Euforia Bola 2026
Featured By: Atiqah Johari June 22, 2022 @ 4:51pm

Diminta Hadiahkan Set Kain Kapan Untuk DSV, Cik B Bidas Kritikan Netizen – “Kesian? Lol Saya Bertuah Dapat Ibu Macam Mama”

Baru-baru ini kecoh di media sosial mengenai video yang memaparkan aksi tampar punggung yang dipamerkan oleh beberapa usahawan selebriti iaitu Kak KM, Ifa Raziah, Datuk Seri Vida (DSV) dan Cheta Potpet.

Susulan itu, pelbagai kecaman dilontarkan kepada mereka gara-gara aksi tidak senonoh tersebut sehingga diminta tampil ke Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk memberi keterangan mengenai video sensasi terbabit.

Walaubagaimanapun, isu ini masih hangat dibualkan apabila ada seorang pengguna di Twitter membuat satu ciapan pedas terhadap DSV dan meminta anaknya, Cik B untuk menghadiahkan set kelengkapan kain kafan sebagai peringatan.

“Kesian anak-anak kalau dapat mak macam ni. Cik B (@HavocCikB) boleh la hadiahkan Vida benda ni (pautan e-dagang) baru dia beringat sikit,” tulisnya.

Tidak berdiam diri, Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamilleen Muhammad Amin tampil membidas ciapan yang mengkritik kelakuan ibunya dalam video tersebut.

“Kesian? Lol saya rasa lebih bertuah dapat ibu seperti mama. Seorang wanita yang hebat, kuat dan bijak.

“Awaklah patut beringat yang gambar atau video tidak menggambarkan sifat dan cara dia sebagai seorang manusia.

“OHHHH OR CUZ YOU JEALOUS SAYA ADA IBU SEPERTI MAMA?” balas Cik B.

Anak kepada usahawan jutawan itu turut mempertahankan ibunya dengan menyatakan bahawa tidak adil untuk warganet menilai DSV hanya kerana video yang tular tersebut.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 29 Nov 2018

Puma Suede Kolaborasi Menawan Khusus Buat Peminat Barbie!

Puma X Barbie didatangkan dalam warna merah jambu dan hitam.

Hiburan Sat, 4 Aug 2018

Drama Atau Filem, Mira Filzah Tak Kisah!

Filem Rise: Ini Kalilah bakal ditayangkan pada Hari Malaysia bulan depan, membariskan pelakon-pelakon hebat seperti Mira Filzah, Remy Ishak, Sangeeta Krishnasamy, Jack Tan, Jenn Chia dan Shashi Tharan.

Featured Fri, 12 Sep 2025

“Dia Sendiri Yang Curang Lepastu Acah Tersakiti” – Pantun 4 Kerat Nafiz Muaz Cetus Spekulasi?

Netizen terhibur dengan inisiatifNafiz berbals pantun bersama pengikutnya.

Hiburan Mon, 14 Jan 2019
Featured Sun, 19 Dec 2021

Budak Tebing Drama Terbaik, Ini Senarai Penuh Pemenang Anugerah Drama Sangat 2021

Anugerah Drama Sangat (ADS2021) telah berlangsung malam tadi untuk meraikan drama hasil kerja anak seni di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL). Hos bagi anugerah ini pada malam tadi merupakan gandingan Ain Edruce bersama Nabila […]

Hiburan Fri, 22 Jun 2018

Zul Ariffin Separuh Bogel Di Thailand, Undang Komen Lucah Netizen

Gambar yang dimuat naik beberapa jam ini telahpun mendapat 48, 940 likes. Difahamkan, Zul Ariffin kini sedang menikmati percutian beliau bersama teman-temannya di sebuah pantai peranginan yang popular di Thailand.

Acara Thu, 26 Jul 2018

Booth Hijab & Heels Tawar Banyak Aktiviti Dan Hadiah Menarik. Jom Serbu!

Booth HIjab & Heels menawarkan pelbagai hadiah menarik serta aktiviti yang pasti mengujakan semua!

Hiburan Fri, 27 Sep 2019

Justin Bieber Kahwin Lagi?

Pasangan ini telah menjemput seluruh ahli keluarga, rakan-rakan terdekat untuk menjadi saksi majlis penyatuan dua sejoli ini.

error: Content is protected !!