Euforia Bola 2026
Eat Travel By: tex_admin September 18, 2019 @ 3:36pm

Enam cara mengekalkan kesegaran sayuran dan buahan di rumah anda.

Oleh Muhammad Amnan Hibrahim

Sayur-sayuran dan buah-buahan enak dinikmati ketika ia segar, namun ada juga sayur yang perlu dimasak terlebih dahulu sebelum dimakan dan buah juga tidak terkecuali, perlu diperam sementara menunggu masak dan boleh dimakan.

Pokok pangkalnya, sayur atau buah yang segar lebih enak dinikmati berbanding dengan yang sudah layu atau terlebih masak, namun kadang kala cuaca sering membuatkan sayur berdaun menjadi cepat layu atau busuk setelah dibeli dan dibawa pulang ke rumah.

Hal ini pasti biasa berlaku kerana kebanyakan daripada kita membeli buah-buahan dan sayur-sayuran sekali gus pada hujung minggu dan akan disimpan di dalam peti sejuk.

Cara penyimpanan yang tidak betul akan menyebabkan bahan yang dibeli itu menjadi cepat lembik selain tidak segar untuk dimakan. Oleh itu, amat penting untuk mengetahui cara penyimpanan sayuran dan buah-buahan yang betul di rumah anda.

Berikut merupakan panduan mengekalkan kesegaran sayuran dan buahan yang boleh anda ikuti:

  1. Jangan letakkan sayuran dan buah-buahan yang mengeluarkan gas  etilena dan jenis sayuran dan buahan yang sensitif terhadapa gas tersebut di tempat yang sama. Gas etilena berupaya membantutkan proses matang sayuran dan buah-buahan yang disimpan.

          Jenis buah dan sayur yang mengeluarkan gas etilena: Avokado, pisang, labu, buah kiwi, manga, nectarines, pear, plum dan tomato.

         Jenis buah dan sayur yang alah terhadap gas etilena: Epal, brokoli, lobak merah, sayuran hijau dan tembikai.

  1. Simpankan kubis dan herba segar di dalam beg plastik khas ataupun bekas kedap udara. Pastikan terdapat sedikit udara di dalam bekas yang digunakan.

    Foto: lifestylecollective.co

  2. Jangan basuh sayuran yang hendak disimpan di dalam peti ais anda. Kelembapan pada bahagian luar sayuran dan buahan akan mendorong kepada pertumbuhan kulat yang akan merosakkan makanan anda. Jika anda tetap mahu membasuhnya, pastikan sayuran dan buahan terrsebut dikeringkan sepenuhnya sebelum disimpan.

    foto: foodcoachforme.com

  3. Sediakan plastic ataupun bekas Tupperware khas yang kedap udara untuk menyimpan setiap jenis sayuran anda di dalam bekas yang berlainan.

    Foto: bizongo.com

  4. Bagi menjaga keaslian rasa untuk sayuran seperti kentang, bawang dan tomato, pastikan anda tidak menyimpannya di dalam peti ais. Letakkan sayuran tersebut di tempat yang kering dan tidak terdedah kepada haba panas.

    Foto: herbalwater.typepad.com

  5. Lapikkan tisu kering di bahagian bawah bekas sayuran bagi menghalang pertumbuhan kulat yang boleh merosakkan kesegaran sayuran anda.

Setelah melakukan segala perkara di atas, pastikan anda mengetahui tempoh penyimpanan yang ideal untuk setiap jenis sayuran dan buah-buahan yang anda  beli.

Sumber: popsugar.com

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 25 Aug 2021

Taufik Hidayat & Lee Chong Wei Enggan Dedah Nama Individu Tawar Rasuah Perlawanan Sukan Asia Doha

Jaguh badminton Indonesia, Taufik Hidayat, semalam membuat pendedahan yang mengejutkan apabila memberitahu terdapat cubaan mempengaruhi perlawanan dengan bayaran wang pada Sukan Asia Doha 2006 antara dirinya dan Lee Chong Wei dari Malaysia. Menerusi temubual di […]

Featured Wed, 13 Apr 2022
Featured Wed, 2 Aug 2023
Events Mon, 12 Aug 2024

Konsert Cipta Sang Genius M.Nasir Bikin Goosebump! PMX Terkesan Ketika Lagu Tribute Perjuangan Rakyat Palestin Didendangkan

Siapa hadir masa konsert Datuk M.Nasir memang tahulah lah penangan dia macam mana💯❤️🔥

Featured Fri, 15 Jun 2018

Rupanya 4 Punca Ini Yang Buatkan Anda Kerap Sakit Belakang. Sila Ambil Tahu!

Jangan ambil mudah dengan masalah sakit belakang yang kerap. Ketahuilah puncanya!

Featured Sun, 10 Mar 2019

Posisi tidur yang betul dapat menjamin keselamatan nyawa bayi anda

Panduan ini dapat bantu bayi tidur dengan nyenyak!

error: Content is protected !!