Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi October 12, 2022 @ 8:10pm

Ditegur Kerap ‘Ride’ Moto Punca Sukar Istiqamah, Siti Elizad Buka Mulut

Pelakon dan pengacara Siti Elizad tampil bersuara mengenai penampilannya yang dikatakan masih belum menutup aurat dengan sempurna.

Elizad atau nama lengkapnya Siti Elizad Mohd Sharifuddin juga turut berdoa agar Allah tidak membolak-balikkan hatinya untuk kekal istiqamah selepas lebih setahun mengenakan hijab.

“Saya buat ini, saya tahu apa yang saya lakukan, tidak terlebih-lebih, maksudnya bila ditanya fasal istiqamah itu maksudnya dia adalah dari kita sendiri.

“Kadang-kadang bila kita tengok orang ada kepuk-kepuk rambut tu, turun naik iman saya, tengok gambar lama-lama saya pun…haih, bagi saya ia pendapat masing-masing.

“Bagi saya tiada masalah, minta-minta Allah tidak bolak-balikkan hati saya, kekalkan saya imej begini.

“Saya tak baca komen-komen yang orang cakap ‘oh pakai macam ni, itu nampak, ini nampak, slowly but surely, InsyaAllah.

“Bila tanya pasal istiqamah, setiap kali dalam doa saya, saya rasa bukan saya saja, saya rasa semua wanita di luar sana semua nak berhijab, InsyaAllah kita kena paksa diri kita dengan rela hati.

“InsyaAllah doakan yang baik-baik, supaya tak terpalit dengan kisah-kisah lama, tidak berbolak hati pun dah cukup,” katanya.

Disoal mengenai aktivitinya bersama suami yang dilihat gemar menunggang motor berkuasa besar, Elizad berkata dia dibesarkan dalam keluarga yang ramai lelaki jadi sudah menjadi kebiasaan baginya untuk menunggang motor.

“Saya daripada kecil dibesarkan oleh keluarga yang majoritinya semua lelaki, bukan sebab saya jadi selebriti saya naik moto. Sebelum jadi selebriti pun saya naik motor dengan abang-abang saya.

“Saya rasa benda itu tak jadi isu…ada yang bertanya ‘macam mana nak pregnant, kau sibuk naik motor’, tapi bagi saya simple sahaja, doktor dah nasihat untuk saya buat apa yang saya rasa gembira, InsyaAllah kalau ada zuriat, adalah, kalau takde, takde.

“Saya rasa kemanisan ride motor itu ada bersama, saya enjoy pergi makan dan jalan-jalan, selain aktiviti motor kami tak pandai sangat tapi ramai je sekarang wanita di luar sana yang dah mula ride motor.

“Orang cakap fasal motor je orang ingat kita kasar, tapi kita boleh berlakon, kita kasar tapi kita tahu tanggungjawab bila balik rumah sebagai isteri, bila kat luar kita kawan dengan suami, itu sahaja yang kami boleh buat,” jelas Elizad.

Sumber: mStar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 12 Apr 2018

Mantap! Double ‘A’ Bergabung Dalam Rojak

Gandingan pengacara popular Awal Ashaari dan Ajak bakal menghiasi kaca televisyen bakal mengetengahkan konsep sembang santai

Hiburan Mon, 28 Apr 2025
Trending Wed, 13 Feb 2019

This Self-Love Playlist is All You Need for a Good Valentine’s Day Alone

Take care of yourself this V-Day with some good music

Featured Mon, 27 Oct 2025

Zizi Kirana Titip Pesan Hidup Bukan Tentang Meraih Pujian Manusia

Penyanyi dan aktivis kemanusiaan, Zizi Kirana menitipkan pesanan mendalam tentang erti kehidupan sebenar.

Events Fri, 26 Aug 2022

Berani Tampil Dengan Genre Britpop, Sophia Zuhri Berjaya Hasilkan Album Sulung!

Penyanyi muda yang berbakat besar! Semoga Sophia Zuhri terus sukses ❤️

Trending Mon, 23 Sep 2019

感情影响性次数!这时期情侣天天战

「性爱」是伴侣关系中相当重要的一环,彼此间透过身体交流接触过程中,往往会让彼此的关系更亲密。不过因每个人性需求的不同,和另一半「爱爱」的次数也有差距。

error: Content is protected !!