Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi March 29, 2025 @ 5:00pm

Doa Termakbul, Watie Hanifiah Hadiahkan Kereta Mewah Untuk Ibu 

Pempengaruh, Watie Hanifiah menyentuh hati ramai apabila dia membuat kejutan menghadiahkan sebuah kereta jenama Jaecoo kepada ibu tercinta.

Menerusi perkongsian di Instagram (IG) miliknya, isteri kepada pelawak dan usahawan, Shuib ini meluahkan rasa syukur apabila impian dan doanya dimakbulkan oleh Yang Maha Esa.

“Kali pertama saya beli kereta 12 tahun lalu tapi saya terfikir nak beli kereta lagi lebih-lebih sejak dah berkahwin dah ada suami dan anak-anak, kereta bagi saya dah tak penting.

“Kini kali kedua saya beli kereta, tetapi saya nak hadiahkan kepada mak saya. Saya rasa happy sangat sebab masa bulan 11 haritu saya pergi Umrah saya berdoa kat sana cukupkan rezeki untuk belikan kereta untuk mak saya.

“Saya sangat bangga dengan diri sendiri sebab dapat capai impian itu. Kita tak ada kereta baru tak apa, yang penting mak kita ada,” katanya.

Video tersebut memaparkan ibu Watie tidak dapat menahan sebak apabila menerima hadiah yang sangat bermakna daripada anaknya itu.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen turut terharu melihat momen anak-beranak itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Watie Hanifiah (@iamwatie)

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 4 Nov 2019
Hiburan Fri, 11 Jul 2025

Raih Lebih 1 Juta Undian, Anugerah Melodi Terhangat Semakin Sengit!

Anugerah Melodi Terhangat 2025 cipta fenomena! Jangan lepaskan peluang undi selebriti kegemaran anda

Trending Thu, 22 Aug 2019

68 Penerbangan Masih Mengalami Gangguan Sistem

Memandangkan sistem masih ada gangguan jangan lupa datang ke KLIA awal ye

Hiburan Tue, 7 Apr 2026

“Bangkit & Lawan!” – Nam Ron Pertahan Que Haidar, Rayu Jangan Menghilang Lagi

Nam Ron turut menitipkan kata-kata semangat agar Que terus kuat berdepan cabaran dan tidak lagi menghilang daripada industri.

Featured Fri, 26 Apr 2024

[VIDEO] Gelagat Tiara Minta Achey Gendong Bikin Netizen Berdekah – “Beralih Buah Pinggang Ayah Awak Nanti”

Alahai Tiara! Kesian bapak awak.. Moga Achey tak terbang sampai puncak Fujiyama🤣🤣🤣

Hiburan Sat, 8 Jun 2024

Derita Kanser Usus Tahap Empat, Wartawan Hiburan Huzz Meninggal Dunia

إِنَّا ِلِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ…

error: Content is protected !!