Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin September 14, 2025 @ 5:31am

AIM 24: “Anugerah Sri Wirama Pengiktirafan Terbesar Saya Dalam Kerjaya Seni” – Siti Nurhaliza

Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza terharu dan bersyukur apabila dipilih sebagai penerima Anugerah Sri Wirama pada Anugerah Industri Muzik Malaysia ke-24  (AIM 24).

Kata Siti, ini adalah anugerah dan pengiktirafan terbesar selama dirinya berkecimpung hampir tiga dekad dalam industri seni tanah air.

“Alhamdulillah, Anugerah Sri Wirama ini sebagai pengiktirafan terbesar dalam kerjaya seni saya dan saya  berasa terharu mereka masih menghargai saya. Diisebabkan itu saya masih berkarya sehingga hari ini,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SN Legacy Sdn Bhd (@snlegacysb)

Dalam pada itu, Siti atau nama lengkapnya, Siti Nurhaliza Tarudin, 46, berkata, dia mengucapkan berbanyak terima kasih kepada syarikat, media dan peminat yang dianggapnya sebagai  ‘tulang belakang’ yang sentiasa ada menyokong perjalanan seninya.

“Dalam ucapan saya tadi, saya dedikasikan kepada mereka yang menjaga saya nak menaikkan nama saya. Mengatur perjalanan karier saya. Tadi saya lupa nak sebut Siti Nirhaliza Production dan Siti Nurhaliza Legacy adalah syarikat saya yang selalu mengaturkan banyak tentang kerjaya saya sehinggalah saat ini.

“Dan insan lain yang saya hargai adalah teman media cetak dan elektronik yang mempromosikan saya. Penulis dan pencipta lagu yang saya sayangi.

“Alhamdulillah rezeki ini pada usia 46 tahun, satu kenangan manis untuk saya terlibat dalam AIM 24,” jelasnya pada sidang media AIM 24 yang diadakan di Arena Of Stars, Genting Highlands.

Ketika disoal mengenai pengiktirafan yang diberikan terhadap artis baharu, Siti menganggap apa yang dimiliki dan diberikan pada malam anugerah adalah selayaknya buat mereka.

Bahkan, pelantun lagu Anta Permana itu tumpang gembira dan berbangga dengan kejayaan yang dirai bakat-bakat baharu pada hari ini.

“Untuk pemenang yang berwajah baru, saya rasa mereka layak. Macam saya kata dari awal, saya bukan tak yakin dengan karya saya… saya yakin dan telah berikan yang terbaik untuk saya hasilkan.

“Tetapi saya rasa mereka ada peluang yang tinggi dan saya lihat masa depan mereka pun lebih jauh. Saya tumpang gembira dan berbangga dengan pemenang-pemenang hari ini,” ujarnya.

 

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 22 Jun 2020

Semua Klinik Dan Pusat Perubatan Islam Boleh Dibuka Sehingga…

Berita lanjut boleh klik artikel di atas.

Featured Mon, 21 May 2018
Featured Thu, 30 Oct 2025

“Kritik Dengan Ilmu Bukan Dengan Akhlak Badut” – PU Riz

PU Riz menegur segelintir pihak yang gemar mengkritik tanpa asas ilmu dan akhlak, sebaliknya menjadikan celaan serta sindiran sebagai alat untuk menjatuhkan orang lain.

Events Sun, 9 Feb 2020
Hiburan Mon, 27 Oct 2025

First Lady Buka Topeng Dunia Politik Antara Cinta, Kuasa & Pengkhianatan

First Lady ialah kisah tentang cinta yang diuji oleh kuasa dan pengkhianatan

Hiburan Sat, 29 Mar 2025

Doa Termakbul, Watie Hanifiah Hadiahkan Kereta Mewah Untuk Ibu 

Watie Hanifiah syukur impian dan doanya di tanah suci kota makkah tahun lalu akhirnya termakbul

Hiburan Mon, 19 Mar 2018

“Takut Beri Kesan Kepada Bayi” – Elyana Gugur Kandungan

Elyana mengakui amat sedih kerana terpaksa menggugurkan kandungannya itu kira-kira dua minggu yang lalu

Hiburan Thu, 7 Mar 2019

Buat Seks Pun Bising! Mas Khan Bengang Dengan Jiran…

Memalukan kan? (sambil tepuk dahi)

Featured Tue, 6 Jun 2023

Dikritik Seksi, Kasih Iris Leona Luah Rasa Kecewa – “Tubuh Saya, Pilihan Saya! Tak Ada Kena Mengena Langsung Dengan…”

Kalau b*ah d*da Saya kecil, saya 100% yakin semua orang tak akan kisah mengenai penampilan saya – Kasih Iris Leona

error: Content is protected !!