Euforia Bola 2026
PEMBERITAHUAN: Dijangka berlaku fenomena gangguan solar bermula pada 20 hingga 27 September 2026 di beberapa kawasan | tertentu yang mengakibatkan gangguan terhadap penerimaan siaran MYTV. Jika anda mempunyai sebarang
pertanyaan, sila hubungi MYTV di 1300-80-6988.
Featured By: Salma Syahbuddin October 17, 2025 @ 2:09pm

Nicholas Saputra Tampil Sisi Berbeza, Lakon Lebih Dari Satu Watak Dalam Filem Muzikal Sejarah ‘Siapa Dia’

Pelakon kacak Indonesia, Nicholas Saputra kembali menghangatkan dunia perfileman apabila muncul dengan naskhah baharu berjudul Siapa Dia iaitu sebuah filem muzikal drama sejarah arahan pengarah legenda Indonesia, Garin Nugroho.

Menariknya, Nicholas yang sinonim dengan watak Rangga dalam filem fenomena, ‘Ada Apa Dengan Cinta?’ kali ini tampil berbeza apabila membawakan lebih daripada satu karakter dek kerana jalan cerita filem ini merentasi beberapa latar masa berbeza.

Lebih mencuri tumpuan, Nicholas turut menyanyi dan menari dalam filem ini namun, dia menganggap ia adalah satu cabaran besar yang menyeronokkan.

“Saya tidak berfikir panjang saat ditawarkan berlakon dalam filem ini. Modalnya hanya keberanian.

“Memang nampak tidak masuk akal, tapi saya seronok mencuba sesuatu yang baru dan bekerjasama dengan pemuzik hebat,” katanya.

Filem ini turut menampilkan barisan pelakon popular Indonesia seperti Amanda Rawles (1 Kakak 7 Ponakan), Ariel Tatum (La Tahzan), Happy Salma (Tebusan Dosa), Morgan Oey (Pengepungan di Bukit Duri), dan Cindy Nirmala (Pengabdi Setan 2).

Filem ‘Siapa Dia’ mengisahkan tentang Layar (lakonan Nicholas Saputra), seorang pengarah muda yang kehilangan idea untuk menghasilkan karya baharu.

Ditemani penulis skrip, Rintik (Amanda Rawles), mereka berusaha menyiapkan sebuah filem muzikal. Namun, selepas pulang ke rumah neneknya, Layar menemui sebuah beg berisi nota lama dan surat cinta generasi terdahulu yang akhirnya membawa dia ke dalam kisah romantik dan tragedi keluarga.

Dari segi muzik, Penerbit Eksekutif, Faizal Lubis turut menghasilkan runut bunyi (OST) eksklusif untuk tayangan di Malaysia.

Lagu bertajuk ‘Cinta Terhebat’ nyanyian Ara Johari, manakala penyanyi baharu Malaysia, Ameera Asha, turut menyumbangkan semula lagu Menangis Diam-Diam nyanyian asal Ari Lasso dalam filem ini.

Diterbitkan oleh Fabis Entertainment dan diedarkan oleh Horizon Film Entertainment serta Barnstorm Entertainment, filem menyentuh hati  ini bakal menemui penonton di pawagam seluruh Malaysia sejak 16 Oktober 2025.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 3 Feb 2020

Sajat Mengaku LELAKI Ketika Daftar Umrah?

Haih! Macam-macam hal lah

Featured Fri, 5 Jun 2026

“Rezeki Aku Bukan Dari Manusia, 100 Peratus Datang Dari Allah ”- Fimie Don Tampil Perbetul Persepsi

Fimie Don menepis pendapat segelintir pihak yang menganggap rezeki yang diperolehi seseorang adalah hasil bantuan dari manusia.

Featured Thu, 9 Jun 2022
Featured Sat, 22 Nov 2025

Fauziah Sarman Kembali Bergelar Isteri, Shila Amzah Mohon Doa Buat Keluarga

Ibu kepada penyanyi Shila Amzah iaitu Fauziah Sarman akhirnya selamat melangsungkan perkahwinan bersama pasangannya yang dikenali sebagai Zainal.

Featured Mon, 5 Dec 2022
Eat Travel Mon, 17 Dec 2018

Wave Rock Port Baru Buat Si Kaki Hiking!

Uniknya tentang Wave Rock ini, adalah bentuk jalurnya yang senget!

Featured Tue, 26 Aug 2025

Badron Munirah Tak Selesa Disamakan Dengan Afgan

Kata Badron, dia sangat tidak disuka di compared kan dengan mana-mana artis.

Hiburan Fri, 10 Mar 2023
error: Content is protected !!