Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin February 14, 2026 @ 7:00pm

Jaja Ishak Tepis Dakwaan Syarikat Produksi Disenarai Hitam – “Gosip Itu Tidak Baik, Industri Kita Terlalu Kecil”

Penerbit Jaja Ishak menafikan dakwaan syarikat produksi miliknya disenarai hitam oleh stesen televisyen, malah menyifatkan khabar angin tersebut sebagai tidak berasas.

Jaja yang menerajui Jaja Ishak Channel terkejut apabila mendengar cerita berkenaan kerana syarikatnya sudah lama aktif menerbitkan pelbagai program untuk siaran televisyen.

Menurutnya, sepanjang lebih sedekad beroperasi, mereka konsisten membekalkan kandungan baharu setiap tahun tanpa sebarang isu.

“Saya pun pelik, kenapa ada orang kata syarikat kami disenarai hitamkan oleh stesen televisyen. Sedangkan sudah 10 tahun kami berkhidmat sebagai pembekal program.

“Setiap tahun kami muncul dengan buah tangan terbaharu untuk ditayangkan. Jadi saya agak terperanjat apa timbul dakwaan mengenai perkara ini.

“Saya merasakan gosip itu tidak baik kerana industri seni kita terlalu kecil. Baru-baru ini, naskhah Panggil Aku Dahlia terbitan kami trending di media sosial dan kami juga sedang membuat persiapan untuk memulakan projek sehingga tak menang tangan untuk menerima tawaran,” kata Jaja.

ARTIKEL BERKAITAN: Mengaku Sukar Jadi Penerbit, Jaja Ishak Ulas Isu Produksi Gagal Buat Pembayaran – “Sanggup Tangguh Shooting Jika Bajet Tak Cukup”

Terdahulu, menerusi hantaran di Instagram, Jaja mendedahkan ada pihak yang membuat dakwaan syarikat produksi miliknya telah disenarai hitam oleh stesen televisyen.

Screenshot

Penerbit drama bersiri Anak Sena ini juga meluahkan rasa kecewa kerana cerita ini bermula dari rakan-rakan yang pernah menjalin kerjasama dengan dirinyq.

“Saya sangat kecewa. Bila bercakap mengenai unsur dengki, saya sendiri bukan anak orang kaya, bukan anak bangsawan. Saya cuma anak peneroka, macam berbaloi jika ada yang mahu dengki dengan saya.

“Tetapi, saya sendiri pelik kenapa rakan-rakan industri yang pernah bekerjasama boleh bercerita kepada orang ketiga dan mendakwa syarikat saya disenarai hitam. Saya tak ada masalah dengan sesiapa,” kata Jaja.

Dalam perkembangan sama, Jaja memaklumkan syarikatnya terus aktif menerbitkan kandungan baharu apabila baru sahaja menamatkan penggambaran sebuah travelog berjudul Konvoi Bot Pahang 1st.

Program itu menghimpunkan seramai 120 nelayan dan turut melibatkan pemimpin kerajaan negeri Pahang dalam sesi penggambaran.

Travelog berkenaan dijangka ditayangkan dalam masa terdekat dengan format dokumentari vertikal berdurasi dua minit bagi setiap episod.

Jelasnya, komitmen terhadap projek-projek baharu membuktikan syarikatnya masih mendapat kepercayaan pelbagai pihak dan terus bergerak aktif dalam industri penerbitan tempatan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 28 Aug 2025
Featured Fri, 14 Jan 2022

Gara-Gara Nak Dapatkan Bonus Tahunan, Suami Isteri Penjawat Awam Guna Aplikasi Mysejahtera Palsu

Gara-gara tidak mahu dikecualikan daripada menerima bayaran bonus tahunan dan dikenakan tindakan tatatertib, sepasang suami isteri yang juga penjawat awam sanggup membeli sijil vaksinasi COVID-19 palsu. Menurut laman Astro Awani, tindakan pasangan berusia 33 dan […]

Trending Wed, 16 Jun 2021
Cahaya Mata Sun, 11 Sep 2022
Hiburan Fri, 10 Aug 2018

Jangan Ketinggalan! Temui Selebriti Kegemaran Anda Di Showcase Muzik-Muzik Sabtu Ini

Jadi, bagi menghangatkan Showcase Muzik-Muzik #33 anda dijemput hadir pada 11 Ogos ini bertempat di Ground Floor Centre Court, IOI City Mall, Putrajaya. Jadi jangan lupa datang beramai-ramai okay! Pastinya happening!

Trending Sun, 3 Nov 2019

Dulu Digelar Pengutip Sampah Kini Usahawan Berjaya

Jangan dihina sekali pekerjaan seseorang itu

Trending Mon, 21 Oct 2019
Hiburan Fri, 8 Mar 2019
error: Content is protected !!