Euforia Bola 2026
Events By: Salma Syahbuddin August 12, 2024 @ 5:57pm

Konsert Cipta Sang Genius M.Nasir Bikin Goosebump! PMX Terkesan Ketika Lagu Tribute Perjuangan Rakyat Palestin Didendangkan

Terus mencipta magis dan sakti, penyanyi, pencipta lagu, komposer dan pelakon, Datuk M.Nasir tidak pernah gagal mengajak jiwa menyanyi dalam Konsert Datuk M.Nasir Cipta yang berlangsung di Axiata Arena pada Sabtu.

Menghiburkan lebih 8,000 penonton yang hadir dengan lagu keramatnya, M.Nasir bukan sahaja layak digelar penyanyi bersuara emas bahkan seorang pemuzik genius.

Memulakan persembahan dengan lagu Raikan Cinta, Bikin Filem, Tujuh Nafas Lagi, Senandung Semalam, lagu Medley Dah Lagu Tu, Oh Anak dan Hati Emas, persembahan M. Nasir ternyata memukau.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by XTRA (@xtra_my)

 

Walaupun sudah menginjak usia 67 tahun, namun suara emas milik mahakarya seniman ulung ini masih senang diterima generasi muda dek kerana bait-bait lagunya yang sentiasa dekat dihati.

Selain itu, antara yang menjadi tumpuan pada konsert Cipta ini adalah, kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilihat turut sama-sama  mengenakan busana Melayu mengikut tema konsert.

M.Nasir kemudian mendendangkan lagu ‘Allah Selamatkan Kamu’ kepada Anwar bersempena ulang tahun kelahirannya yang ke-77.

Bukan itu sahaja, pihak penganjur bersama-sama M.Nasir turut menghadiahkan pulut kuning khas buat Perdana Menteri.

“Saya mahu nyanyikan sebuah lagu daripada Allahyarham Tan Sri P.Ramlee yang ditujukan khas buat Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Saya tak hadiahkan kek, tapi pulut kuning,” katanya.

Tribute perjuangan rakyat Palestin

Dengan iringan 25 para pemuzik dan penyanyi latar, konsert ini pastinya mencipta sejarah tersendiri buat hati dan mata yang menonton lebih lagi apabila M.Nasir memberi penghargaan dan tanda solidaritinya terhadap perjuangan rakyat Palestin dan pemergian pemimpin Hamas, Allahyarham Ismail Haniyeh menerusi lagunya, Phoenix Bangkit.

Bukan itu sahaja, Perdana Menteri juga mengaku bahawa beliau berasa terkesan apabila M.Nasir menyampaikan lagu tersebut, khasnya ia di tributekan kepada saudara Islam kita di sana.

“Kagum dengan kehebatan suara Datuk  M. Nasir yang begitu hebat melantunkan lagu-lagu ciptaannya. Saya terkesan tatkala beliau menyampaikan lagu tribut buat perjuangan rakyat Palestin,” katanya menerusi hantaran di Instagram.

Selain itu, kemunculan istimewa Datuk Ramli MS mengiringi persembahannya menerusi lagu Hijab Kekasih membuatkan rata-rata penonton yang hadir berasa sebak.

Mana tidaknya, alunan muzik accordian yang mendayu-dayu juga suara merdu M.Nasir sudah cukup merangkumi seluruh perkara seni yang luar biasa dan hebat.

@era.je Eh macam kenal lah!!!! Ada TokRam la korang @tokram_ramlims 😍😍😍 Memang serba boleh lah erk TokRam ni !!! 🔥🔥🔥 #ERARadioNo1PalingLegit #fyp #tokram #mnasir #konsert #cipta ♬ original sound – ERA

 

Kekal dengan momentum yang bertenaga, M.Nasir terus menghangatkan pentas dengan beberapa buah lagu hasil karyanya termasuk, Cinta Kristal (Rahim Maarof), Seribu Tahun Takkan Mungkin (BPR), Senja Nan Merah (Ziana Zain & Datuk Awie), Senandung Semalam (Alleycats) dan Bercanda Di Pasiran Pantai (Sudirman dan Anita Sarawak).

Manakala, lagu Balada Seorang Teman, Langgam Pak Dogo, Tanya Sama Itu Hud Hud, Gurindam Gunung Tahan, Bukalah Hatimu, Hijab Kekasih, Rampak Rebana
Berdendang Dalam Tangisan, Andalusia, Sahabat Gua, Mentera Semerah Padi, Ada serta lagu encore berjudul Suatu Masa, Sentuhan Listrikmu dan Apokalips nyata meninggalkan kesan mendalam buat semua penonton yang hadir.

Konsert kali ini juga turut dibarisi pemuzik-pemuzik hebat yang menjadi tulang belakang M.Nasir iaitu pengarah muzik dan pemain gitar: Nan Alias, gitar rhythm: Rafi Mohd, Bass: Norman, keyboard: Firdaus Mahmud dan Eddie Slam, dram: Ujang Exists serta penyanyi latar vokal: Eja, Widy, Yuaz & Awe.

Ini dikuatkan lagi dengan kehadiran pemain perkusi utama – Paang Zaman, perkusi tradisional: Mat Din, pemain perkusi – Che Long, Anas dan Mat Rock.

Juga ditambah dengan kemunculan Awe selaku pemain perkusi, rebab, serunai dan penyanyi jemputan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 31 Jul 2025

Baru 18 Tahun, Netizen Dedah Harga Makeup & Skincare Puteri Balqis Cecah RM8,000

Individu dedah barang skincare Puteri Balqis cecah RM8,000

Hiburan Mon, 31 Dec 2018

Kongsi Video Dengan Jururawat, Pelakon Drama NUR Dikecam Netizen?

Salah ke saya nak ucapkan terima kasih? Hanya itu saja yang mampu saya buat.

Featured Sat, 19 Feb 2022
Hiburan Mon, 18 Dec 2017

《决战好声》曹格战队学员林文荪大热姿态夺冠

来自大马斗湖沙巴的曹格战队学员林文荪,第二回合以盲选赛选曲《身骑白马》获得62%观众简讯投票率,大热姿态击败另一大热门Kenny刘国辉,勇夺《The Voice 决战好声》冠军!

Hiburan Mon, 18 Dec 2017

“BELAKANGNYA ADA BATU TAR RUMAH AKU” – BADAN BERJERAWAT UQASHA DIKUTUK

Rata-rata netizen mengutuk bahagian belakang badan Uqasha yang dikatakan berjerawat dan menggerutu.

Hiburan Tue, 16 Jun 2026

“Dahsyat Betul Membenci Saya…” – Khairul Aming Terkilan Ada Yang Menanti Kejatuhannya

Menurut Khairul, dia terkejut melihat ada pihak yang terlalu cepat membuat kesimpulan dan seolah-olah menantikan kegagalannya.

Featured Fri, 17 Oct 2025
Hiburan Tue, 13 Feb 2024
Hiburan Thu, 8 Feb 2018

MEET ISAAC VOO: THE FIRST MALAYSIAN KPOP IDOL

There have been many foreigners rising to fame in KPOP groups recently and now Malaysia’s very own Isaac Voo has brought so much pride to Malaysians as he joined the South Korean band IN2IT.

Hiburan Sat, 30 Mar 2024
error: Content is protected !!