Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi April 28, 2025 @ 8:30pm

[VIDEO] 17 Tahun Menyimpan Duka, Abby Abadi Tersentuh Hati Dengar Permohonan Maaf Norman Hakim – “Saya Hanya Kecewa Sebab…”

Pelakon dan usahawan sensasi, Abby Abadi akhirnya membuka pintu kemaafan buat bekas suaminya, Norman Hakim, selepas sebuah pertemuan penuh emosi hujung minggu lalu.

Dalam satu sesi siaran langsung di media sosial, Abby atau nama penuhnya Arbaiyah Abdul Manan berkongsi detik menyentuh hati dimana Norman dengan rendah diri mengakui kesalahan silam mereka.

Menurut Abby, kata-kata Norman yang penuh keikhlasan benar-benar menyentuh hatinya.

“Dia cakap pada saya, ‘Apa sahaja yang awak nak katakan, saya terima. Saya mohon maaf atas semua kesilapan saya hingga awak jadi begini. Saya terima apa saja kerana awak telah melahirkan anak-anak saya.’ Kata-katanya itu terus mengetuk pintu hati saya,” luah Abby dengan penuh rasa syukur.

Abby, yang juga bekas anggota kumpulan Elite, turut mengakui dirinya bukan insan sempurna.

Sepanjang 17 tahun memilih untuk berdiam diri, Abby menegaskan dia tiada niat untuk membuka aib sesiapa, namun, luahan emosinya baru-baru ini lahir daripada kekecewaan yang mendalam.

“Saya bukan tamak atau mahukan harta. Saya hanya kecewa… kecewa kerana anak-anak seperti dipinggirkan ketika dia sudah berjaya dan kaya.. Saya tiada masalah dengan Memey, itu netizen yang ungkit,” katanya dengan nada sebak.

@__norainibasre88__

#abbyabadi #normanhakim #memeysuhaiza #artismalaysia #norainibasre #norainibasreteam #norainibasreshop #binafshasweet

♬ bunyi asal – Noraini Basre – Noraini Basre

Abby menjelaskan perkongsian kisah peribadinya bukan bertujuan untuk memburukkan Norman, sebaliknya untuk menyedarkannya tentang tanggungjawab terhadap anak-anak.

Dalam masa sama, Abby bersyukur kerana walaupun masing-masing sudah membina kehidupan baru, hubungan mereka tetap dijaga dalam suasana harmoni demi anak-anak tercinta.

Terdahulu, Abby mencuri perhatian ramai apabila mendedahkan kisah rumah tangganya bersama Norman, termasuk pengalaman menjadi mangsa keganasan rumah tangga.

Namun, semua perkongsian tersebut telah dipadam selepas pertemuan damai antara Abby, Norman dan isterinya, Memey Suhaiza serta anak perempuan mereka, Marissa Dania.

Sekadar info, Abby dan Norman berkahwin pada tahun 2002 dan berpisah pada 2009.

Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan tiga cahaya mata: Mohamed Danish Hakim, Marissa Dania Hakim, dan Danisha Hakim.

Artikel Berkaitan: Dakwaan Dip*kul Norman Hakim, Abby Abadi Cipta Publisiti Murahan? Danish Hakim Tampil ‘Backup’

Artikel Berkaitan: “Dia P*kul Saya Sampai Berdarah, Separuh M*ti!” – Abby Abadi Dakwa Jadi Mangsa Keganasan Rumah Tangga Dengan Norman Hakim?

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 19 May 2025

Sekali Lagi Digelar Penyondol, Shakilla Khoriri Malas Sembang Dengan Individu ‘Tin Kosong’

Shakilla bengang dituduh perampas suami rakan individu terbabit.

Featured Thu, 19 Oct 2023
Hiburan Sun, 28 Apr 2019

#BBB2019: Chiwan Cari Calon Isteri

Good luck Chiwan untuk final BBB 2019!

Hiburan Sat, 28 Jun 2025
Featured Wed, 22 Jun 2022

Diminta Hadiahkan Set Kain Kapan Untuk DSV, Cik B Bidas Kritikan Netizen – “Kesian? Lol Saya Bertuah Dapat Ibu Macam Mama”

Betul lah kata Cik B tu kita tak boleh terus judge seseorang sebab satu kesalahan yang dibuat 😊

Trending Wed, 2 May 2018

Taj Mahal Bertukar Warna?

Mahkamah Agung dalam satu kenyataan selepas meneliti foto terbaru Taj Mahal berkata, batu marmar itu pada mulanya bertukar ke warna kuning dan kini kelihatan seperti hijau kehitaman.

Featured Fri, 30 Sep 2022

Wajah Tenang & Tersenyum, Ebit Lew Sambung Perbicaraan Hari Terakhir

UEL tenang melangkah masuk ke mahkamah sebelum perbicaran bermula.

Featured Sun, 17 Oct 2021

Didakwa Memiliki Tatu Dibahagian Dada, Baby Shima Dikecam Netizen

Pernah dikaitkan dengan isu berpakaian seksi, kini penyanyi Baby Shima sekali lagi mengundang kecaman netizen kerana didakwa bertatu. Ia adalah selepas bintang kelahiran Malaysia yang kini mencipta nama di negara seberang itu memuat naik videonya […]

error: Content is protected !!