Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin September 2, 2021 @ 2:15pm

Raih Perhatian Penonton, Drama Bersiri Anak Sena Papar Sisi Berbeza

Mengangkat tema kehidupan masyarakat Orang Asli, drama bersiri Anak Sena yang sedang ditayangkan di TV3 ketika ini menarik perhatian ramai.

Kisah yang sarat dengan pengajaran dan kisah hidup masyarakat minoriti itu bukan sahaja tular dalam media sosial sebaliknya memberikan cerita yang segar kepada penonton.

Kisah seorang guru yang terpaksa berpindah ke kawasan pedalaman dan berhadapan dengan pelbagai cabaran untuk mendidik anak bangsa menambahkan lagi kekuatan drama yang menjalani penggambaran di Taman Negara, Pahang ini.

Menurut penerbit dari syarikat penerbitan Kembara Sufi Production Sdn Bhd, Jaja Ishak, dia gembira dengan sambutan yang diterima dan menganggap itu merupakan tuah buat mereka yang berani mempertaruhkan tema yang lain daripada yang lain.

“Memang saya berterima kasih kepada TV3 yang percaya kepada karya Anak Sena memandangkan ia sedikit berbeza daripada tema yang biasa menjadi perhatian ramai. Apatah lagi sekarang dalam musim bulan Kemerdekaan sudah pasti temanya bersesuaian dengan mood ketika ini.

“Paling saya berterima kasih apabila membacakan komen-komen positif yang ditinggalkan oleh penonton yang suka dengan drama ini. Ada yang suka dengan tema guru yang terpaksa berpindah ke pedalaman dan ada juga yang rindukan Taman Negara. Apa sahaja yang positif kami hargai,” kata Jaja.

Anak Sena memaparkan kisah Sena yang juga merupakan tok batin daripada suku Bateq yang mahukan perubahan berlaku kepada anak-anak Orang Asli melalui pendidikan.

Namun pelbagai dugaan terpaksa dihadapinya termasuklah tentangan daripada orang sekeliling yang masih menganggap pendidikan tidak penting berbanding ilmu hidup di dalam hutan.

Diterajui oleh Ben Amir sebagai Cikgu Amir, dia berhadapan dengan pelbagai konflik dalam mendidik anak bangsa sehinggakan terpaksa melalui pelbagai dugaan untuk menyelamatkan anak muridnya untuk terus menghabiskan pelajaran di sekolah.

“Banyak kisah menarik yang digarap melalui drama ini. Pelbagai suka duka yang tidak pernah diketahui umum divisualkan untuk tontonan semua. Konflik demi konflik yang berlaku memberikan nilai tambah kepada kisah Anak Sena.

“Setidaknya kisah mereka memberikan kita pengajaran berguna. Apa yang kita lihat berbeza dengan apa yang dilalui oleh sebahagian daripada kita,” kata Jaja lagi.

Dalam pada itu, Jaja mendedahkan pelbagai cabaran yang terpaksa dilalui oleh kru produksi sepanjang penggambaran berlangsung. Disebabkan lokasi yang sedikit jauh dari Kuantan, sudah pasti mereka perlu bersedia dengan pelbagai kemungkinan sejak awal lagi.

Mengakui produksi kali ini memberikan cabaran berbeza kepada mereka, dia bagaimanapun bersyukur kerana pelakon dan kru yang terlibat tidak berhadapan dengan masalah besar sehingga menyebabkan penggambaran ditanggungkan.

“Ini merupakan sumbangan kecil kami untuk masyarakat dengan memaparkan kisah yang jarang mendapat perhatian. Setidaknya kita boleh memperbanyakkan lagi naskhah sebegini untuk menyemai semangat cintakan negara dan meraikan kepelbagaian.

“Paling menggembirakan apabila ada yang mula belajar banyak perkara tentang suku kaum masyarakat Orang Asli yang jarang didedahkan kepada umum. Itu cukup memberikan kepuasan kepada pengkarya seperti kami,” katanya yang berpengalaman luas dalam bidang penerbitan drama dan travelog.

Jangan lupa saksikan Anak Sena ditayangkan setiap hari Rabu hingga Sabtu menerusi slot Lestary, setiap Rabu sehingga Sabtu, jam 9 malam di TV3.

Selain Ben, pelakon hebat lain yang menjayakan kisah ini ialah Ruzaidi Abdul Rahman, Sasha Abedul, Hadi Putera, Nadia Aqilah, Farah Ahmad dan ramai lagi selain penampilan istimewa Azwan Ali.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 16 Dec 2022
Featured Wed, 24 May 2023
Featured Sat, 7 Jan 2023

Tampil Beri Respons Mengenai Isu Penyondol, Intan Saleh ‘Backup’ Puteri Sarah – “Sakitnya, Ya Allah.. I Tengah Menggigil Ni Geram”

Umum mengetahui, pendedahan Syamsul Yusof yang selamat bernikah dengan Ira Kazar telah menerima pelbagai respons orang ramai. Antaranya adalah usahawan dan personaliti media sosial, Intan Saleh yang meluahkan rasa geram menerusi beberapa hantaran di Instagram […]

Hiburan Wed, 10 Jul 2019

Lagi Aksi Ghairah Melampau Chef Selebriti, ‘Phone Sex’ Tak Ingat Dunia Okay?!

Tapi benarkah lelaki tersebut adalah orang yang sama? Jangan lupa klik untuk tahu berita sepenuhnya

Hiburan Wed, 11 Sep 2019
Hiburan Tue, 12 Mar 2019
Trending Wed, 14 Apr 2021
error: Content is protected !!