Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin July 3, 2022 @ 11:11am

Usia Muda Tak Jadi Penghalang Auranzeb Kembangkan Bakat Nyanyian

Baru berusia 19 tahun, bakat muda dalam bidang nyanyian, Auranzeb yakin mengatur langkah dalam bidang muzik menerusi single perdana yang berjudul Tiada Ganti Cinta Ini.

Mengakui irama era 1980-an dan 1990-an menjadi inspirasi untuk dirinya sejak mula menceburkan diri dalam industri seni, pemuda ini meluahkan rasa terharu apabila dapat berkolaborasi dengan Awang BPR.

“Saya rasa seronok apabila dipertanggungjawabkan untuk menyanyi lagu ini apatah lagi kedua-dua pencipta lagu dan penulis lirik adalah pengkarya ternama.

“Saya tiada idola yang spesifik tapi amat menginspirasikan kumpulan rock terutamanya Wings, Search, May dan BPR,” katanya.

Menurut Awang BPR, pemilik nama sebenar uhammad Auranzeb Berembi yang berasal dari Seremban, Negeri Sembilan itu mempunyai bakat luar biasa.

“Semasa di studio, dia tidak punyai banyak masalah dalam nyanyian. Dia artis baharu bagi saya dan saya menciptakannya sebuah lagu balada rock dan liriknya berkonsepkan ketuhanan,” ujarnya.

Susunan muzik lagu itu pada asalnya dibuat oleh Allahyarham Tony Iskandar (Spider) dan diambil alih oleh Malio.

Tiada Ganti Cinta Ini telah dilancarkan di saluran YouTube Luncai Emas bersama sebuah muzik video sejak 27 Mei lalu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 22 Sep 2025

Suhu Cecah 40 Darjah, Abby Abadi Disahkan Kena Influenza

Abby Abadi disahkan hidap virus Influenza, dikejarkan ke hospital sejurus selesai konsert Elite

Hiburan Wed, 26 Sep 2018

Sebak…Kehilangan Pak Ngah Beri Impak Besar Buat Siti Nurhaliza

Allahyarham antara insan yang mula-mula menjaga Siti dalam menyanyikan lagu berirama tradisional. Malah, Siti sudah menganggap beliau seperti bapa sendiri.

Featured Tue, 28 Mar 2023
Hiburan Mon, 12 Nov 2018

#SFMM33 : Siti Sarah Makin Power Dalam Lagu Semakin

Korang dah tengok belum Sarah perform masa SFMM33 baru-baru ni? Kalau belum jangan lupa layari Youtube TV3 official Malaysia okay!

Hiburan Thu, 3 Oct 2019
error: Content is protected !!