Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin February 13, 2025 @ 12:01pm

Kongsi Rasa Sedih Isu Bayi Meninggal Tersedak Susu… Warganet Kecam Madammu, Didakwa Tak Sensitif

Usahawan popular, Madammu kesal apabila terdapat segelintir warganet yang menuduhnya tidak sensitif selepas berkongsi hantaran luahan hati di platform TikTok miliknya baru-baru ini.

Menerusi perkongsian tersebut, Madammu atau nama penuhnya, Erica Baiduri sekadar meluahkan rasa sedih apabila mendengar berita kehilangan bayi disebabakan insiden tersedak susu.

Justeru, takut perkara sama berlaku terhadap anaknya, Ahmad Kayden, Madammu mendedahkan dia mengupah dua orang ‘Confinement Lady’ (CL) untuk menjaga anaknya secara bergilir-gilir.

“Sejak hari pertama Kayden dilahirkan, perkara yang paling ditakuti oleh Madammu adalah risiko tersedak susu.

“Madammu bahkan sanggup membayar dua orang pembantu penjaga (CL) untuk menjaga Kayden. Seorang pada waktu malam dan seorang lagi pada siang hari. CL yang bertugas pada waktu malam akan berjaga untuk memastikan Kayden sentiasa dalam keadaan baik. Memang ada juga yang mengkritik keputusan ini. Tapi demi anak, seorang ibu sanggup berkorban apa sahaja.

“Sejak mempunyai anak kecil, apa saja berita yang melibatkan bayi memang sangat menyentuh perasaan. Ya Allah, saya sangat sedih membaca berita tentang bayi yang meninggal dunia akibat tersedak susu. Al-Fatihah,” tulisnya pada ruangan kapsyen.

Bagaimanapun, perkongsian tersebut menerima respons kurang enak dalam kalangan netizen apatah lagi ia dibuat selepas berita kehilangan anak bongsu pasangan Ayu Raudhah dan Zaquan Adha tular.

“Sebab awak takut , jadi Allah uji awak lambat dapat anak. okay tak saya cakap macam ni? Kenapa nak up isu ini saat Ayu Raudhah diuji dengan kehilangan anak? Tak sensitif ye,” soal netizen.

Enggan berdiam diri, Madammu kelihatan bertindak membalas komen tersebut.

“10 kali saya baca kapsyen. Nak faham betul-betul dimana tiada sensitif tu,” balasnya.

Bagaimanpun, berdasarkan pemerhatian XTRA, video perkongsian tersebut telahpun dipadam selepas ramai dalam kalangan netizen meninggalkan komen jahat pada hantaran berkenaan.

Sekadar info, Madammu mendirikan rumah tangga dengan seorang duda anak tiga yang sudah kematian isteri iaitu Muhammad Azri Che Noh di usia 25 tahun setelah tamat pengajian dalam bidang komunikasi massa. Tiga orang anak tirinya bernama Zahara, Qally, dan Ahmadhi.

Madammu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Ahmad Kayden yang dilahirkan menerusi proses in vitro fertilization (IVF).

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 16 Jun 2020
Hiburan Thu, 2 Sep 2021

Raih Perhatian Penonton, Drama Bersiri Anak Sena Papar Sisi Berbeza

Mengangkat tema kehidupan masyarakat Orang Asli, drama bersiri Anak Sena yang sedang ditayangkan di TV3 ketika ini menarik perhatian ramai. Kisah yang sarat dengan pengajaran dan kisah hidup masyarakat minoriti itu bukan sahaja tular dalam […]

Hiburan Mon, 11 Nov 2024

Mengaku Bersalah Tak Bayar Caruman Perkeso, Shuib & Pengarah Bubblebee Didenda RM17,500

Shuib dan pengarah syarikat Bubblebee mengaku bersalah terhadap tujuh pertuduhan termasuklah tunggakan caruman PERKESO tahun lalu

Trending Tue, 3 Aug 2021
Hiburan Thu, 2 Jul 2026

Luqman Hafidz Buat Debut Sebagai Pengarah, Angkat Sisi Spiritual Dalam Filem Seram Keramat Gunung Jerai

Luqman Hafidz melakar satu lagi pencapaian dalam karier seni apabila buat pertama kali menggalas tanggungjawab sebagai pengarah menerusi filem psikologi seram, Keramat Gunung Jerai.

Hiburan Wed, 30 Oct 2019

Joe Flizzow To Tie The Knot Next Year?

Who could be the lucky girl?

Featured Thu, 13 Oct 2022
Events Mon, 31 Jan 2022

Bapa Kepada The Pocket Rocketman Negara Meninggal Dunia

Salam takziah buat keluarga Datuk Azizulhasni Awang. Al-Fatihah

error: Content is protected !!