Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin January 9, 2025 @ 4:00pm

[VIDEO] Bayi Dipulangkan Dalam Keadaan Kaku, Ibu Dibuang Dari Group WhatsApp… Mona Allen Gesa Tindakan Tegas Diambil – “Tak Sanggup Tengok!”

Kes kematian melibatkan bayi yang dihantar dipusat asuhan semakin membimbangkan apabila baru-baru ini mayat seorang lagi bayi berusia enam bulan dilaporkan meninggal ketika dipulangkan kepada ibu bapanya.

Terkesan dengan berita tular tersebut, pelakon Mona Allen tampil memberikan respons menerusi komen balas yang ditinggalkan pada hantaran yang dimuat naik penyanyi rap, Caprice di platform media sosialnya baru-baru ini.

Katanya, tindakan tegas perlu diambil bagi membendung insiden berkenaan memandangkan ini bukanlah kali pertama kejadian sama berlaku.

“Ah, kena ada tindakan yang tegas! Please la tak sanggup tengok. Kesiannya!,” komennya.

Mengambil serius isu tersebut, Caprice menerusi perkongsiannya meminta pihak berwajib untuk mengambil tindakan tegas dan merujuk kes tersebut dengan segera memandangkan insiden itu sudah terlalu biasa berlaku di Malaysia dan masih tidak ada tindakan yang setimpal diberikan kepada pelaku.

Malah, Caprice memaklumkan ibu bapa bayi yang dikenali sebagai Khairul Handzalah Sufi itu juga sudah dihubungi oleh pihaknya bagi memberikan bantuan.

“Please help look into this case. kejadian ini sudah terlalu biasa berlaku di Malaysia. Taska yang tidak berdaftar dan kanak-kanak dibawah jagaan mereka juga tidak mendapat jagaan yang betul dan profesional. Sampai bila?,” soalnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ariz Ramli (@capricedaddycap)

Terdahulu, pendedahan ibu mangsa yang dikenali sebagai Yuni Rahman menerusi pesanan WhatsApp tular di platform media sosial.

Kongsinya, sebelum bayinya itu dihantar ke pusat penjagaan berkenaan, mangsa masih berada dalam keadaan sihat sehinggalah dia menerima panggilan telefon daripada pengusaha taska sekitar jam 3.25 petang dan dimaklumkan bahawa Handzalah sudah tidak lagi bernyawa.

Lebih mengejutkan, ibu mangsa juga telah dibuang daripada kumpulan WhatssApp taska berkenaan

Terbaharu, ibu bapa mangsa dilaporkan telahpun membuat laporan polis dan bakal mengambil tindakan tegas terhadap taska tersebut.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 20 Mar 2023
Trending Hari Ini Mon, 27 Apr 2020
Featured Fri, 25 Nov 2022
Featured Thu, 26 May 2022

“Janda Yang Paling…” – Bekas Kekasih Mahu Kahwini Sera

Haa ada yang dah bagi hint tu… agak-agak Shuk jealous tak? 😂

Hiburan Tue, 25 Dec 2018

钟镇涛携二女开唱!与歌迷共渡平安夜

钟镇涛携二女到云顶开唱!与歌迷重温岁月经典,度过激情既温暖的平安夜。

Eat Travel Wed, 5 Sep 2018

Terbayang-Bayang Sotong Celup Tepung Pok Nong, Rasa Nak Pergi Terengganu Sekarang Juga!

Sebelum menghala pulang ke Kuala Lumpur, singgah sebentar di Warung Pok Nong.

Hiburan Wed, 12 Oct 2022
Hiburan Fri, 7 Jul 2023
error: Content is protected !!