Euforia Bola 2026
Trending By: SGMS Faida May 2, 2018 @ 1:25am

Taj Mahal Bertukar Warna?

Monumen cinta agung terkenal dunia, Taj Mahal dilaporkan berdepan dengan pencemaran! Monumen itu kini kekuningan dan ini mengundang kecaman hebat terhadap kerajaan negara itu…

Batu marmar berkualiti tinggi Taj Mahal yang diiktiraf sebagai tapak warisan dunia UNESCO itu kini memiliki kesan berwarna kuning sejak beberapa tahun lalu.

Mahkamah Agung dalam satu kenyataan selepas meneliti foto terbaru Taj Mahal berkata, batu marmar itu pada mulanya bertukar ke warna kuning dan kini kelihatan seperti hijau kehitaman.

Taj Mahal secara perlahan-lahan diselaputi kesan kekuningan berikutan debu tebal di rantau itu.

Turut kelihatan adalah warna hijau pada bahagian dinding yang mengadap antara sungai paling tercemar di India, Sungai Yamuna.

Pelbagai kaedah termasuk menggunakan pek lumpur untuk menanggalkan kesan dari marmar monumen itu telah diguna pakai sejak perkara terbabit meraih perhatian golongan pemulihara alam sekitar.

Pihak berkuasa pada awal tahun ini turut mengumumkan kemungkinan mengehadkan jumlah pengunjung bagi mengurangkan sebarang kerosakan yang berlaku pada binaan penuh bersejarah itu. 

Sumber: Agensi

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 13 May 2025
Events Tue, 25 Feb 2025
Hiburan Sat, 16 Aug 2025

Kucing Kakak Sophia Albarakbah ‘Catwalk’ Pentas Akhir Cat Fashion Week

Chibbu kucing kakak Sophia Albarakbah ke pentas akhir Cat Fashion Week

Trending Sun, 17 Feb 2019

Penunggang Grabbike Yang Di Pesan Adalah Bapa Sendiri Yang 10 Tahu Terpisah

Gadis Terharu Tak Sangka Penunggang Grabbike Yang Di Pesan Adalah Bapa Sendiri Yang 10 Tahu Terpisah

Featured Fri, 28 Oct 2022
error: Content is protected !!