Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin March 1, 2023 @ 6:55pm

“Ini Fitnah Terburuk Pernah Saya & Aeril Zafrel Kena” – Wawa Zainal

Pelakon jelita, Wawa Zainal kesal apabila namanya dan suami, pelakon Aeril Zafrel terpalit dengan dakwaan kegagalan membayar gaji pekerja.

Wawa atau nama sebenarnya, Nur Hawa Zainal Abidin, 32, menyifatkan tuduhan tersebut sebagai fitnah terburuk yang pernah dihadapi mereka sebagai pasangan suami isteri.

“Saya sendiri kurang pasti kenapa nama kami berdua kena petik. Sepanjang menjalankan bisnes Wawa Cosmetics, kami tidak culas menjalankan tugas sebagai majikan. Rasanya ini fitnah terburuk yang pernah kami terima.

“Pihak blogger yang membuat dakwaan itu tergamak guna foto saya dan Aeril. Kalau kaburkan gambar ke, letak tanda soal di ruangan tajuk ke, mungkin itu akan menjadi perkara lain. Tapi, memang jelas mereka menggunakan foto kami berdua dan ‘headline’ yang mereka gunakan seolah-oleh perkara tersebut benar,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Dituduh Tolak Gaji Staff Sebanyak 35 Peratus, Aeril Zafrel Berang Nama Kena Petik – “Kau Dapat Info Dari Mana? Gila Punya Statement”

ARTIKEL BERKAITAN: “Kapsyen & Gambar Mengundang Fitnah!” – Berang Nama Kena Petik & Dituduh Tolak Gaji Staff, Aeril Zafrel Bakal Ambil Tindakan Undang-Undang

Terdahulu, kecoh di laman sosial Twitter mengenai pendedahan seorang pekerja pasangan popular yang mendakwa gaji pekerja dipotong kerana gagal mencapai sasaran jualan.

Biarpun ciapan terbabit tidak ditujukan secara jelas kepada mana-mana pasangan, sebuah blog didakwa memetic nama Wawa dan Aeril sebagai majikan yang dimaksudkan.

Mengutamakan kebajikan 35 orang pekerjanya, tak timbul sebarang isu terhadap gaji, malah pasangan sejoli ini juga memberikan bonus.

“Masalah gaji tak pernah timbul. Tatkala pandemik melanda dulu, kami masih mampu memberikan bonus. Saya beri contoh tahun lalu, kami berikan bonus Hari Raya.

“Kami juga membawa mereka bercuti di luar negara untuk menghargai mereka yang menjadi tulang belakang Wawa Cosmetics. Jadi, kami bertegas untuk meneruskan tindakan perundangan terhadap tuduhan yang melampau itu.

“Kami selama ini tiada masalah dengan media, tetapi blog terbabit sudah keterlaluan. Kena ambil tindakan sebagai pengajaran agar ia tidak berulang di masa akan datang. Tuduhan seperti itu boleh memberikan impak negatif terhadap perniagaan serta memburukkan nama kami sebagai figura awam,” katanya lagi.

Wawa ditemui di majlis Malam Penghargaan Ejen dan Stokis Wawa Cosmetics di Hotel Tenera, Bandar Baru Bangi, baru-baru ini.

Dengan bertemakan Bollywood, majlis itu menghargai usaha keras ejen dan stokis perniagaan kosmetik Wawa dan Aeril.

“Syukur kerana semuanya berjalan lancar. Kami memang mengadakan malam Bollywood ini untuk menghargai stokis dan ejen kami yang berusaha keras. Malangnya Aeril tidak dapat turut serta kerana keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan.

“Sempena hari ulang tahun perkahwinan yang ke-12 kami juga, Wawa Cosmetics turut melancarkan produk baharu True Love Lip Care mengandungi produk Lip Treatment dan Lip Matte. Alhamdulillah, semua 30,000 unit produk itu sudah habis dijual,” katanya lagi.

Hadir membuat persembahan iaitu pelakon dan penyanyi, Kilafairy dan penyanyi Bollywood tempatan yang popular di TikTok, Puteri Bolly.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 16 Aug 2022
Hiburan Tue, 2 Jan 2018

“JAGA TEPI KAIN KAU SENDIRI LA MAK CIK BAWANG ! CILAKA! HANAT!”- FARA MENDOZA MEROYAN LAGI!

Kali ini Fara Mendoza sekali lagi tampil memulakan tahun 2018 dengan isu panasnya memakai baju melihatkan payudaranya

Hiburan Fri, 11 Jul 2025

[VIDEO] Gigih Jalani Rehearsal Menjelang Konsert Elite, Ramai Puji Suara Abby Abadi ‘Maintain’ Sedap

Kata Abby, dia dan Elite sempat bersama untuk dua album sahaja manakala dua lagi album lain sangat asing baginya.

Featured Wed, 24 Sep 2025
Hiburan Sat, 12 Oct 2019

‘Teringin…Tapi Siapalah Saya Kan’- Siti Nurhaliza

Dalam perkembangan lain, Siti bakal terbang ke Adelaide, Australia untuk menjayakan konsert di Festival Theatre Adelaide pada 18 Oktober ini.

Hiburan Sat, 17 Nov 2018

#SFMM33: Buat Kejutan, Penonton ‘Ternganga’ Tengok Syamel Menari

Kemunculan penyanyi berusia 25 tahun itu mendapat tepukan gemuruh semalam apabila dilihat mempamerkan persembahan luar biasa.

error: Content is protected !!