Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida March 13, 2019 @ 3:10pm

Giliran Amani, Que Haidar ‘Sekolahkan’ Produser Terkenal

Sejak kenyataan yang dikeluarkan oleh produser Datuk A.Aida berhubung untuk menjadi pelakon harus ada rupa yang elok, lebih ramai pelakon yang tampil membidas kenyataan beliau.

Selepas Adibah Noor dan Azhan Rani, pelakon Sharifah Amani turut berasakan hal yang sama.

“ Itu biadap! Sebagai penggiat seni, kita seharusnya menggalakan anak muda yang berminat menjadi pelakon serta kelas untuk mendalami ilmu lakonan kerana itu adalah minat mereka.

“ Sebab itulah industri lakonan kita semakin merundum kerana disebabkan mentality sebegini yang masih tidak berubah,” katanya kepada XTRA.

Pelakon berbakat besar ini mengulas mengenai kenyataan produser terkenal itu yang mana hero dan heroin harus berwajah kacak dan cantik sahaja.

“ Saya ambil contoh, Shah Rukh Khan dulu pun pernah ditolak kerana berkulit gelap. Tapi sekarang lihat beliau di tahap mana?.

“ Jangan rosakkan impian anak muda yang datang dengan harapan besar untuk bergelar pelakon.

“ Saya bersetuju dengan komen daripada Kak Ogy (Fauziah Ahmad Daud) yang dianggap sebagai ‘ratu’ dalam dunia lakonan,” katanya.

Amani turut memberi contoh situasi di mana ramai bakat yang sepatutnya mewarnai industri lakonan dengan bakat mereka ada namun tetap dipandang sepi hanya disebabkan rupa.

“ Niat mereka yang jujur untuk menjadi pelakon tidak diberi peluang sama rata dengan mereka yang dikurniakan wajah yang kacak/ cantik, itu tidak adil bagi saya.

“ Apa yang penting adalah semangat dan dedikasi untuk berkarya. Itu lebih penting. Kalau tidak berdedikasi, pelakon itu mungkin hanya akan bertahan selama beberapa bulan dan kemudian, hilang,” akhirinya.

Dalam masa sama, pelakon Que Haidar turut menempelak kenyataan produser terkenal itu menerusi laman Instagramnya, baru-baru ini.

“ Ini yang dinamakan MELACURKAN seni!! Kak semasa saya belajar lakonan di Akedemi Seni Kebangsaan sesi 1997. Guru-guru lakonan saya semuanya bukan calang-calang orangnya.

“ Banyak kelas lakonan, lakonan bangsawan yang memerlukan hero dan heroin cantik, TAHUKAH ANDA TAHUN BERAPA BANGSAWAN BERMULA? Yes pada tahun 1885! That’s how LAPUKnya pemikiran ANDA.

Aktor berbakat besar yang dikenali hebat memainkan pelbagai watak itu juga mengingatkan agar tidak berterusan merosakkan industri lakonan.

“ You sebagai penerbit mengaut untung dgn mengeksploitasi rupa paras orang, sama seperti you cheapen and merosakkan the industry with your shallowness! For your information, THE WHOLE INDUSTRY IS LAUGHING AT YOU! it’s not about hypocrisy, it’s about INTERGRITY,” akhirinya

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 16 Jan 2019

Sufian Suhaimi Pecah Rekod Artis Malaysia?

Wow! Mampukah Sufian Suhaimi mencipta sejarah dalam #AJL33 nanti? Sama-sama kita tunggu

Featured Tue, 5 Aug 2025

Nabila Razali Hati-Hati, Kongsi Wajah Anak Sekadar Penuhi Permintaan Peminat – “Penyakit Ain Memang Tak Boleh Elak”

Tindakan tersebut diambil bagi mengelakkan anak lelakinya terkena penyakit ain.

Filem Mon, 8 Jun 2026

Twin Walk For Khadam Meriah, Peminat Jadi Antara Penonton Terawal Filem Khadam

Menjelang tayangan rasmi filem seram Khadam pada 11 Jun ini, ratusan peminat membanjiri sekitar KL Sentral dan TGV KLCC bagi memeriahkan acara khas Twin Walk For Khadam yang berlangsung pada Ahad lalu.

Hiburan Mon, 13 Feb 2023
Hiburan Mon, 20 May 2019

Demi Anak, Sharnaaz Ahmad ‘Berkampung’ Di Hospital

Semoga cepat sembuh Jebat Jayden…

Featured Tue, 13 Sep 2022
Events Fri, 8 Feb 2019

#WinWithXtra: Enjoy a Day Filled with Joy at The Skytropolis Funland in Genting

It will be a fun getaway with family and friends regardless of age!

Hiburan Tue, 23 Jul 2019

Tragedi Ice Skating, Isteri Lan Solo Terkejut Dapat Banyak Perkongsian!

Nur Sheila Hassim membuka masyarakat mengenai beberapa aspek yang tidak seharusnya dipandang remeh ketika bermain sukan luncur ais.

Hiburan Thu, 12 Jun 2025
error: Content is protected !!