Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi December 27, 2025 @ 12:05pm

Risteena Tepis Dakwaan Rumah Tangga Dengan Isa Khan Bergolak – “Kapsyen Suami Saya Itu Hanya Lirik Lagu & Quotes”

Pelakon Risteena menepis dakwaan kononnya rumah tangga yang dibina bersama suami, Isa Khan, kini sedang bergolak.

Menerusi hantaran di Instagram Story (IGs), Risteena atau nama penuhnya Nur Risteena Munim Zainul Ilyas, 36, menjelaskan kapsyen yang dimuat naik suaminya dalam video tular sebelum ini hanyalah petikan lirik lagu dan kata-kata motivasi, sekali gus tidak mempunyai sebarang kaitan dengan konflik rumah tangga mereka.

“Saya sudah bertanya kepada suami, ayat tersebut hanyalah lirik lagu dan ‘quotes’ yang diambil dari TikTok. Saya rasa tidak penting untuk menjelaskan perkara ini kepada sesiapa. Kami sibuk menguruskan perniagaan, jadi tidak perlu dipersoalkan. Elakkan fitnah dan bercakaplah perkara yang baik-baik,” katanya.

Dalam pada itu, kakak kepada selebriti sensasi Ruhainies itu turut menegaskan dia dan suami tidak akan sesekali berkongsi sebarang kemelut rumah tangga di media sosial.

“Saya dan suami adalah individu yang matang. Kami tidak pernah berkongsi masalah rumah tangga di media sosial dan tidak akan berbuat demikian sampai bila-bila. Jadi, apa sahaja muat naik di media sosial langsung tidak berkait dengan isu rumah tangga,” jelasnya.

Risteena turut mengingatkan orang ramai agar tidak sewenang-wenangnya membuat spekulasi melibatkan perceraian.

“Cerai bukan perkara yang boleh dibuat main. Jangan sesuka hati menulis atau menyebut perkara itu jika tiada sebarang perceraian atau pergolakan berlaku,” katanya.

Sebelum ini, media sosial kecoh dengan dakwaan rumah tangga pasangan berkenaan sedang berdepan masalah susulan kapsyen dimuat naik Isa Khan yang didakwa memberi bayangan seolah-olah mereka sudah berpisah.

Untuk rekod, Risteena dan Isa mendirikan rumah tangga pada Mac 2021 dan sebelum ini sering berkongsi momen kebahagiaan bersama di media sosial.

Artikel Berkaitan: “Cerita Kita Hanya Sampai Di Sini”-  Isa Khan Beri ‘Hint’ Rumah Tangga Bersama Risteena Sudah Berakhir?

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 13 Jun 2018

Kedutaan Malaysia Di Korea Utara Dibuka Semula

Kita patut jaga air muka Korea Utara dan pastikan mereka mengambil bahagian dalam rundingan antarabangsa untuk mengamalkan pendirian besederhana, seperti dasar diamalkan sebelum ini.

Hiburan Thu, 9 Jan 2025
Hiburan Mon, 1 Sep 2025

XTRA XSTAR 2025: Nyanyi, Upload, & Menang! Pencarian Bakat Baharu Kini Dibuka, Hantar Video Penyertaan Anda Sebelum 15 September!

Kempen XTRA XSTAR 2025 kini dibuka! Hantar video penyertaan anda sebelum 15 September!

Trending Sun, 1 Aug 2021

Kes Tuntutan Siti Nordiana: “RM200,000 Bukan Saman Sebab Kami Tak Mohon Maaf” – Syura

Penyanyi Syura tampil memberi penjelasan tentang kekeliruan warganet mengenai pembayaran RM200,000 yang dituntut oleh penyanyi Siti Nordiana atau lebih dikenali sebagai Nana Kata Syura, wang RM200,000 setiap seorang yang diminta oleh Nana kepadanya dan empat […]

Anugerah Sun, 23 Jul 2023
Hiburan Mon, 4 Jul 2022

“Tak Sabar Sangat Nak Cari Laki Ni” – Netizen Cop Shila Amzah Gatal Dan Tak Matang

Shila Amzah dicop gatal dan tak matang apabila bercerita tentang hubungan percintaan.

error: Content is protected !!