Euforia Bola 2026
Trending By: Aisyah Badrul July 21, 2020 @ 11:51am

Hasil Kutipan Denda Ingkar PKP Hampir Cecah RM6 Juta!

 Wow!

Jumlah kutipan denda daripada syarikat dan individu yang ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah dijelaskan adalah sebanyak RM5,928,000. Tak sangka hampir mencecah ke RM6 juta ya.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) memaklumkan angka itu berdasarkan maklumat yang diperoleh dari Kementerian Kesihatan bagi tempoh Mac hingga Jun 2020.

Pihak PDRM hanya mengeluarkan kompaun kepada individu dan juga syarikat atau premis sebanyak 11,379 kompaun. Seramai 21,420 individu yang ditangkap telah didakwa di mahkamah bagi tempoh 18 Mac sehingga 30 Jun,” menurut KDN dalam jawapan bertulis yang dipaparkan di laman web Parlimen bagi menjawab soalan Teresa Kok (PH-Seputeh).

Kerajaan telah mengisytiharkan PKP yang bermula pada 18 Mac dan seterusnya diikuti dengan PKP Bersyarat (PKPB) sejak 4 Mei sebelum digantikan dengan PKP Pemulihan (PKPP) yang bermula pada 10 Jun hingga 31 Ogos ini.

Lanjutan daripada pengisytiharan itu, langkah-langkah susulan telah diambil bagi menyelaras dan memperincikan pelaksanaan PKP itu selain beberapa siri mesyuarat penyelarasan antara agensi kerajaan bagi memperincikan pelaksanaan tersebut, menurut KDN.

Sumber: BERNAMA

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

familuv Thu, 29 Dec 2022
Hiburan Sun, 1 Dec 2024

Khairul Aming Dipuji Beri Daging Dendeng Percuma Kepada Mangsa Banjir Di Kelantan

Khairul Aming beri dendeng percuma kepada mangsa banjir

Featured Tue, 26 Apr 2022
Events Mon, 17 Feb 2025
Hiburan Thu, 20 Mar 2025

Tampilkan Lakonan Sherie Merlis, Hasnul Rahmat, Fizz Fairuz, DJ Lin & Ramai Lagi… Drama Raya ‘Hayati’ Angkat Genre ‘Psikologi Emosional’

Menampilkan barisan pelakon hebat, drama raya berjudul ‘Hayati’ menjadi sebuah naskhah unik.

Hiburan Mon, 12 Jan 2026

Mimi Lana Akui Diri Tak Sempurna, Fokus Berdamai Dengan Keadaan

Mimi Lana menegaskan dia mahu untuk menjalani kehidupan dengan tenang dan menjauhkan diri daripada persekitaran yang dianggap toksik

error: Content is protected !!