Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin May 19, 2025 @ 7:19pm

Sekali Lagi Digelar Penyondol, Shakilla Khoriri Malas Sembang Dengan Individu ‘Tin Kosong’

Pelakon Shakilla Khroriri kesal dengan segelintir netizen yang bertindak ‘terpaling tahu’ teruatamanya dalam hal rumah tangganya.

Menerusi perkongsian di ruangan Instagram Story, seorang individu bertindak berani apabila meninggalkan komen mendakwa aktres itu perampas suami rakannya.

“Tak silap dia ni perampas suami kawan aku. Bila dia kena kecam teruk hari tu, dia diam sahaja.

“Ni dia kecam balik bekas suami dia. Padahal dia lah penyondol konon suci berdikari tu,” dakwanya.

Enggan berdiam diri dengan tuduhan yang diberikan, Shakilla atau nama penuhnya, Nurul Shakilla Mohd Khoriri, 34, tampil mempertahankan dirinya sekaligus meminta individu terbabit membalas pesanan langsung darinya (Direct Message).

“Hello, reply my DM please. Nak sembang pasal suami kawan awak tu.

“Banyak nak sembang beserta bukti ni sebab saya malas nak sembang tak ada bukti. Saja nak bagitahu, tak sembang tin kosong,” balasnya.

Tidak habis disitu, Shakilla juga berkongsi tangkap layar berupa pesanan langsung yang dihantar kepada individu tersebut.

Bagaimanapun, tindakan Shakilla gagal dek kerana akaun miliknya telahpun disekat.

Terdahulu, Shakilla menjawab mengenai keberadaan Fizi Ali ketika sambutan hari sukan anaknya, Ameena Sofia.

Katanya, dia bukanlah bomba yang bertanggung jawab mencari ‘orang hilang’.

“Ramai betul tanya soalan pasal kewujudan orangs epatutnya dekat Sports Day Ameena. Saya no komen lah dik.

“Kakak bukan bomba nak mencari orang hilang dari radar ni.

“Kakak busy nak uruskan Ameena, kedai dan banyak hal lagi. Tapi nasib baik setiap pagi duit terjun dari langit untuk bayar macam-macam.

“So, tak perlu kerja macam orang lain. Kutip je duit macam daun kering  depan rumah. Senang hidup kakak,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 10 Dec 2019

Cha In-Ha artis K-drama kejutkan peminat muzik Korea?

Harga kemasyhuran yang berakhir dengan kematian!

Featured Thu, 9 Feb 2023
Hiburan Fri, 1 Jun 2018

Demi Anak-Anak, Fasha Mohon Maaf Kepada Nora

Hubungan anak-anak sangat rapat. Tak manis memperlihatkan kepada anak- anak yang kami bergaduh… damai merupakan jalan terbaik. Terbaiklah Fasha, semoga urusan pendamaian dipermudahkan!

Hiburan Thu, 14 Mar 2019

“Netizen Jangan Jadi Hipokrit” – Shahrulezad Mohameddin Terpaksa Sokong Kenyataan A. Aida

Ingat jangan terus melalak tanpa berfikir secara rasional ye kawan-kawan!

Hiburan Wed, 6 Dec 2017

Kenapa Neelofa Minta Maaf

Neelofa minta maaf sebenarnya tidak begitu memahami dengan bahasa yang digunakan Upiak yang berasal dari Padang, Indonesia itu

Eat Travel Wed, 18 Sep 2019

Enam cara mengekalkan kesegaran sayuran dan buahan di rumah anda.

Cara betul menyimpan sayuran dan buah-buahan.

Hiburan Sat, 27 Dec 2025

Risteena Tepis Dakwaan Rumah Tangga Dengan Isa Khan Bergolak – “Kapsyen Suami Saya Itu Hanya Lirik Lagu & Quotes”

Risteena menjelaskan kapsyen yang dimuat naik suaminya dalam video tular sebelum ini hanyalah petikan lirik lagu

error: Content is protected !!