Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi July 19, 2025 @ 8:05pm

[VIDEO] Aliff Syukri Nafi Nombor Plat Kereta Cecah Ratusan Ribu – “Jangan Fitnah Saya Riak”

Usahawan kontroversi, Datuk Seri Aliff Syukri menafikan dakwaan kononnya nombor plat kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Vellfire miliknya dibeli pada harga mencecah ratusan ribu ringgit.

Menerusi satu video di Instagram (IG), Aliff tampil meluahkan rasa kecewa apabila segelintir netizen menuduh dirinya riak hanya kerana nombor plat pendaftaran ‘ADH 1’ yang dikatakan terlalu mahal.

“Saya tak tahu macam mana cerita ni boleh tersebar. Tiba-tiba orang tuduh saya riak. Masya-Allah.

“Kalau orang tanya saya pasal nombor plat ni, saya jawab jujur harganya cuma RM10,000. Tak pernah saya cakap sampai beratus ribu,” katanya.

Menurut Aliff, dia enggan mengulas lanjut mengenai nilai sebenar nombor plat itu kerana tidak mahu dilabel menunjuk-nunjuk.

“Saya ni baru nak berubah, tak mahu lagi ada perasaan takbur, riak. Tapi bila orang fitnah macam ni, saya pun jadi serba salah.

“Saya betul-betul minta maaf kalau ada yang terasa. Tapi sekali lagi saya tegaskan, harganya memang tak sampai RM10,000 pun,” katanya lagi.

Terdahulu, tular dakwaan bahawa nombor plat istimewa yang tertera pada kereta mewah milik Aliff itu dibeli pada harga luar biasa tinggi.

Difahamkan, kenderaan tersebut merupakan hadiah istimewa daripada isterinya, Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 8 May 2025

Lanjut Tayangan Filem 6 Jilake Di Pawagam… Amerul Affendi Berpuas Hati: “Terima Kasih Memahami Penonton Kita”

Tindakannya itu bukan mahu menuding jari tetapi prihatin terhadap slot tayangan filem tempatan.

Featured Tue, 14 Jan 2025
Hiburan Tue, 24 Dec 2019

Mawar Runsing Anak Dan Seisi Rumah Jatuh Sakit

Semoga semua sembuh seperti sediakala…

Featured Sat, 27 Sep 2025
Trending Thu, 13 Dec 2018

10个「让你完全活在自己世界」的隐世豪宅

10个让你完全活在自己世界的隐世豪宅!

Hiburan Mon, 13 Aug 2018

高片酬时代结束「范冰冰效应」400间影视公司联合抵制

范冰冰爆出「阴阳合约」风波后,近日中国娱乐圈因为片酬、逃漏税的事情闹得沸沸扬扬!继11日中国知名影音平台和影视制作公司等9个单位表明抵制艺人天价片酬后,12日多达400多间影视单位也联合发表声明,规模相当庞大。

Hiburan Tue, 22 Oct 2024

Rupanya Dah Kahwin! Bunga Dah Setahun Bergelar Isteri Kepada Komposer

Wahh, dalam diam ek Bunga. Apapun, tahniah!

Hiburan Sun, 3 Jul 2022
error: Content is protected !!