Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin August 29, 2025 @ 2:18pm

XTRA XSTAR 2025: Anda Miliki Vokal Yang Mantap? Mahu Jadi Artis Rakaman? Jangan Lupa Hantar Penyertaan Anda Bermula Isnin Ini!

XTRA kini sudah bersiap sedia untuk kembali dengan XTRA XSTAR Musim Kedua!

Menariknya, sama seperti musim lalu, peserta hanya perlu menghantar penyertaan melalui platform media sosial tanpa perlu hadir ke mana-mana uji bakat fizikal.

Jadi jangan ketinggalan, penyertaan XTRA XSTAR Musim Kedua bakal dibuka bermula 1 September 2025 dan sesiapa sahaja yang mempunyai bakat dalam bidang nyanyian dipelawa untuk mencuba nasib.

Penyertaannya mudah sahaja,  ini cara untuk menyertai pencarian bakat baharu XTRA XSTAR 2025:

1. Serlahkan bakat dan vokal anda dengan berkongsi video nyanyian anda di platform TikTok, letakkan #XTRAXSTAR2025 dan tag akaun TikTok @xtra_my. Muat naik sebelum 15 September 2025 dan pastikan akaun berada dalam tetapan umum!

2. Pemilihan lagu dan cara penyampaian emosi ketika menyanyi juga penting! Anda boleh menyunting video, tetapi tidak boleh menggunakan ‘voice effects’ seperti echo dan sebagainya. Penyertaan anda boleh dibatalkan serta merta!

3. Sebelum anda menghantar penyertaan, sila pastikan anda tidak terikat dengan mana-mana syarikat rakaman dan pengurusan. Ini bagi memastikan tiada isu berbangkit antara mana-mana pihak sekiranya anda bergelar juara dan berjaya bernaung di bawah Alternate Records & Talent.

4. Video penyertaan anda akan dinilai oleh juri-juri profesional dalam industri hiburan termasuklah artis dibawah syarikat rakaman Alternate seperti Marsha Milan, Puteri Khareeza dan Bob Yusof.

5. Selepas penilaian dilakukan, seramai 20 peserta bertuah akan layak ke peringkat seterusnya di mana mereka akan diundi oleh orang ramai untuk merebut peluang ke Top 5 pusingan akhir XTRA XSTAR .

6. Lima peserta dengan undian tertinggi akan berentap di Studio Balai Berita Bangsar, Media Prima Berhad untuk merebut gelaran juara. Showcase akhir akan ditayangkan secara langsung menerusi platform TikTok XTRA.

Pastikan anda ikuti perkembangan terkini di portal xtra.com.my serta semua platform media sosial rasmi supaya tidak terlepas sebarang maklumat penting.

Pemenang XTRA XSTAR bukan sahaja akan menerima gelaran juara, tetapi juga berpeluang untuk menerima hadiah berupa kontrak rakaman dan pengurusan bersama Alternate Records & Talents. Pemenang juga akan mendapat peluang untuk muncul dalam pelbagai platform media yang dikendalikan oleh XTRA dan platform Media Prima, termasuk wawancara eksklusif dan liputan media meluas.

Untuk maklumat lanjut mengenai XTRA XSTAR, sila layari portal laman web di www.xtra.com.my/xtraxstar2025 atau ikuti platform media sosial XTRA di TikTok, Instagram, Facebook dan X menerusi carian XTRA_MY.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Figura Fri, 14 Jun 2024
Events Fri, 8 Jun 2018

Donald Trump Anjur Majlis Buka Puasa

Kami rasa ini kemuncak tindakan hipokrit Donald Trump. Mengenakan sekatan terhadap orang Islam dalam masa sama meraikan diplomat kanan di Rumah Putih untuk berbuka puasa.

Featured Mon, 1 Jul 2019

Ulam bawa kebaikan seribu khasiat

Dah tahu kebaikannya, jadi masukkan ia ke dalam senarai menu utama!

Trending Tue, 3 Oct 2023

Netizen Salah Tempat Mengadu, Admin TV9 Respons Rintihan Mereka

Tak salah nak mengadu tapi jangan salah tempat hehehe

Hiburan Mon, 11 Nov 2019
Hiburan Wed, 6 Feb 2019
Selebriti Tue, 24 Oct 2023
Trending Mon, 11 Jan 2021

“Masing-Masing Ada Cara Sendiri” – Aina Abdul Komen Isu Dibandingkan Dengan Ernie Zakri

Siapa kat sini tak sabar nak tunggu performance Ernie dan Aina di AJL 35 nanti?

error: Content is protected !!