Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin June 12, 2025 @ 7:24pm

BCL Bakal Hangatkan KL Dengan ‘Eternal Love Timeless Romance’ Pada 27 September Ini!

Penyanyi tersohor Indonesia, Bunga Citra Lestari (BCL) bakal kembali mengharumkan pentas Malaysia menerusi konsert istimewa BCL: Eternal Love Timeless Romance, yang dijadualkan berlangsung pada 27 September 2025 di Plenary Hall, Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC).

Dibawakan oleh penganjur baharu namun berpengalaman, Pulse Project Asia, konsert ini menjanjikan pengalaman penuh emosi dengan deretan lagu cinta malar segar seperti Cinta Sejati, 12 Tahun Terindah, Karena Ku Cinta Kau dan single terbaharu Memulai Kembali.

BCL menyifatkan konsert ini sebagai peluang untuk kembali berkongsi kasih sayang secara intim bersama peminat Malaysia yang sentiasa menyokong kerjayanya sejak awal.

“Malaysia sudah seperti rumah kedua saya. Kali ini, saya ingin beri pengalaman yang benar-benar dekat dan penuh cinta,” ujar BCL.

Menurut Muhammad Anuar Zaini selaku wakil penganjur dari Pulse Project Asia, konsert ini membawa konsep penceritaan muzik cinta yang lebih mendalam dan eksklusif.

“BCL bukan sekadar penghibur, beliau adalah suara cinta Nusantara. Kali ini, peminat bakal menyaksikan sisi paling peribadi BCL dalam sebuah persembahan yang penuh rasa,” katanya.

Tiket mula dijual pada 6 Jun 2025, jam 3 petang, secara eksklusif di Ticket2U dengan promosi early bird terhad dan diskaun 10 peratus sempena hari pelancaran.

Harga tiket bermula RM288, manakala pakej istimewa Cinta Abadi menjanjikan sesi Meet & Greet, barangan eksklusif bertandatangan dan akses Soundcheck Eksklusif untuk 300 pembeli pertama!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 21 Jun 2018

Restaurant Goes Bankrupt After Running All-You-Can-Eat Promo

The customers really tried to eat all they could.

Events Sat, 23 Apr 2022
Hiburan Mon, 24 Jun 2019

Soundman Rebah Di Lapangan Terbang, Rossa Kongsi Situasi Panik

Semoga dipermudahkan segala urusan Datuk Rossa & team…

Hiburan Fri, 21 Jun 2019

‘Nak Gugur Jantung Pagi Tadi’- Ezzaty Abdullah Kongsi Pengalaman Cemas

Nasib baik tiada sebarang kehilangan, kena lebih berhati hati lepas ini.

Hiburan Sat, 14 Jul 2018

Cincin Tunang Punya Pasal, Bieber Sanggup ‘Turun Padang’

Bieber sangat menyukai pemilihan berlian dari syarikat kami dan dia sangat berpuas hati apabila melihat hasilnya. Untung Hailey Baldwin dapat tunang yang super romantik!

Events Mon, 6 Jan 2020

「微笑大使」互晒甜蜜!活动现场爱意满天飞

适逢八度空间台庆月,八度空间艺人兼新春活动「微笑大使」活动现场互晒甜蜜,爱意满天飞场面既温馨又热闹!

Hiburan Wed, 12 Feb 2025

Tamat Zaman Bujang, Fikry Ibrahim Selamat Berkahwin Hari Ini?

Fikry Ibrahim dikhabarkan telah melangsungkan perkahwinan hari ini.

Events Sun, 23 Sep 2018

#ABPBH31: Senarai Top 5 Hanya Diumum Pada Malam Anugerah

Kami merasakan mekanisma undian terbaru ini lebih baik kerana ia memberi ruang pada peminat untuk terus mengundi, lebih-lebih lagi kepada mereka yang suka mengundi pada saat akhir.

error: Content is protected !!