatan sekolah, permainan dan sebagainya.

Filem ini masih ditayangkan di pawagam seluruh negara. Kongsi pengalaman anda di media sosial dengan tanda pagar #ejenalithemovie2 #eatm2 #ejenali #letsplay #AniMY #sapotlokal #SaluteAnimatorTempatan. Jangan lupa saksikan EATM2 di seluruh panggung wayang terdekat!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 16 Feb 2022

Gara-Gara Darah Haid Tak Stop 2 Bulan, Wawa Zainal Buang Alat Cegah Kehamilan

Yelah, siapa pernah kena memang rasa tak selesa sangat

Hiburan Thu, 21 Aug 2025
Featured Mon, 5 Sep 2022
Hiburan Wed, 19 Apr 2023

TV3 & TV9 Bakal Menyajikan Program Program Menarik Sempena Syawal

Jangan lupa saksikan pelbagai program menarik syawal ini di TV3 dan TV9!

Featured Thu, 30 Apr 2026

Fazura Dedah Fatima Mahu Ikut Jejak ‘Pak Long’, Lanjut Pengajian Di Luar Negara

Kata Fazura, Fatima meluahkan impiannya itu selepas melihat kejayaan abang sulungnya, Dr. Yusrizam yang telah berjaya menamatkan pengajian di peringkat Sarjana dalam jurusan Undang-Undang di University of London, United Kingdom.

Trending Mon, 29 Apr 2019

爱迟到才是正常人!不同国家对「准时」的定义

「准时」向来被我们视为一项美德,也是一个必须的礼貌,甚至可以为此不满一个人……

error: Content is protected !!