Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi October 30, 2022 @ 4:35pm

“Saya Takkan Berhenti Berlakon Sampai Bila-Bila” – Menang Anugerah Pertama di ASA 2022, Nabila Huda Luah Rasa Gembira

Pelakon berbakat besar, Nabila Huda memenangi anugerah Pelakon Pembantu Wanita Drama TV Terbaik menerusi telefilem Jeti arahan Janna Nick.

Menerusi hantaran di Instagram Nabila atau nama sebenarnya Nabila Huda Suhaimi meluahkan rasa gembira dengan kemenangannya pada Anugerah Seri Angkasa yang berlangsung malam tadi.

“Alhamdulillah, saya sebenarnya terlalu ‘happy’ sebab ini adalah trofi pertama Abil dari Anugerah Seri Angkasa.

“Dan pertama kali saya dapat trofi dan dapat duit belanja. Rezeki bulan ni memang mind blowing. Anjurkan konsert sold out, dapat pula dinobatkan sebagai pelakon pembantu terbaik. Syukur Alhamdulillah.

“Terima kasih Anugerah Seri Angkasa, juri-juri, RTM sebab memilih Abil sebagai pelakon pembantu wanita terbaik drama untuk tahun ini.

“I memang tak sangka betul, sumpah demi Allah saya tak sangka sebab Abil tercalon dengan mereka yang sangat Abil respect, sayang, semua senior saya, yang Abil bekerja dengan mereka sejak Abil kecil lagi.

“Saya betul-betul minta maaf sebab tak dapat hadirkan diri untuk bersama-sama dengan semua orang untuk meraikan malam yang berprestij ini,” ujarnya.

Nabila yang memegang watak Zaiton dalam telefilem itu turut mengucapkan terima kasih kepada pelakon Janna Nick selaku pengarah dan pelakon terkenal, Fauziah Nawi atas kepercayaan untuk menjayakan telefilem tersebut.

“Terima kasih Janna Nick kerana bagi Abil kepercayaan untuk membawa watak itu dengan baik.

“Terima kasih kepada mereka yang di belakang tabir terutamanya pengarah fotografi, krew-krew dan semua yang berusaha keras.

“Kepada ibu Fauziah Nawi, I love you ibu. Terima kasih ibu sebab ibu always bagi tenaga yang sangat besar untuk Abil, tanpa ibu dalam Telefilem ini mungkin Abil bukanlah yang terbaik

“Abil memang sentisa suka dan cinta untuk bekerja dengan ibu Fauziah Nawi. sampai bila-bila. I love you so much ibu,” tuturnya.

Dalam pada itu, Nabila juga menghargai semua yang menyokong perjalanan seninya dari mula sehingga kini dan bertekad tidak akan berhenti berlakon kerana terlalu sayang dengan karier seninya.

“Terakhir sekali Abil nak cakap terima kasih kepada anda semua, yang sentiasa menyokong saya daripada awal sampai sekarang yang lihat saya bekerja keras untuk karier saya, yang mana boleh rasa kejujuran saya dalam industri ini tanpa ada ada niat lain.

“Saya nak anda semua tahu yang saya sangat cintakan profesion saya ini. Saya terlalu sayang kerjaya saya. Sampai saya mati pun saya takkan tinggalkan kerjaya saya.

“Takkan saya berhenti menjadi seorang pelakon sampai bila-bila, takkan terjadi, saya akan sentiasa membuat perubahan lakonan saya sampai akhir hayat saya, Terima kasih,” tutup Nabila gembira.

Untuk info, telefilem Jeti merupakan buah tangan pertama daripada pelakon terkenal, Janna Nick sebagai pengarah dibawah syarikat produksi beliau iaitu JN Studios & Entertainment.

Telefilem Jeti disiarkan di TV3 sempena Hari Raya Kedua Aidilfitri, pada tahun lalu turut dibintangi pelakon lain seperti Fauziah Nawi, Fifi Laura, Jay Iswazir, Josiah Hogan dan Shyrim Husni.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 18 Apr 2018

Anak Menteri Dedah Perangai Sebenar Pengulas Fesyen Zaihani Mohd Zain

Menurut Nurul, Kak Zai tidak boleh dihukum begitu kerana dia sememangnya seorang yang bermulut laser dan dia juga mungkin tidak berniat untuk melukakan hati mana-mana pihak.

Hiburan Tue, 25 Jun 2019
Hiburan Sun, 9 Dec 2018

#AnggunLife : Ika Nabella Seronok Jadi Tokey Sambal

Setakat ini Ika sudah hasilkan tiga jenis sambal iaitu sambal Hitam, Merah dan Hijau. Tahniah Ika!

Hiburan Thu, 3 Aug 2023
Hiburan Wed, 28 Feb 2024
Hiburan Fri, 28 Mar 2025
Hiburan Mon, 15 Jan 2018

RUNNING MAN’S PRODUCER REVEALS HIS TRUE FEELINGS ABOUT CAST MEMBERS

Running Man is the hottest Korean reality TV show. All the cast members are truly loved around the world too! But have you ever wondered what the producer really thinks of them?

Featured Tue, 21 Apr 2026

Janna Nick Perjelas Sangkal Tuduhan Buat Akaun Palsu – “Tak Gigih Aku! Kau Orang Ni Senang Percaya Fitnah Dunia”

Janna Nick menegaskan dia tidak membuka sebarang akaun Threads palsu semata-mata hendak menyaman sebuah syarikat penerbangan seperti didakwa.

Hiburan Wed, 18 Jul 2018

Huawei Nova 3 Dan Nova 3i Diumumkan Secara Rasmi, Hadir Bersama Rekaan Premium Dengan 4 Kamera

Huawei baru sahaja melancarkan dua peranti baru dalam siri Huawei Nova untuk pasaran China. Huawei Nova 3 dan Nova 3i, kedua-duanya adalah merupakan peranti kelas pertengahan yang hadir dengan reka bentuk moden dan premium. Huawei Nova 3 adalah model […]

error: Content is protected !!