Euforia Bola 2026
Featured By: Shaidah Shafie July 1, 2019 @ 2:10pm

Ulam bawa kebaikan seribu khasiat

Ulam sentiasa sinonim dengan label ‘awet muda’ menyebabkan ramai gemar mengambil ulam seperti timun, daun selom, ulam raja, pegaga, pucuk gajus, kunyit, malah petai dan kerdas sebagai sebahagian daripada menu harian mereka.

Ulam-ulaman boleh dijadikan pembuka selera kala menjamah hidangan. FOTO: NSTP

Sehubungan itu, fahaman mengenai pengambilan ulam sebagai bahan untuk awet muda memang tidak pernah disangkal tapi tahukah anda manfaat ulam lebih daripada itu sebenarnya.

Sayur-sayuran hijau

Pakar Pemakanan, Dr Tee E Siong dalam buku Resipi Sihat Pilihan Bijak menyatakan sayur-sayuran berdaun hijau mengandungi Keroten (provitamin A) dan ia berfungsi membantu mengurangkan masalah rabun malam, kerosakan kornea mata dan meningkatkan sistem imun dalam badan bagi mengelakkan badan mudah dijangkiti penyakit.

Pakar Pemakanan, Dr Tee E Siong. FOTO: Rosela Ismail.

Jelasnya lagi, pengambilan sayur-sayuran hijau juga boleh mengurangkan risiko menghidap barah dan mengelakkan peningkatan morbiditi dan mortaliti yang berpunca daripada penyakit pernafasan dan gastrousus.

Selain itu, mengambil sayur-sayuran dan minum air kosong yang mencukupi sebagai menu utama setiap hari dapat mengelakkan daripada penyakit buasir (najis berdarah).

Kenyataannya, sayur-sayur berdaun hijau termasuk ulam membawa banyak kebaikan kepada tubuh badan.

Manfaat Ulam

Ulam ternyata mempunyai banyak kelebihan dan mudah dikendalikan kerana ia lazim dimakan mentah dan segar, tidak perlu dimasak, boleh dijadikan kerabu dan sudah semestinya pembuka selera kala menjamah hidangan berat seperti nasi.

Pucuk gajus, cekor manis, daun  kesum, pegaga dan mengkudu umpamanya mengandungi vitamin C yang diperlukan oleh badan (wajah terutama) untuk mengekalkan keremajaan kulit.

FOTO: Muhammad Shalaby Shahbuddin.

Jika mahu memberi nilai tambah terhadap penampilan ulam dalam hidangan anda, sediakan sambal belacan, tempoyak, cencaluk atau budu kerana kesemua pencecah ini akan menjadikan pengambilan ulam anda lebih menyelerakan.

Satu lagi kebaikan ulam jika dimakan mentah atau segar, badan boleh menyaring kesemua kandungan nutrien yang terdapat di dalam ulam selain anda juga menikmati hidangan segar, tetapi pastikan ia dibasuh bersih sebelum dihidangkan.

Mengkudu

FOTO: Muhammad Sulaiman.

Mengkudu mendatangkan banyak kebaikan jika ia diambil secara konsisten. Ia bagus untuk merawat serta membunuh sel-sel barah, mengatasi darah tinggi, kencing manis, luka dan batuk.

Daun kesum

Daun kesum mengandungi beta karoten dan dikatakan bagus untuk menghilangkan masalah rambut seperti kelemumur selain membantu mengatasi masalah penghadaman.

Cekur manis

Foto: Malaysiabest.net

Cekur manis dikatakan berupaya menyejukkan badan, mengatasi masalah pening kepala dan bahan provitamin A dan karetinoid yang terdapat pada cekur manis boleh menghindari penyakit jantung serta berfungsi mengawal masalah tekanan darah rendah.

Pegaga

Foto: Zuhainy Zulkifli

Pegaga boleh digunakan untuk menghilangkan parut atau pun selulit, mengatasi kerosakan   kulit serta melancarkan  penaliran darah sekali gus menjadikan wajah lebih berseri. Selain itu pegaga juga mengandungi bahan  bersifat antibakteria, antikuman dan antiradang yang mampu menpercepatkan luka pulih. Bahan aktif pada pegaga juga menggalakkan pembentukan kolagen.

Pucuk gajus

Pucuk gajus didakwa menjadikan kulit halus dan kelihatan muda berseri di samping memberi kesegaran kepada tubuh badan, merendahkan tekanan darah tinggi serta mengawal penyakit kencing manis.

Foto: Malaycari.net

Kunyit 

Kunyit juga tidak kurang khasiatnya dan termasuk dalam kategori ulam kerana ia dimakan bersama nasi bertujuan untuk memperbaiki sistem dalaman badan, nyah toksik dan mengecutkan rahim bagi ibu lepas bersalin.

 

FOTO: NSTP.

Kenyataannya, ulam-ulaman yang sering dianggap makanan sampingan dan bahan bantu pembuka selera itu sebenarnya adalah antara penyumbang terbesar terhadap kesejahteraan badan manusia.

Sudahlah ia mudah diperoleh, murah pula dan jika difikir semula, tidak padan nilainya yang dijual dengan harga berpatutan berbanding nilai khasiat yang dimilikinya serta faedah untuk badan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Acara Wed, 11 Sep 2019

Borderless istimewa sempena ABPBH 32

BORDERLESS semarakkan ABPBH 32!

Featured Fri, 14 Feb 2025

[VIDEO] “Dua Hari Yang Sangat Sunyi, Moga Hadir Dalam Mimpi Daddy” – Zaquan Adha

“Daddy cuba kuat untuk hadapi semua ini. Beri aku kekuatan Ya Allah,”-Zaquan Adha

Featured Thu, 18 Nov 2021

Gara-Gara Lama Sangat PdPR… Gelagat Tegas Tapi Comel Cikgu Potong Rambut Panjang Warna Merah Murid Raih 3.2 Juta Tontonan

Pembelajaran secara dalam talian dalam tempoh lama memberi kesan terhadap prestasi pelajar. Malah, apabila pelajar sudah terbiasa dengan keadaan belajar dari rumah, meraka akan mula tidak mematuhi peraturan sekolah. @lockymy apa pendapat anda:) #fyp #fypシ […]

Gaya Hidup Thu, 22 Mar 2018

Resepi Air Jagung Kaw, Minum Segelas Gerenti Ketagih

Tambahan pula kalau dapat yang pekat melekat kaw, fuhh..memang ketagih la.

Featured Fri, 5 Nov 2021

Demi Mengajak Jennie BLACKPINK Dinner Bersama, Personaliti Media Sosial Filipina Sewa Papan Iklan Berharga RM123,000

Peminat BLACKPINK kecoh apabila mengetahui Christian Albert Gaza atau lebih dikenali sebagai Xian Gaza di media sosial telah mengajak Jennie BLACKPINK keluar bersama melalui papan iklan yang terletak berhampiran bangunan YG Entertainment. Bangunan YG Entertainment […]

Featured Sat, 13 Aug 2022

[VIDEO] “Kak Iti Doakan…” – Hantaran Fara Fauzana Buat Anuar Zain Sweet Sungguh! Rakan Selebriti Doakan Berjodoh

Alolo sweetnya Fafau dengan Anuar Zain 🥰🥰 Siti Nurhaliza pun doa agar mereka berjodoh ☺️ Heheee ☺️

error: Content is protected !!