Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi March 25, 2025 @ 6:39pm

[VIDEO] Tampil Mohon Maaf, Eyka Farhana Nafi Sombong… Layan Semua Peminat Mahu Bergambar – “Mungkin Dia Salah Faham”

Pelakon, Eyka Farhana menepis dakwaan dirinya bersikap sombong ketika berniaga di Absolute Fest di MITEC, Kuala Lumpur seperti yang tular di platform Threads, baru-baru ini.

Menerusi sesi siaran langsung, Eyka atau nama lengkapnya, Wan Atiqa Farhana Wan Sarmizi, 30, menjelaskan individu tersebut berkemungkinan salah faham dengan keadaan tersebut.

“Kalau fikir secara logik, saya dekat booth sedang meniaga. Mungkin individu tu salah faham atau saya terlepas pandang sebab ramai sangat orang.

“Mungkin masa dia nak ambil gambar saya utamakan kepada mereka yang nak membeli dulu.

“Tapi kalau cakap saya tak layan tu, saya rasa saya layan saja dan kadang kala saya tengah makan, ada juga minta ambil gambar masa saya tengah kemas barang. Mungkin tak kena waktu juga.

“Saya minta maaf, mugkin ada yang saya terlepas pandang tetapi rasanya saya ambil saja gambar dengan sesiapa yang nak bergambar dengan saya,” katanya.

Individu tersebut turut mendakwa selebriti ini hanya duduk membelai rambut sahaja di booth tersebut, namun Eyka bagaimanapun menjelaskan dia sudah berada di MITEC pada hari terakhir itu sejak jam sembilan malam sehingga tiga pagi.

“Saya ada baca yang dia kata saya duduk belai rambut saja. Awak tahu tak, rambut saya dah kepam duduk di situ, penat ya.. mestilah saya betulkan rambut saya.

“Mungkin saya tengah borak-borak dengan rakan saya sambil pegang rambut, saya tak terdengar orang cakap nak ambil gambar dengan saya ke sebab terlalu ramai orang lalu lalang dekat depan booth saya,” katamya lagi.

Mengulas lebih lanjut, Eyka turut berkongsi satu keadaan dimana ada individu yang mahu bergambar namun cara tutur katanya tidak sopan yang seolah-olah telah mengguris perasaannya.

“Saya pun ada perasaan juga, kalau orang datang dekat booth kita dia tanya ‘boleh nak ambil gambar tak’, dia tanya dekat adik saya.

“Lepas itu adik saya pun minta individu itu rasa dulu taster kuih saya. Tapi orang tu kata ‘saya tak nak beli, nak ambil gambar saja’. Adakah itu cara tutur yang betul nak ajak bergambar? Saya rasa tak.

“Tak nak beli tak apa, tapi sekurangnya sokong rasa taster tu pun cukup dah,” ujarnya.

Di akhir siaran langsung itu juga, Eyka meluahkan rasa syukur apabila semua jualan kuihnya telah laris dan habis dijual.

“Alhamdulillah kuih saya semua sold out. Saya sangat gembira. Terima kasih kepada siapa yang memberi sokongan,” katanya.

Kredit: Selebriti Malaysia

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 21 Jul 2020
Events Tue, 19 Mar 2019

Reza Rahadian Tak Paksa Badan Kerja Lebih Masa

Kalau double job, aduh gak sanggup…

Featured Fri, 13 Aug 2021

Suntikan Vaksin Kanak-Kanak & Remaja Bakal Bermula Pertengahan September – KJ

Menurut Menteri Penyelaras Khairy Jamaluddin, Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang akan diperluas bermula pertengahan September nanti melibatkan golongan remaja tertentu berumur 12 hingga 17 tahun. Berita itu dimaklumkan beliau menerusi laman rasmi Twitter setelah […]

Hiburan Mon, 10 Mar 2025

Siti Nurhaliza Syukur Siti Aafiyah Mula Belajar Puasa, Sediakan Makanan Kesukaan Untuk Sahur & Iftar

Melihat anak nekad berpuasa, Siti jug abersemangat untuk menyediakan juadah berbuka buat Aafiyah.

Featured Sat, 12 Apr 2025

Sambut Menantu Dengan Penuh Restu, Ibu Aliff Aziz Doa Rumah Tangga Anak Dilindungi

Ibu kepada Aisyah Aziz iaitu, Siti Hafiza Basharahil meluahkan rasa syukur diatas pernikahan anaknya bersama Dr Fakhrudin Amir Ismail.

Featured Mon, 13 Mar 2023
Trending Mon, 24 Aug 2020
Featured Thu, 13 Feb 2025

Kongsi Rasa Sedih Isu Bayi Meninggal Tersedak Susu… Warganet Kecam Madammu, Didakwa Tak Sensitif

Madammu bahkan sanggup membayar dua orang pembantu penjaga (CL) untuk menjaga anaknya.

Featured Sun, 31 Dec 2023
Trending Wed, 3 Jul 2019

Baskin Robbins’ heated ice cream ad campaign

Baskin Robbins is accused of sexualizing a minor. Uh-oh!

error: Content is protected !!