Euforia Bola 2026
Trending By: Salma Syahbuddin February 3, 2020 @ 5:16pm

Sajat Mengaku LELAKI Ketika Daftar Umrah?

Susulan isu kontroversi melibatkan usahawan kosmetik, Muhammad Sajad Kamaruzzaman atau lebih popular dengan panggilan Sajat, kali ini agensi yang membawa beliau mendaftar untuk mengerjakan umrah itu mendakwa Sajat mengaku sebagai lelaki.

Mengaku sebagai Lelaki ketika mendaftar

Ketika proses pendaftaran beliau mengerjakan umrah, Sajat mengemukakan dokumennya sebagai seorang lelaki dan tidak pernah memberitahu dirinya itu adalah seorang khunsa.

 

Sumber : Google

Sebaliknya, ketika tiba di tanah suci Makkah, Sajat bagaimanapun telah memaklumkan kepada mutawwif yang dirinya itu adalah seorang khunsa.

Sajat diminta membuat permohonan maaf

Manakala surat mahkamah yang dikatakan ada padanya itu tidak pernah dimaklumkan kepada pihak Albayt Travel.

“Pihak Konsulat Malaysia Jeddah sudah menghubunginya sebelum dia mendakwa memiliki surat dari mahkamah menyatakan dirinya seorang khunsa

“Kami sudah meminta Sajat membuat permohonan maaf semalam dan memadamkan semua gambar serta video di laman sosialnya. Dan dinasihatkan supaya beliau terus menjadi lelaki sepanjang berada di Tanah Suci” Katanya.

Sajat tidak ditahan 

Jurucakap berkenaan juga menjelaskan Nur Sajat masih berada di Tanah Suci kerana sebelum ini beliau sudah menziarah Madinah dan hari ini mutawiff membawanya bersama rombongan ziarah di Makkah. 

” Kami ada menyemak tiket penerbangan kemungkinan belaiu ada membeli tiket penerbangan pulang namun sebaliknya. Dan, kami juga sudah bertemu wakil Wisma Putra dan setakat ini pihak kami sama sekali menafikan bahawa Sajat ditahan pihak berkuasa di sana” Jelasnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 9 Apr 2025
Trending Mon, 4 Jan 2021

LCK 2: Khareez & Nadeera Muncul Juara, Jom Recap Episod Akhir!

Buat korang yang terlepas episod semalam, jom recap sekarang!

Hiburan Tue, 1 Aug 2023

[VIDEO] Jejak Kasih! Ini Reaksi Siti Nurhaliza Bila Jumpa Anak Angkat, Oddah Anak Sharifah Shahirah

Sempoi lah Oddah ni! Gelisah dia nak jumpa Mummy Siti Nurhaliza 🤭

error: Content is protected !!