Euforia Bola 2026
Events By: SGMS Faida June 8, 2018 @ 2:22am

Donald Trump Anjur Majlis Buka Puasa

Wow! Sejak bergelar presiden Amerika Syarikat, ini merupakan kali pertama Presiden Donald Trump menganjurkan majlis iftar bagi mengisi tradisi berbuka puasa bersama jemputan kenamaan Islam, tradisi yang sudah lama diamalkan Rumah Putih.

Trump yang sering mencetuskan retorik anti-muslim, bagaimanapun enggan meneruskan tradisi sama pada tahun pertamanya sebagai presiden.

Lebih 50 tetamu diundang ke majlis berkenaan termasuk Duta Arab Saudi, Putera Khalid Ben Salman dan Duta Jordan, Dina Kawar.

Duta dari Emiriah Arab Bersatu (UAE), Mesir, Tunisia, Iraq, Qatar, Bahrain, Maghribi, Algeria dan Libya turut diundang.

Sementara itu di luar Rumah Putih, sekumpulan penunjuk perasaan melaungkan slogan, memprotes usaha Trump mengharamkan pendatang dari beberapa negara majoriti Islam.

“Kami rasa ini kemuncak tindakan hipokrit Donald Trump. Mengenakan sekatan terhadap orang Islam dalam masa sama meraikan diplomat kanan di Rumah Putih untuk berbuka puasa,” kata Bilal Askaryar. 

Sumber: AFP

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

LIFESTYLE Wed, 15 May 2019

Ini Antara Benda Underrated Yang Korang Patut Try Apabila Melawat Perth!

Wah! banyak rupanya tempat dan aktiviti underrated korang boleh buat dekat Perth. Jom tengok!

Hiburan Mon, 4 May 2026

“Duit Boleh Dicari Tapi Memori Dengan Anak-Anak Sekali Pergi Takkan Kembali” – Rita Rudaini Titip Nasihat Kepada Ibu Bapa

Rita berkata kenangan bersama anak-anak jauh lebih bernilai berbanding harta yang dikejar.

Hiburan Thu, 27 Feb 2020
Featured Wed, 9 Nov 2022

Pemergian Bapa Jadi Titik Terendah Kehidupan Cakra Khan

Penyanyi Indonesia, Cakra Khan mendedahkan pemergian bapa tersayang merupakan titik terendah dalam hidupnya. Banyak kejadian yang tak diduga berlaku kepada pelantun lagu Kekasih Bayangan itu, terutamanya ketika awal pandemik. “Sebetulnya waktu Covid-19, banyak hal yang […]

Hiburan Wed, 29 Nov 2023
Featured Sun, 14 Sep 2025

AIM 24: “Anugerah Sri Wirama Pengiktirafan Terbesar Saya Dalam Kerjaya Seni” – Siti Nurhaliza

Tahniah buat Biduanita Negara kita kerana mendapat pengiktirafan tertinggi di malam AIM 24.

Hiburan Mon, 7 May 2018

Mana Ada Halang, Dia Yang Tak Nak

Kata Aepul, dia melihat isterinya seolah-olah hilang keyakinan untuk menyanyi di depan penonton yang ramai…Mungkin sudah terlalu lama dalam tempoh berehat.

error: Content is protected !!