Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Putri July 18, 2018 @ 11:06am

Huawei Nova 3 Dan Nova 3i Diumumkan Secara Rasmi, Hadir Bersama Rekaan Premium Dengan 4 Kamera

Huawei baru sahaja melancarkan dua peranti baru dalam siri Huawei Nova untuk pasaran China. Huawei Nova 3 dan Nova 3i, kedua-duanya adalah merupakan peranti kelas pertengahan yang hadir dengan reka bentuk moden dan premium.

Huawei Nova 3 adalah model yang mempunyai spesifikasi yang hampir sama dengan peranti kelas perdana di mana agak mengejutkan apabila pihak Huawei mengklasifikasikan ia sebagai kelas pertengahan. Sebagai permulaan, peranti ini hadir dengan 4 kamera sama seperti model Nova 3i.

Ia akan menggunakan lensa warna 16MP serta 24MP bagi lensa monokrom dengan bukaan lensa f/1.8. Bagi kamera hadapannya pula, Huawei Nova 3 ini hadir dengan gabungan dua lensa warna 24MP + 2MP dengan aperture f/2.0.

Sistem cip yang digunapakai pula adalah cip paling berkuasa daripada HiSilicon buat masa kini iaitu Kirin 970. Cip yang sama telah digunakan pada peranti kelas perdana Huawei yang lain antaranya ialah P20 Pro dan Honor 10.

Peranti ini juga akan hadir dengan sokongan GPU Turbo yang didakwa akan memberikan pengalaman bermain permainan video yang mengujakan kepada pengguna. Buat masa ini, teknologi berkenaan dilaporkan hanya akan menyokong permainan PUGB Mobile dan Mobile Legends sahaja.

Nova 3 akan dijalankan dengan antaramuka EMUI 8.2 berlandaskan Android Oreo 8.1 serta memori 6GB dan mempunyai dua variasi simpanan dalaman iaitu 64GB dan 128GB. Ia juga menyokong fungsi kad mikroSD sehingga 256GB untuk simpanan tambahan.

Spesifikasi lain bagi peranti pula antaranya ialah ia menggunakan skrin bertakuk LCD 6.3 inci FHD+, bateri berkapasiti 3,750mAh dengan pengecasan pantas Huawei Super Charge serta sistem nyahkunci pengimbas cap jari dan pengesanan wajah.

Beralih kepada peranti Nova 3i pula. Dari segi luaran, ia nampak seakan sama dengan model Nova 3. Namun, peranti ini mempunyai spesifikasi yang agak rendah berbanding ‘abangnya’ itu. Sebagai contoh, Nova 3i menggunakan cip kelas pertengahan terkini HiSilicon Kirin 710.

Selain itu, kamera utama peranti ini pula hadir dengan gabungan lensa 16MP f/2.0 dan 2MP f/2.0. Manakala bagi kamera swafotonya pula, ia akan hadir dengan lensa yang sama dengan Nova 3 iaitu 24MP dan 2MP dengan bukaan lensa f/2.0.

Dari segi spesifikasi dalaman pula, selain sistem cip yang telah dinyatakan, peranti ini akan dijana dengan memori 4GB RAM dengan simpanan dalaman 128GB serta satu lagi variasi iaitu 6GB RAM dan 64GB ROM. Ia juga akan hadir dengan sokongan teknologi GPU Turbo.

Peranti ini akan dikuasakan menggunakan bateri dengan kapasiti 3,3340 mAh. Selain itu, Nova 3i akan hadir dengan paparan skrin, antaramuka, sistem operasi dan fungsi pengecasan pantas yang sama seperti Huawei Nova 3.

Harga pasaran di China untuk Huawei Nova 3 adalah pada 2999 Yuan(~RM 1,810), manakala Nova 3i pula dijual pada harga 1999 Yuan(~RM 1,206) untuk versi RAM 4GB/ 128GB manakala versi RAM 6GB/ 64GB diletakkan pada harga 2,199 Yuan(~RM 1,328). Huawei akan melancarkan kedua-dua peranti ini buat pasaran Malaysia pada 19 Julai dan kita akan mengetahui lebih lanjut tentang harga jualan tempatan dalam majlis itu nanti.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 13 Dec 2019
Featured Wed, 14 Aug 2024
Hiburan Sat, 19 Oct 2024
TECH Tue, 19 Dec 2017

Celcom Dan Uber Berkerjasama Naik Taraf Pengalaman Digital

Kerjasama dengan Uber ini membolehkan Celcom menyediakan pengalaman digital yang hebat kepada pelanggan dalam menjalankan urusan seharian di samping memberikan mereka pelbagai ganjaran hebat.

Hiburan Wed, 19 Nov 2025

Tidak Terasa Hati, Amad Dayyan Anggap Usikan Rakan ‘Jangan Nyanyi Pegang Bahu’ Sekadar Gurauan

Amad Dayyan bersikap positif, tak kecil hati rakan mengusik nyanyi pegang bahu

Hiburan Tue, 4 Feb 2025

Urusan Pengesahan Lafaz Taklik Selesai, Along Cham Bakal Kembali Bergelar Duda

Along Cham sahkan sudah selesai menguruskan hal berkaitan pengesahan lafaz taklik kepada Afreena Suhaimi

Featured Thu, 22 Dec 2022

Dianggap Playboy, Qi Razali Ambil Masa Rawat Hati – “Tidak Adil Untuk Wanita Itu…”

Bukan senang nak cari pasangan hidup kan.. So, choose wisely!

error: Content is protected !!