Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi September 1, 2025 @ 9:00am

XTRA XSTAR 2025: Nyanyi, Upload, & Menang! Pencarian Bakat Baharu Kini Dibuka, Hantar Video Penyertaan Anda Sebelum 15 September!

Pencarian bakat nyanyian digital paling hangat kini kembali! XTRA XSTAR 2025 membuka tirai musim kedua dengan misi mencari wajah-wajah baharu yang bakal menggegarkan dunia muzik tanah air.

Kempen ini membuka ruang buat anak-anak seni tanah air yang ingin menyerlahkan bakat nyanyian mereka melalui platform media sosial, tanpa batasan lokasi atau peluang.

Dengan hanya satu video nyanyian, anda mungkin antara yang bakal diketengahkan sebagai bintang baharu industri muzik!

Cara Sertai XTRA XSTAR 2025

Mudah saja! Ikuti langkah berikut untuk merebut peluang menjadi juara:

  1. Rakam & Muat Naik Video Nyanyian
    Kongsi video nyanyian anda di TikTok dengan hashtag #XTRAXSTAR2025 dan tag akaun rasmi @xtra_my. Pastikan akaun anda public dan video dihantar sebelum 15 September 2025.

  2. Serlahkan Emosi & Vokal
    Pemilihan lagu serta penghayatan amat penting! Anda boleh menyunting video, tetapi jangan gunakan ‘voice effects’ seperti echo. Penyertaan akan terbatal jika tidak mengikut syarat.

  3. Pastikan Bebas Kontrak
    Penyertaan hanya dibuka untuk mereka yang tidak terikat dengan syarikat rakaman atau pengurusan lain, bagi mengelakkan isu jika anda dinobatkan juara.

  4. Dinilai Oleh Juri Profesional
    Video anda akan diadili oleh panel juri yang terdiri daripada artis berbakat di bawah Alternate Records seperti Marsha Milan, Puteri Khareeza dan Bob Yusof.

  5. Top 20 & Undian Peminat
    Hanya 20 peserta terbaik akan dipilih ke peringkat seterusnya dan undian peminat akan menentukan siapa yang mara ke Top 5.

  6. Showcase Akhir
    Lima finalis akan berentap secara langsung di Studio Balai Berita Bangsar, Media Prima Berhad untuk merebut gelaran juara. Showcase akhir ini turut disiarkan secara langsung di TikTok XTRA!

Selain membawa pulang gelaran juara, pemenang akan menerima kontrak rakaman dan pengurusan eksklusif bersama Alternate Records & Talents.

Bukan itu sahaja, juara juga bakal mendapat liputan meluas di pelbagai platform media XTRA dan Media Prima, termasuk sesi wawancara eksklusif serta peluang muncul di rancangan-rancangan hiburan popular.

Untuk maklumat lanjut, layari www.xtra.com.my/xtraxstar atau ikuti XTRA di TikTok, Instagram, Facebook & X menerusi akaun @xtra_my.

Jangan tunggu lagi! Inilah peluang anda untuk bersinar di pentas muzik Malaysia!

Artikel Berkaitan: XTRA XSTAR 2025: Anda Miliki Vokal Yang Mantap? Mahu Jadi Artis Rakaman? Jangan Lupa Hantar Penyertaan Anda Bermula Isnin Ini!

Artikel Berkaitan: Dari Pentas XTRA XSTAR Ke Studio Rakaman… Zahra Lancar Single Debut Janjiku Padamu, Harap Jadi Lagu Galau Ramai!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 6 May 2025
Hiburan Mon, 1 Apr 2019

‘Kamu Membuktikan Janji Kepada Arwah Papa Aku’- Nia Ramadhani Rai Ulang Tahun Perkahwinan Ke Sembilan

Siapa masih ingat lakonan Nia dalam Bawang Putih Bawang Merah? Geram je tengok kan!

Hiburan Fri, 29 Mar 2024

Lesap RM60,000 Beli Tanah, Individu Dakwa Ditipu Datuk Red… Ibu Mangsa Terpaksa Keluar Duit KWSP Bayar Tunai

Individu dakwa Adira melenting bila bawa bincang? Semoga baik baik je la

Hiburan Fri, 21 Sep 2018

#ABPBH31: Sokongan Peminat Buat Syafie Bersemangat

Alhamdulillah, jika rezeki tertulis untuk saya berada dalam Top 5. Memiliki peminat yang menyokong kerjaya seni tanpa henti sudah membuatkan saya bersyukur.

Trending Tue, 15 Mar 2022

Amaris Mahu Bantu 100 Artis Veteran, Penuhkan 1,000 Peti Ais Sempena Ramadan

Pelakon Putra Amaris menyasarkan untuk memberi bantuan kepada 2,000 orang golongan asnaf dan memerlukan, termasuklah 100 artis veteran pada bulan Ramadan ini. Bekerjasama dengan Pertubuhan Dapur Pasak Kuala Lumpur (Dapur Pasar), program Infaq Ramadan #SamaSamaKenyang […]

Hiburan Wed, 13 Nov 2019

Konsert The Legend 40 Tahun Rosli Mohalim Bakal Mengubat Rindu Peminat Sweet Charity

Peminat muzik rock tanahair jangan lupa saksikan konsert tribute Rosli Mohalim ni ok?

Featured Thu, 13 Oct 2022
Hiburan Thu, 7 Mar 2024

Inteam Pilih Khai Bahar Untuk Kolaborasi Lagu ‘Rabiatul Adawiyah 2024’

Tak sabar nak dengar ‘Rabiatul Adawiyah’ versi baharu 😍

Trending Thu, 7 Nov 2019

A 17-Year-Old Passed Away After Pulling an All-Nighter of Gaming Session

“I want my son’s death to be an example…” the father said.

error: Content is protected !!