Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin May 8, 2025 @ 5:46pm

Lanjut Tayangan Filem 6 Jilake Di Pawagam… Amerul Affendi Berpuas Hati: “Terima Kasih Memahami Penonton Kita”

Pelakon berbakat, Amerul Affendi berpuas hati apabila tayangan filem 6 Jilake akhirnya kembali mendapat slot tayangan di pawagam-pawagam berdekatam.

Kata Amerul, kelantangannya bersuara sebelum ini menarik perhatian orang ramai.

Namun, dia menjelaskan tindakannya itu bukanlah mahu menuding jari terhadap mana-mana pihak dek kerana memahami situasi dan proses berniaga.

“Apa yang membuatkan saya bersuara di media sosial sebelum ini adalah kerana pada 1 Mei, ramai yang cuti mahu keluar menonton wayang. Tapi slot tayangan tiada, membuatkan kutipan sukar nak hit di awal minggu kedua.

“Bagaimanapun, saya tak boleh salahkan mereka sebab ini adalah perniagaan, kita faham.

“Dan, saya ucapkan terima kasih kepada pawagam kerana memahami penonton kita. Suara kita didengari, berkat sokongan daripada penonton juga,” katanya.

Amerul atau nama penuhnya, Mohd Amerul Affendi Mohd Mawardi, 38, mengulas isu itu usai pelancaran drama baharu Tonton berjudul Bru yang diadakan di APW, Bangsar baru-baru ini.

Dalam pada itu, pelakon filem aksi 6 Jilake menekankan kepentingan mewujudkan gerakan yang mengajak lebih ramai masyarakat menyokong filem-filem tempatan.

Menurutnya, gerakan tersebut seharusnya dimulakan oleh para pelakon itu sendiri.

“Kita penat hasilkan filem, tapi kemudian biarkan orang lain memperlekehkan karya kita? Lepas itu hanya satu pihak sahaja yang buat promosi.

“Sebagai pelakon, kita juga perlu bantu penerbit kerana mereka telah melaburkan wang untuk menghasilkan filem. Takkan kita mahu mereka sahaja yang tanggung kerugian? Kena ada rasa belas kasihan,” jelasnya.

Jangan lupa saksikan siri Tonton Original, Bru lakonan Shukri Yahaya, Siti Hariesa dan Amerul Affendi secara eksklusif hanya di Tonton!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

LIFESTYLE Mon, 29 Apr 2019
Featured Wed, 5 Apr 2023
Hiburan Thu, 8 Jun 2023

Sekadar Tetamu Jemputan, Netflix Sahkan Aaron Aziz Tak Berlakon ‘Extraction 2’

Beberapa hari lepas, tular sebuah video perkongsian Datuk Aaron Aziz teruja dapat berjumpa Chris Hemsworth pada tayang perdana filem Extraction 2 di Manila. Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian ramai yang beranggapan bahawa Aaron Aziz berlakon […]

Trending Wed, 28 Mar 2018

通往阴间路?惊见「幽灵列车」进站

中国内蒙古日前惊现一辆「幽灵列车」,监视器画面清楚地录下一辆透明列车进站的全过程,令人不寒而栗,引起许多网友讨论,认为这是开往阴间的火车,也有人觉得是平行空间。

Hiburan Fri, 10 Jan 2020

Bukan Lagu Cinta Biasa, Haqiem Rusli Bakal Berikan Kejutan Di AJL 34!

Mampukah ‘Lembah Kesepian’ buka minda pendengar? Tak sabar tunggu kejutan dari Haqiem Rusli!

error: Content is protected !!